Pages

Friday 31 January 2014

Tumis air pucut keledek... yum..yum..

Alhamdulillah memang sedap sayur pucuk keledek ni .


BAHAN-BAHAN :

2 ikat sayur pucuk keledek
sos tiram secukupnya 
Sedikit air masak - jika perlu
Sedikit minyak utk menumis

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis kecil

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur pucuk keledek dan ambil semua daun kalau daun saiz besar dipotong 2 , ketepikan dulu . Bersihkan ikan bilis dan ditumbuk dengan bawang putih serta bawang merah . 

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi dan kacau rata semua bahan dan masukkan sayur pucuk keledek dengan sos tiram secukupnya . Jika sayur-sayuran ni nampak agak kering boleh dimasukkan sedikit air masak dan kacau semua bahan . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 


Pucuk keledek , cantik colornya. 

Thursday 30 January 2014

Gulai tempoyak ikan bawal emas

Yummmmmy alhamdulilah....

BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan bawal emas
2 batang serai - dititik
6 sudu besar tempoyak - boleh tambah
1 keping asam keping - kalau tempoyak dah masam tak perlu la ditambah asam keping
1/2 sudu kecil gula
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

2 cili merah
5 cili api
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping kemudian masak kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua ikan bawal kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa , kacau semua bahan . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

* Tambah bahan atau kurangkan bahan ikut selera sendiri . Jika tempoyak dah mula masam boleh la dicampur lebih banyak gula .

Wednesday 29 January 2014

Majlis kenduri IkaAriff di Melaka

Sabtu yang ditunggu tiba jua . Kami semua adik-beradik dapat berkumpul dengan keluarga masing-masing untuk meraikan majlis kenduri sambut menantu di kampung datuk Ariff . Alhamdulillah seronok dapat kumpul ramai-ramai konvoi ke Masjid Tanah , majlis kenduri pun berjalan dengan baik sekali . Lauk kenduri pun sedap dengan nasi minyak , ayam masak merah , kari daging , tumis acar buah nenas dan kerabu betik . Paling best masa sesi fotografi macam-macam gelagat dan gurau-senda antara kami semua hehehe sesi fotografi memang agenda wajib . Anak-anak saya seronok benor dapat jumpa sepupu , bukan selalu dapat jumpa kecuali ada agenda atau gathering macam kenduri Ika&Ariff ni . Insyallah lain kali kita dapat geder-geder lagi ya ^_^

Kami baru sampai , pasangan pengantin cantik dan segak berbaju warna sedondon ^_^


Opah dengan cucunda Ika&Ariff


Manis segak pasangan pengantin


Kak Da & abang Sabri bersama anak menantu , moga kekal bahagia hingga ke Jannah , amin .


Kami sekeluarga bergambar dgn pasangan pengantin ^_^


Si budak kecik 2 orang ni memang tak boleh dipisahkan , seronok main .


Makcik , maklong , Mama Pengantin , Ariff & Ika , Maklang , Makcu dan Makteh .


Cucu-cucu Opah , tak semua yang ada pada hari Sabtu lepas kalau semua cucu ada mesti lagi happening masa kenduri Ika Ariff ^_^


Pasangan pengantin dengan Ayah dan pakcik-pakcik ^_^


Sesi bergambar beramai-ramai sebelum balik , alhamdulillah . 

Buat Ika dan Ariff , makcik Nannie doakan yang baik-baik saja , selamat melayari kehidupan sebagai suami isteri ^_^ semoga bahagia sehingga akhir hayat , amin .

