Pages

Wednesday 29 June 2016

Tumis daging kacang panjang


BAHAN-BAHAN :

600 grm daging batang pinang
kacang panjang secukupnya - dipotong menyerong
1 biji bawang besar
serbuk kunyit secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIMAYANG NIPIS :

3 ulas bawang putih ( saiz besar )
1 inci halia

CARA MEMASAK:

Bersihkan daging dan potong kemudian digaul dengan garam serta kunyit secukupnya dan di ketepikan sekejap dalam 10 minit . Masukkan daging dalam kuali dengan 1 cawan air kemudian biarkan daging masak sampai empuk dan air rebusan tinggal sikit ( hampir kering ) kemudian tolak semua daging tepi dan masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan biar sampai minyak panas dan tumiskan halia serta bawang putih tadi dan kacau . Biarkan seketika sampai bawang putih layu dan naik bau harum . 

Masukkan semua bawang besar yang dimayang nipis . Masukkan semua kacang panjang yg dipotong menyerong . Kacau semua bahan dan boleh di rasa daging jika kurang masin baru di tambah garam . Bila dah masak boleh di tutup api dapur dan di hidangkan daging goreng kunyit ni .

Saturday 25 June 2016

RENDANG KERANG

Syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 kg isi kerang
3 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - dimayang nipis
6 helai daun limau purut
3 sudu besar kerisik - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa
minyk sayur utk menumis - secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 batang serai
8 tangkai cili kering direndam dlm air mendidih 

* boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri

CARA MEMASAK :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta daun kunyit dan cili api .

2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik ke dalam rendang serta dikacau semua bahan hingga sebati . Bila rendang dah masak  boleh la di tutup api .

Wednesday 22 June 2016

Pasta ayam thyme


Syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 peket spaghetti
3 ketul isi dada ayam
1 biji bawang besar - diracik
6 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil
secekak daun herba thyme
minyak zaitun - secukupnya
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji cili capsicum merah
1 biji cili capsicum hijau
1 peket kacang pea
sedikit daun bawang
Garam secukup rasa
serbuk lada hitam secukup rasa
100 grm keju parmesan - secukupnya

CARA MEMASAK : 

Kupas semua bawang putih dan di racik kecil . Rebus spaghetti sampai empuk dan ditos kemudian pasta digaul dengan sedikit minyak zaitun , ketepikan dulu pasta ni . Simpan 180 ml air rebusan spaghetti tadi .

Potong kecil semua cili capsicum dan kacang sepat/pea . Potong kecil semua daun bawang .

Panaskan minyak zaitun dengan butter dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi dan bawang jadi layu keperangan . Masukkan semua dada ayam yg dipotong kecil , kacau semua bahan sehingga dada ayam masak . Masukkan daun bawang yg di potong kecil dan kacau semua bahan .

Masukan semua cili capsicum serta kacang pea/sepat dan kacau semua bahan sehingga sayur separuh masak . Masukkan semua pasta bersama daun herba thyme yang sudah diracik kecil . Kaup balik pasta supaya sekata rasa . Masukkan sedikit demi sedikit air rebusan spaghetti dan gaul semua bahan . Masukkan keju parmesan dan gaul semua bahan sehingga sekata . Jika kurang masin baru ditambah garam secukup rasa . Boleh ditambah atau kurang bahan mengikut selera sendiri . Bila pasta dah masak boleh la ditutup api .

Senduk pasta ke dalam pinggan dan ditabur dengan keju parmesan .

Tuesday 21 June 2016

Gulai ayam kampung sayur maman

Gulai ayam kampung dengan sayur maman , sedapnyaa syukur alhamdulillah . Ini adalah lauk kegemaran suami saya dan sekarang ni menjadi kegemaran kami sekeluarga . Saya guna ayam kampung dara so cepat empuk dan tak perlu masa yang lama untuk masak gulai ayam ni .


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam kampung dara - anggaran 1.5kg
3 ikat sayur maman
5 batang serai-dititik
2 keping asam keping yang kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
5 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan daun maman dan ambil daun sajaha dengan bahagian pucuk serta batang sayur yg lembut . Bersihkan sekali lagi daun maman dan tos .Masak air untuk merebus/celur daun maman , tujuans aya rebus daun maman adalah utk buang rasa pahit . Bila daun maman sudar dicelur dan menjadi lembut boleh di tos dan ketepikan dulu . buang air rebusan daun maman ni .

