Pages

Sunday 5 June 2011

KARI LAKSA

Secukup rasa , alhamdulillah.

BAHAN-BAHAN :

1 - 2 peket mee kuning
2 batang serai - di titik
1 liter santan
air kosong secukupnya
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
segenggam daun kesum
minyak masak secukupnya utk menumis

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
500 grm ayam / isi ayam
500 grm udang
2 peket fish ball
1 peket tauhu puff
7 biji telur - direbus
200 grm taugeh
Sedikit kacang panjang
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
10 biji cili kering
1 sudu besar belacan

CARA MEMASAK :

1) Tumis semua bahan yang dikisar sampai timbul bau wangi , masukkan rempah kari , serbuk ketumbar , serai , daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air . Kacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak. Masukkan fish ball dan garam . Kemudian masukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak . Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air.
3) Celur mee , taugeh dan kacang panjang serta , rebus semua telur .
* Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil , bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Boleh juga dimasukkan sekali kerang di dalam kuah bagi sesiapa saja yang suka makan kerang la...


Bahan terakhir di masuk ke dalam kuah ialah tauhu pop /puf , kacau dan biar mendidih sekejap saja.
Khamis 11.6.09

No comments:

Post a Comment