Tumis kacang buncis & cendawan shimeji

Sekarang ni ada macam-macam jenis cendawan di jual kat hypermarket dekat rumah saya . Macam-macam bentuk , warna , saiz dan nama cendawan-cendawan yang bederet disusun di rak kat hypermarket tu . Saya memang suka makan cendawan dan selalunya kalau nak masak sayur campur/capchoi , cendawan antara sayur yang saya pasti akan guna . Sejak awal bulan ni saya tengok ada sejenis cendawan baru dan nama cendawan tu Shimeji , cute saja rupanya . Geram je saya tengok cendawan ni hehehe ada ke org lain yang sama macam saya suka tengok cendawan ^_^

Saya suka pelbagai kan teknik dan jenis masakan menggunakan cendawan . Cendawan ni boleh dimasak sup , goreng , kukus , masak lemak cili api dan macam-macam lagi jenis cara masak . Kali ni saya masak cendawan shimeji dengan kacang buncis dan telur . Senang saja nak masak tumis sayur ni ^_^  favorite kami sekeluarga .

BAHAN-BAHAN :

500grm kacang buncis
1 peket cendawan shimeji
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
 segenggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
1 sudu kecil sos tiram - boleh tambah
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

-Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan ikan bilis , ketepikan dulu . Bersihkan kacang buncis dan potong menyerong . Bersihkan cendawan shimeji dan potong .

-Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan telur dan kacau sampai telur masak kemudian masukkan kacang buncis , jika sayur nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak . Masukkan cendawan shimeji dan sos tiram secukup rasa . Masukkan garam secukup rasa dan kacau semua bahan , bila sayur masak baru la di tutup api dapur.

Tuesday 28 January 2014

bingka ubi kayu

First time saya masak bingka ubi kayu ni dan saya guna resepi dari blog Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan . TQ Mat Gebu untuk resepi bingka yang sangat mavellous ^_^ 

Senang juga nak buat bingka ni dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak . Cuma proses nak sagat ubi kayu ambil masa sikit dan memang agak susah untuk saya yang tak pernah sagat ubi kayu kiranya exercise tangan/lengan la juga . Tapi bila tengok bingka ubi kayu ni elok saja jadinya hilang semua rasa penat menyagat ubi kayu tu ^_^ me soo happyyyy.....


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg ubi kayu sagat
650 ml santan kelapa
100 grm gula kabung/melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak sapi

CARA MEMASAK :

- masukkan semua santan , gula pasir , gula melaka , daun pandan , minyak sapi dan garam ke dalam periuk  dan kacau . Tak perlu tunggu sampai bancuhan mendidih jika gula dah larut boleh ditutup api dapur dan ketepikan dulu bancuhan santan ni .

- Parutan ubi kayu di masukkan ke dalam kain kasa dan perah , tadah air perahan dari ubi kayu . Buat sedikit demi sedikit sehingga habis . Parutan ubi kayu yang sudah diperah dimasukkan ke dalam bekas lain . Biar air perahan selama 20-30 minit supaya sagunya mendak . Perlahan-lahan buangkan air di pemukaan dan ambil sagu tu dan digaul bersama parutan ubi .

- Panas kan oven pada suhu 180'C dan sapukan loyang dengan minyak masak kemudian alas loyang dengan aluminium foil , biarkan aluminium lebih di kiri dan kanan tebing loyang supaya senang nak tarik keluar bingka yang dah masak . Sapu sedikit minyak masak pada pemukaan alumium foil ni .

- Tapis bancuhan santan tadi dan tuang ke dalam bekas berisi parutan ubi kayu . Gaul sampai rata dan tuang adunan ke dalam loyang . Bakar selama 1 jam 30 minit sehingga pemukaan bingka garing . Sejukkan bingka dan baru boleh dipotong serta di hidang .

Ubi kayu yang sudah diparut , lenguh la tangan hehe..


Ubi kayu ni bila dah masak direbus akan bertukar menjadi warna kuning cair . Ubi kayu jenis ni selalunya diguna untuk buat tapai ubi kayu . Saya dapat ubi kayu ni masa balik rumah mertua .

Monday 27 January 2014

Goreng celup tepung ikan bulu ayam

Dah lama tak makan ikan bulu ayam yang digoreng celup tepung , alhamdulillah sedap . Ikan celup tepung ni elok digoreng garing dan dimakan dengan sos cili Thai mmmm yum yum ^_^


Bahan-Bahan :

1 kg ikan bulu ayam segar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara masak :

-bersihkan ikan bulu ayam dan potong buang kepala dan perut ikan . Basuh dan tos serta ketepikan dulu.