2. Ayam di potong kecil dan dibersihkan kemudian dimasukkan ke dalam periuk kemudian masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk berisi ayam . Nyalakan api dapur , guna api dapur sederhana dan gaul semua bahan . Tambah 1 cawan santan cair  dan kacau semua bahan dan masak ayam sehingga kuah mendidih dan jadi sikit .

3. Masukkan santan pekat , serai , asam keping dan garam . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la dimasukkan semua daun maman . Kacau semua bahan dan biar sampai masak dan sayur mamans ebati dgn kuah gulai . Boleh ditutup api dapur dan hidang gulai ayam ni .

* Kalau suka kuah yang banyak tambah la lagi santan .

                                                                sayur maman .

MASAK PINDANG IKAN SUSU

Sedap , alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan susu
1 batang serai - dititik
1 genggam pokok daun kesum - dlm 7 tangkai
1 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Bersihkan ikan susu dan ketepikan dulu . Tumbuk semua bahan-bahan sehingga cukup lumat .

- Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan bila minyak dah panas masukkan semua bahan yang ditumbuk lumat . Bila dah bahan tumbuk dah masak dan wangi boleh la dimasukkan air secukupnya serta dimasukkan daun kesum , serai dititk dan asam keping . Bila kuah dah mendidih masukkan semua ikan susu , garam secukup rasa dan kacau semua bahan secara perlahan-lahan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Monday 20 June 2016

Sweet sour kupang


BAHAN-BAHAN:

2 kg kupang
2 biji tomato masak ranum
Sedikit air asam jawa - boleh tambah kalau suka kuah masam
Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
3cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang

BAHAN-BAHAN SOS:

3 sudu besar sos tomato
7 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua kupang dan ditos kemudian serta diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua kupang dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua kupang masak . 

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri.

TUMIS KUNYIT SOTONG


BAHAN-BAHAN:


500 grm sotong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos nampla/ sos ikan

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit hidup

* boleh ditambah cili api kalau nak pedas

CARA MEMASAK:

 Bersihkan sotong dan potong , tos sebentar . Panaskan 3 sudu besar minyak masak . Tumiskan bahan tumbuk tadi dan kacau , biarkan seketika sampai naik bau harum. Masukkan bawang besar , sotong , sos tiram dan sos ikan serta terus mengacau. Jika kurang masin tambah la lagi sos ikan dan kacau untuk 3-5 minit lagi sampai sotong masak.

* Jangan masak sotong terlalu lama nanti sotong menjadi kecut dan liat. Makanan laut seperti sotong dan udang tak perlu dimasak terlalu lama nanti isinya menjadi ' over cook ' dan tak sedap.

Saturday 18 June 2016

WRAP AYAM

Tortilla wrap ayam , menu simple yg boleh dibuat untuk bersahur . Filling utk wrap ni boleh dipelbagaikan kita boleh guna daging/telur/ikan/udang dan sebagainya . Cara nak masak filling pun ikut selera sendiri , boleh dimasak pedas atau pun yang ringkas macam resepi yang saya bagi ni . Tortilla wrap ni sangat mengenyangkan dan pilihan makanan sihat sesuai untuk sesiapa pun , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

2 ketul dada ayam
1 sudu besar butter 
1 sudu kecil minyak zaitun
4 tangkai panjang herba oregano 
1 biji bawang besar
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum hijau
1/2 biji cili capsicum kuning
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

Potong ketulan dada ayam menjadi kepingan kecil  . Kupas semua bawang merah kemudian nipis-nipis . Potong semua cili capsicum . Panaskan minyak zaitun dgn butter secukupnya dan masukkan semua bawang merah dan bawang putih , kacau bawang dan biarkan sampai layu serta wangi

Masukkan isi ayam dan dikacau sampai ayam masak , kemudian masukkan semua daun oregano dan dikacau semua bahan sampai ayam separuh masak .

Masukkan semua cili capsicum dan garam secukupnya . Kacau semua bahan sampai cili capsicum masak . Rasa ayam jika ada bahan yang kurang boleh ditambah . Bila masak boleh la ditutup api dapur dan ketepikan dulu .

