Pages

Friday, 10 June 2011

Salam pagi Jumaat

Assalamualaikum dan apa khabar saya ucapkan pada semua pengunjung blog baru saya ni . Ni la n3 pertama saya di blog baru saya ni dan saya bersyukur sangat saya masih dapat meneruskan minat saya menulis serta berkongsi resepi di blog baru ni . 

Blog saja baru tapi Puan empunya blog masih sama , saya la tu Puan Nor`Aini atau panggilan mesra Nannie . Kenapa saya buat blog baru ya ? jawapannya adalah masalah teknikal yang saya sendiri tak tau nak betulkan menyebabkan saya tak dapat nak masuk blog lama saya tu huhuhuh memang saya sedih sangat dah 2 tahun lebih saya berblog dan sekarang ni saya hanya dapat tengok je blog kesayangan saya tu huhuh sedih laaa.

So saya buat keputusan untuk buat blog baru saja la nak buat macam mana kan . Memang la saya rindu pada blog masak saya RESEPI NANNIE yang lama tu tapi macam pepatah Inggeris ada kata 'life goes on' kehidupan ni mesti diteruskan . So saya tak mau fikir sangat perkara yang lepas sebab apa yang dah jadi tak dapat nak diubahkan dan sekarang ni saya nak fokus pada kehidupan saya tika ni serta merancang yang terbaik untuk future saya bersama keluarga . Saya berdoa semoga kehidupan saya akan berjalan dengan lancar dengan izin yang Maha Esa...

So , di pagi Jumaat yang indah ni saya bangun dengan semangat baru dan saya buat n3 pertama saya ni .  Saya nak kongsi bersama pengunjung blog saya ni resepi Nasi Dagang Terengganu . Cara masak nasi ni macam nak masak nasi lemak cuma bahan rencah je ada tambahan iaitu biji halba . Resepi ikan tongkol@aya ni pun masih sama macam yangs aya bagi dalam n3 yang lepas . Bila nak makan saya tambah keropok ikan yang saya beli di pasar Payang . Bila dah banyak kali masak resepi nasi dagang ni baru la saya tau cara nak masak yang betul-betul ikut selera suami dan anak-anak syukur alhamdulillah..




BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .


BAHAN-BAHAN UNTUK GULAI IKAN TONGKOL :

4-5 santan pekat
1 peket rempah gulai ikan tongkol
10 biji cili padi
2-3 biji cili merah/cili hijau - dibelah 2
3-4 biji timun kecil - buang empulur tengah n potong
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil belacan-dibakar
garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia
5 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan , cili padi dan cili merah , asam gelugor , garam dan gula. Masukkan ikan tongkol tadi dan masak gulai hingga kuah pekat. Last sekali masukkan cili merah dan timun . Bila timun layu boleh la ditutup api dapur .



BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Sebiji carrot-dipotong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .

No comments:

Post a Comment