-Bancuh adunan tepung gandum bersama tepung beras , sedikit serbuk kunyit , garam secukup rasa . masukkan sedikit demi sedikit air ke dalam campuran tepung dan kacau - jgn terlalu cecair atau terlalu pekat anggaran 3/4 cawan air atau lebih sedikit .

- Panaskan minyak secukupnya untuk deep frying , guna senduk atau sudu yang besar dan ambil 3-4 ekor ikan dan celup dalam adunan tepung kemudian perlahan-lahan masukkan ikan dalam minyak yg panas . Goreng ikan sehingga masak garing kekuningan , angkat dan tos . 


Saya guna gunting dapur untuk potong kepala dan perut ikan bulu ayam ni .


Ni la ikan bulu ayam yang kami beli segar di kedai ikan di tepi jalan menuju ke Morib . 

Wednesday 22 January 2014

Brownies - air tangan Aisyah

Brownies ni special sebab hasil baking pertama anak gadis saya , NurAisyah ^_^

Minggu terakhir cuti sekolah bulan Disember yang lalu tiba-tiba saja Aisyah tanya saya 'Mama boleh ke Aisyah nak buat brownies' waaa.....anak gadis saya nak baking sendiri brownies , alhamdulillah . Saya pun terus bagi green light hehe bagus...bagus so Aisyah google cari resepi dan bancuh sendiri adunan sampai la ke proses membakar . 

Saya suspen juga tunggu brownies tu masak , jadi ke atau tak jadi brownies Aisyah ni . Bau brownies ni memang harum semerbak , wangi dapur saya petang tu . Bila brownies dah sejuk saya pun potong dan rasa hmmmm alhamdulillah sedap brownies yang Aisyah buat ni ^_^ dah boleh harap anak gadis saya ni hehe . Aisyah dah tunjuk minat nak baking so lepas ni boleh la saya turunkan ilmu baking pada dia ^_^ insyallah..


BAHAN-BAHAN :

1/2 cawan mentega
1 cawang gula castor
2 biji telur saiz A
1/2 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/3 serbuk koko
1/4 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanila

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Sapu butter pada semua pemukaan loyang berukuran 8x8 inci kemudian sapukan pulak tepung gandum pada pemukaan loyang itu .

-Masukkan semua butter dalam periuk dan cairkan butter ni serta biarkan butter sejuk . Masukkan gula bersama telur dan 1 sudu teh esen vanilla ke dalam butter cair . Kacau semua bahan sampai rata . Masukkan tepung , serbuk koko , baking powder dan garam ke dalam adunan butter tadi . Kacau semua bahan sampai rata dan tuang adunan ke dalam loyang tadi . Rata kan adunan dan bakar dalam ketuhar selama 25-30 minit dan jangan over cook .

UTK BUAT FROSTING :

1 sudu madu
3 sudu besar serbuk koko Van Houtan
3 sudu butter
1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla

- cairkan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 3 sudu besar serbuk koko , 1/2 cawan gula aising , 1 sudu besar madu , 1 sudu kecil esen vanilla . Gaul semua bahan sampai sebati dan terus sapu ke atas pemukaan brownies yang masih panas . Ketepikan brownies dan biar kan sejuk . Bila brownies dan sejuk baru la boleh dipotong untuk dihidangkan .

Aisyah sedang kusyuk mengadun bancuhan brownies , alhamdulillah anak saya minat juga nak baking hehe . Aisyah selalu juga tolong saya , sambil tolong Aisyah perhati cara saya bancuh adunan kek sehingga la ke proses bakar kek dan selepas kek dah masak . Mulut saya memang tak berhenti bercakap masa ajar Aisyah masak , semua ilmu tentang masak saya nak curah bagi pada Aisyah supaya dia juga dapat menjadi seorang wanita / ibu yang mahir/cekap masak makanan untuk keluarga dia sendiri nanti insyallah . Saya selalu bagi galakan dan bagi kebenaran kalau Aisyah nak baking . So bila Aisyah sendiri yang request nak buat brownies ni saya memang sangat-sangat happy . Lepas ni Aisyah bagi tau saya dia nak buat macaroon , ok boleh je nanti kita sama-sama try buat macaroon hehe Mama pun tak pernah buat macaroon so kita try&error la ya buat macroon ^_^