Cara nak gulung tortilla ni - kepingan wrap atau tortilla ni perlu di panaskan dalam frying pan atau kuali tanpa minyak , bila kepingan wrap ni menjadi lembut boleh diangkat dan letakkan atas pinggan kemudian letakkan sedikit salad atas kepingan wrap dan diikuti isi ayam/ inti ayam kemudian letak kepinggan avocado dan keju . Akhir sekali letak sos thousand island dan boleh digulung kemas kepingan wrap ni dan boleh dimakan .


Tuesday 14 June 2016

PAVLOVA

Resepi Pavlova yang sedap ni saya dapat dari Mat Gebu ( Dapur Tanpa Sempadan ) . Pavlova yang manis ni memang sedap bila digandingkan dgn buah-buahan yg sedikit masam . Saya copy & paste resepi dari blog Mat Gebu , terima kasih Mat Gebu ^_^


BAHAN-BAHANNYA :

4 putih telur
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...



Friday 10 June 2016

Ayam panggang Ramadhan


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
1/2 sos black pepper
1/2 cawan sos barbeque
1/4 cawan sos perapan ayam jenama Mahsuri  
5 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 biji bawang merah - ditumbuk lumat

CARA MASAK :

Ayam dibersihkan serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan so barbeque , sos black pepper dan sos perapan ayam . Perap ayam selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

- Panaskan grill pan dan oleskan pemukaan grill pan dengan sedikit minyak . Letakkan beberapa ketul ayam kemudian tutup grill pan , guna api sederhana besar . Kena selalu check ayam dan boleh lah di balik-balikkan ayam sampai kesemua bahagian ayam masak dengan elok . dah masak boleh la dihidangkan dgn salad dan chicken gravy.



CUPCAKE BUAH FIG

Yummy alhamdulillah


BAHAN-BAHAN :

1 cawan butter
1 cawan gula castor
1 cawan buah fig kering yang dipotong kecil/cincang
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan full cream milk - dlm kotak
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C . Pukul butter dan gula hingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya . Ayak tepung bersama baking powder dan serbuk kayu manis , ketepikan dulu . 

Masukkan buah fig yg sudah dipotong kecil ke dalam adunan telur dan mentega dan di kacau . Masukkan tepung sikit demi sikit dalam adunan tadi dan dikacau rata .

 Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .



Pasta Alfredo

Saya masak pasta ribbon sos Alfredo ni untuk berbuka puasa semalam . Pasta Alfedo ni memang favorite anak-anak saya , syukur alhamdulillah . Kalau resepi asal sos Alfredo tidak ada sayur brokoli dan cendawan tapi saya ubah suai ikut selera sendiri . Resepi yang saya share ni hanya lah panduan so resepi ni boleh dikurangkan bahan atau di tambah , boleh diubah suai ikut selera sendiri .


BAHAN-BAHAN :

Pasta ribbon secukupnya
2 cawan cooking cream
1 cawan susu full cream - dlm kotak
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
200 gm cendawan butang putih
150 grm brokoli - potong kecil
2 cawan parutan keju parmesan
1/2 cawan mentega
1 sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
sedikit daun pasley segar yg diracik halus

*boleh ditambah keju untuk dapatkan rasa lebih lemak . 

CARA MEMASAK :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua pasta ribbon serta 1 sudu besar minyak masak . Rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan pasta ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dengan minyak zaiton dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua bawang putih yg sudah diracik halus . Masukkan isi ayam yg sudah dipotong kecil dan kacau bahan-bahan ni sampai ayam masak . Masukkan sayur brokoli dan dikacau semua bahan , bila brokoli dah separuh masak masukkan cendawan butang yg sudah dipotong kecil dan kacau serta biarkan sampai cendawan layu .

-Perlahankan api dan masukkan susu serta keju parmesan dan kacau dengan laju supaya bahan-bahan sebati . Boleh dimasukkan garam dan serbuk black pepper secukup rasa . Jika sos terlalu pekat boleh ditambah lagi sedikit susu . Masukkan pasta ribbon dalam sos dan dikacau semua bahan sampai cukup rata . Masukkan daun pasley dan dikacau semua bahan . Rasa pasta jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan perasa .

- tutup api dapur . Elok di hidangkan pasta ni semasa masih panas , boleh ditabur serbuk keju parmesan bila nak makan .

Thursday 9 June 2016

Kari kepala ikan Mayong

Sentiasa bersemangat masak untuk keluarga . Kita mesti cooked with love kan , berkat air tangan Ibu memang tiada tandingannya . Hari ni saya share resepi kari kepala ikan mayong , menu biasa tapi sangat sedap dimakan dengan nasi , roti/roti canai atau capati , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN:
1 ketul kepala ikan mayong - di potong kecil
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
1 peket rempah kari ikan
2-3 cawan pati santan pekat - boleh tambah
4 biji tomato masak ranum
8 biji kacang bendi
Garam dan air asam jawa secukup rasa

* Resepi ni hanya panduan jadi bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri . Berat kepala ikan adalah 1.5kg .
CARA MEMASAK:
-Bersihkan ketulan kepala ikan mayong . Kupas semua kulit bawang merah/putih dan di mayang nipis . Tomato dibersihkan dan dipotong kecil .
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama halba campur serta daun kari .  Biarkan sampai bawang layu dan terbit bau wangi . Masukkan semua tomato dan terus kacau sekejap sampai tomato layu .
-Letakkan rempah kari di dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau kemudian tumis di dalam periuk . Rempah kari mesti sentiasa dikacau supaya tidak menjadi hangit. Biarkan rempah masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak .

-Bila rempah sudah masak boleh la dimasukkan semua santan dan kacau sebentar , jika kuah nampak pekat sangat boleh dimasukkan sedikit saja air dan kacau semua bahan . 

-bila kuah dah nak mendidih masukkan semua ketulan kepala ikan mayong tadi dan garam kemudian kacau . Biarkan seketika sehingga kuah mendidih kemudian rasa garam dan masam kuah supaya sesuai dengan selera. Jika kurang masam tambah lah air asam jawa.

-Bila ikan sudah masak boleh la dimasukkan semua kacang bendi dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra . biarkan kuah mendidih seketika dan boleh la ditutup api dapur .Tutup periuk dengan tudung periuk supaya kacang bendi terus masak didalam wap panas kuah kari. Saya suka masak kacang bendi begini supaya tidak menjadi terlalu masak dan kacang bendi boleh menjadi lembek.

Wednesday 8 June 2016

Ramadhan kali ni

Ramadhan kali ni , semoga Allah SWT memberi peluang utk kami sekeluarga menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin . Bulan Ramadhan yg rahmat ni jangan lah kita sia-sia kan begitu saja .


 Artikel ni saya copy & paste dari website ni - http://www.kajiansalaf.com/

Saudaraku, janganlah engkau sia-siakan puasamu. Janganlah sampai engkau hanya mendapat lapar dan dahaga saja, lalu engkau lepaskan pahala yang begitu melimpah dan tak terhingga di sisi Allah dari amalan puasamu tersebut. Isilah hari-harimu di bulan suci ini dengan amalan yang bermanfaat, bukan dengan perbuatan yang sia-sia atau bahkan mengandung maksiat. Janganlah engkau berpikiran bahwa  karena takut berbuat maksiat dan perkara yang sia-sia, maka lebih baik diisi dengan tidur. Lihatlah suri tauladan kita memberi contoh kepada kita dengan melakukan banyak kebaikan seperti banyak berderma, membaca Al Qur’an, banyak berzikir dan i’tikaf di bulan Ramadhan. Manfaatkanlah waktumu di bulan yang penuh berkah ini dengan berbagai macam kebaikan dan jauhilah berbagai macam maksiat.

Di bulan Ramadhan ini setiap muslim memiliki kewajiban untuk menjalankan puasa dengan menahan lapar dan dahaga mulai dari fajar hingga terbenamnya matahari. Namun ada di antara kaum muslimin yang melakukan puasa, dia tidaklah mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga saja yang menghinggapi tenggorokannya. Inilah yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang jujur lagi membawa berita yang benar,
رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy dalam Al Kabir dan sanadnya tidak mengapa. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadits ini shohih ligoirihi -yaitu shohih dilihat dari jalur lainnya-)
Apa di balik ini semua? Mengapa amalan puasa orang tersebut tidak teranggap, padahal dia telah susah payah menahan dahaga mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari?
Saudaraku, agar engkau mendapatkan jawabannya, simaklah pembahasan berikut mengenai beberapa hal yang membuat amalan puasa seseorang menjadi sia-sia -semoga Allah memberi taufik pada kita untuk menjauhi hal-hal ini-.

1. Jauhilah Perkataan Dusta (az zuur)
Inilah perkataan yang membuat puasa seorang muslim bisa sia-sia, hanya merasakan lapar dan dahaga saja.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari no. 1903)
Apa yang dimaksud dengan az zuur? As Suyuthi mengatakan bahwa az zuur adalah berkata dusta dan menfitnah (buhtan). Sedangkan mengamalkannya berarti melakukan perbuatan keji yang merupakan konsekuensinya yang telah Allah larang. (Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/121, Maktabah Syamilah)

2. Jauhilah Perkataan lagwu (sia-sia) dan rofats (kata-kata porno)
Amalan yang kedua yang membuat amalan puasa seseorang menjadi sia-sia adalah perkataan lagwudan rofats.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini shohih)
Apa yang dimaksud dengan lagwu? Dalam Fathul Bari (3/346), Al Akhfasy mengatakan,

اللَّغْو الْكَلَام الَّذِي لَا أَصْل لَهُ مِنْ الْبَاطِل وَشَبَهه

Lagwu adalah perkataan sia-sia dan semisalnya yang tidak berfaedah.”
Lalu apa yang dimaksudkan dengan rofats? Dalam Fathul Bari (5/157), Ibnu Hajar mengatakan,

وَيُطْلَق عَلَى التَّعْرِيض بِهِ وَعَلَى الْفُحْش فِي الْقَوْل

“Istilah Rofats digunakan dalam pengertian ‘kiasan untuk hubungan badan’ dan semua perkataan keji.”
Al Azhari mengatakan,

الرَّفَث اِسْم جَامِع لِكُلِّ مَا يُرِيدهُ الرَّجُل مِنْ الْمَرْأَة

“Istilah rofats adalah istilah untuk setiap hal yang diinginkan laki-laki pada wanita.” Atau dengan kata lain rofats adalah kata-kata porno.
Itulah di antara perkara yang bisa membuat amalan seseorang menjadi sia-sia. Betapa banyak orang yang masih melakukan seperti ini, begitu mudahnya mengeluarkan kata-kata kotor, dusta, sia-sia dan menggunjing orang lain.

3. Jauhilah Pula Berbagai Macam Maksiat
Ingatlah bahwa puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun hendaknya seorang yang berpuasa juga menjauhi perbuatan yang haram. Perhatikanlah saudaraku petuah yang sangat bagus dari Ibnu Rojab Al Hambali berikut:
“Ketahuilah, amalan taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah ta’ala dengan meninggalkan berbagai syahwat yang mubah ketika di luar puasa (seperti makan atau berhubungan badan dengan istri, -pen)tidak akan sempurna hingga seseorang mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan perkara yang Dia larang yaitu dusta, perbuatan zholim, permusuhan di antara manusia dalam masalah darah, harta dan kehormatan.” (Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)
Jabir bin ‘Abdillah menyampaikan petuah yang sangat bagus:
“Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa dari dusta dan hal-hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama saja.” (Lihat Latho’if Al Ma’arif, 1/168, Asy Syamilah)
Itulah sejelek-jelek puasa yaitu hanya menahan lapar dan dahaga saja, sedangkan maksiat masih terus dilakukan. Hendaknya seseorang menahan anggota badan lainnya dari berbuat maksiat. Ibnu Rojab mengatakan,

أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ

“Tingkatan puasa yang paling rendah hanya meninggalkan minum dan makan saja.”
Itulah puasa kebanyakan orang saat ini. Ketika ramadhan dan di luar ramadhan, kondisinya sama saja. Maksiat masih tetap jalan. Betapa banyak kita lihat para pemuda-pemudi yang tidak berstatus sebagai suami-istri masih saja berjalan berduaan. Padahal berduaan seperti ini telah dilarang dalam sabda Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam, namun hal ini tidak diketahui dan diacuhkan begitu saja oleh mereka.
Dari Ibnu Abbas, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ مَعَ ذِى مَحْرَمٍ

Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika bersama mahramnya.” (HR. Bukhari, no. 5233)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda,

أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ لاَ تَحِلُّ لَهُ ، فَإِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ ، إِلاَّ مَحْرَمٍ

Janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya karena sesungguhnya syaithan adalah orang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahromnya. (HR. Ahmad no. 15734. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan hadits ini shohih ligoirihi –shohih dilihat dari jalur lain-)
Apalagi dalam pacaran pasti ada saling pandang-memandang. Padahal Nabi kita –shallallahu ‘alaihi wa sallam- telah memerintahkan kita memalingkan pandangan dari lawan jenis. Namun, orang yang mendapat taufik dari Allah saja yang bisa menghindari semacam ini. Dari Jarir bin Abdillah, beliau mengatakan,

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى.

Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang cuma selintas (tidak sengaja). Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kepadaku agar aku segera memalingkan pandanganku. (HR. Muslim no. 5770)
Kalau di luar Ramadhan, perbuatan maksiat semacam ini saja jelas-jelas dilarang maka tentu di bulan Ramadhan lebih tegas lagi pelarangannya. Semoga kita termasuk orang yang mendapat taufik dari Allah untuk menjauhi berbagai macam maksiat ini.

Apakah Dengan Berkata Dusta dan Melakukan Maksiat, Puasa Seseorang Menjadi Batal?
Untuk menjelaskan hal ini, perhatikanlah perkataan Ibnu Rojab berikut, “Mendekatkan diri pada Allahta’ala dengan meninggalkan perkara yang mubah tidaklah akan sempurna sampai seseorang menyempurnakannya dengan meninggalkan perbuatan haram. Barangsiapa yang melakukan yang haram (seperti berdusta) lalu dia mendekatkan diri pada Allah dengan meninggalkan yang mubah (seperti makan di bulan Ramadhan), maka ini sama halnya dengan seseorang meninggalkan yang wajib lalu dia mengerjakan yang sunnah. Walaupun puasa orang semacam ini tetap dianggap sah menurut pendapat jumhur (mayoritas ulama) yaitu orang yang melakukan semacam ini tidak diperintahkan untuk mengulangi (mengqodho’) puasanya. Alasannya karena amalan itu batal jika seseorang melakukan perbuatan yang dilarang karena sebab khusus dan tidaklah batal jika melakukan perbuatan yang dilarang yang bukan karena sebab khusus. Inilah pendapat mayoritas ulama.”
Ibnu Hajar dalam Al Fath (6/129) juga mengatakan mengenai hadits perkataan zuur (dusta) dan mengamalkannya:
“Mayoritas ulama membawa makna larangan ini pada makna pengharaman, sedangkan batalnya hanya dikhususkan dengan makan, minum dan jima’ (berhubungan suami istri).”
Mula ‘Ali Al Qori dalam Mirqotul Mafatih Syarh Misykatul Mashobih (6/308) berkata, “Orang yang berpuasa seperti ini sama keadaannya dengan orang yang haji yaitu pahala pokoknya (ashlu) tidak batal, tetapi kesempurnaan pahala yang tidak dia peroleh. Orang semacam ini akan mendapatkan ganjaran puasa sekaligus dosa karena maksiat yang dia lakukan.”
Kesimpulannya: Seseorang yang masih gemar melakukan maksiat di bulan Ramadhan seperti berkata dusta, memfitnah, dan bentuk maksiat lainnya yang bukan pembatal puasa, maka puasanya tetap sah, namun dia tidak mendapatkan ganjaran yang sempurna di sisi Allah. –Semoga kita dijauhkan dari melakukan hal-hal semacam ini-

Ingatlah Suadaraku Ada Pahala yang Tak Terhingga di Balik Puasa Kalian
Saudaraku, janganlah kita sia-siakan puasa kita dengan hanya mendapatkan lapar dan dahaga saja. Marilah kita menjauhi berbagai hal yang dapat mengurangi kesempurnaan pahala puasa kita. Sungguh sangat merugi orang yang melewatkan ganjaran yang begitu melimpah dari puasa yang dia lakukan. Seberapa besarkah pahala yang melimpah tersebut? Mari kita renungkan bersama hadits berikut ini.
Dalam riwayat Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,

« كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى »

Setiap amalan kebaikan anak Adam akan dilipatgandakan menjadi 10 hingga 700 kali dari kebaikan yang semisal. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (yang artinya), “Kecuali puasa, amalan tersebut untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya karena dia telah meninggalkan syahwat dan makanannya demi Aku.” (HR. Muslim no. 1151)
Lihatlah saudaraku, untuk amalan lain selain puasa akan diganjar dengan 10 hingga 700 kali dari kebaikan yang semisal. Namun, lihatlah pada amalan puasa, khusus untuk amalan ini Allah sendiri yang akan membalasnya. Lalu seberapa besar balasan untuk amalan puasa? Agar lebih memahami maksud hadits di atas, perhatikanlah penjelasan Ibnu Rojab berikut ini:
“Hadits di atas adalah mengenai pengecualian puasa dari amalan yang dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan hingga 700 kebaikan yang semisal. Khusus untuk puasa, tak terbatas lipatan ganjarannya dalam bilangan-bilangan tadi. Bahkan Allah ‘Azza wa Jalla akan melipatgandakan pahala orang yang berpuasa hingga bilangan yang tak terhingga. Alasannya karena puasa itu mirip dengan sabar. Mengenai ganjaran sabar, Allah ta’ala berfirman,

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dibalas dengan pahala tanpa batas.” (QS. Az Zumar [39]: 10). Bulan Ramadhan juga dinamakan dengan bulan sabar. Juga dalam hadits lain, Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Puasa adalah setengah dari kesabaran.” (HR. Tirmidzi, Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Al Jami’ Ash Shogir no. 2658 mengatakan bahwa hadits ini dho’if , -pen)
Sabar ada tiga macam yaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menjauhi larangan dan sabar dalam menghadapi takdir Allah yang terasa menyakitkan. Dan dalam puasa terdapat tiga jenis kesabaran ini. Di dalamnya terdapat sabar dalam melakukan ketaatan, juga terdapat sabar dalam menjauhi larangan Allah yaitu menjauhi berbagai macam syahwat. Dalam puasa juga terdapat bentuk sabar terhadap rasa lapar, dahaga, jiwa dan badan yang terasa lemas. Inilah rasa sakit yang diderita oleh orang yang melakukan amalan taat, maka dia pantas mendapatkan ganjaran sebagaimana firman Allah ta’ala,

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ وَلَا نَصَبٌ وَلَا مَخْمَصَةٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَطَئُونَ مَوْطِئًا يَغِيظُ الْكُفَّارَ وَلَا يَنَالُونَ مِنْ عَدُوٍّ نَيْلًا إِلَّا كُتِبَ لَهُمْ بِهِ عَمَلٌ صَالِحٌ إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ

Yang demikian itu ialah karena mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal saleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” (QS. At Taubah [9]: 120).” -Demikianlah penjelasan Ibnu Rojab (dalam Latho’if Al Ma’arif, 1/168) yang mengungkap rahasia bagaimana puasa seseorang bisa mendapatkan ganjaran tak terhingga, yaitu karena di dalam puasa tersebut terdapat sikap sabar.-

Saudaraku, sekali lagi janganlah engkau sia-siakan puasamu. Janganlah sampai engkau hanya mendapat lapar dan dahaga saja, lalu engkau lepaskan pahala yang begitu melimpah dan tak terhingga di sisi Allah dari amalan puasamu tersebut.
Isilah hari-harimu di bulan suci ini dengan amalan yang bermanfaat, bukan dengan perbuatan yang sia-sia atau bahkan mengandung maksiat. Janganlah engkau berpikiran bahwa  karena takut berbuat maksiat dan perkara yang sia-sia, maka lebih baik diisi dengan tidur. Lihatlah suri tauladan kita memberi contoh kepada kita dengan melakukan banyak kebaikan seperti banyak berderma, membaca Al Qur’an, banyak berzikir dan i’tikaf di bulan Ramadhan. Manfaatkanlah waktumu di bulan yang penuh berkah ini dengan berbagai macam kebaikan dan jauhilah berbagai macam maksiat.
Semoga Allah memberi kita petunjuk, ketakwaan, kemampuan untuk menjauhi yang larang dan diberikan rasa kecukupan.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat, wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Penulis : Ustadz Muhammad Abduh Tuasikal. Sumber: www.muslim.or.id

Didistribusikan oleh: Kajian Salaf