Tuesday 21 January 2014

Pokok buah avocado di laman Nannie

Saya cukup suka rasa buah avocado yg lemak . Buah avacado ni boleh di guna dalam macam-macam jenis menu tapi saya selalu guna untuk di campur dalam salad atau sebagai filling sandwich . Harga buah avocado ni pun boleh tahan juga mahalnya ada yg nak mencecah harga RM5 sebiji huhuh tapi kadang-kadang saya dapat juga beli buah avacado yg murah bila hypermarket giant ada buat promosi . Saya suka makan buah ni tapi bila tengok harganya yang mahal buat kan saya selalu fikir 2-3 kali kalau nak beli hehe....

Tahun lepas masa baru pindah rumah kami ni saya beli 2 pokok avacado . Masa tanam pokok avocado ni saya rasa macam 50-50 je peluang utk pokok ni hidup sebab anak pokok avocado tu tinggi 1 kaki dan kecil saja batang pokok sebesar pencil dan daun ada la dalam 5-6 helai . Pokok avocado ni asal dari indonesia dan memang boleh hidup dalam cuaca panas lembab di negara kita ni . Masa tanam pokok avacado ni saya memang berharap dan doa harap pokok avocado ni dapat hidup subur . Saya jaga pokok avocado ni sama macam pokok buah lain sebulan sekali diberi baja , tiap-tiap hari disiram air secukupnya dan alhamdulillah lepas 8 bulan satu pokok avocado ni dah 4 kaki tinggi , happy laaa dan satu lagi pokok masih subur juga tapi tak la tinggi sangat dalam 3 kaki je . Pokok buah avocado saya ni disemai dari biji benih so kena tunggu dalam 4-5 tahun untuk pokok ni berbuah . Insyallah kami akan sabar tunggu untuk tengok sendiri buah avacado ni berjambak-jambak di dahan pokok ^_^

Masa musim hujan hujung tahun lepas pokok avacado ni cepat membesar dan skrg ni dah 4 kaki tinggi , semoga pokok avacado saya ni akan terus hidup subur dan akan berbuah bila sampai masanya , amin .

Monday 20 January 2014

Kek cawan coklat

Kesukaan anak-anak saya..


BAHAN-BAHAN A - diayak:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat
1 cawan serbuk koko - saya guna van houten
1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN-BAHAN B :

1 cawan gula kastor
1 sudu kecil vanilla esen
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu segar - kotak
3 biji telur
1 cawan air panas

CARA MEMASAK :
- Campur dan ayak semua bahan kering macam tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder, gula dan serbuk koko.
- Pukul gula bersama telur dan gula sampai kembang . Masukkan susu dan minyak sayur . Kacau lagi guna whisk sampai cukup sebati .
- Masukkan campuran bahan-bahan yg diayak tadi ke dalam adunan telur (bahan B - basah) gaul rata dengan cara kaup balik sahaja . Akhir sekali masukkan air panas dan kacau semua bahan sehingga cukup sebati .
-Masukkan adunan dalam paper cup dan bakar pada suhu 180'C selama 20-30 minit atau sehingga kek masak .

RESEPI COKLAT GANACHE :

230 grm coklat masakan
180 ml cream - dlm kotak
1 sudu kecil butter

CARA MASAK :

- potong atau patah-patahkan coklat masakan menjadi ketulan kecil dan letak dlm bekas stainless steal . Panaskan cream bersama butter sampai mendidih dan tutup api dapur kemudian terus tuangkan cream ke dalam bekas yg berisi coklat masakan . Kacau bahan-bahan sampai sebati dan boleh la disapu ke atas cup cake coklat .

Friday 17 January 2014

Ikan siakap sos kicap pedas masam manis

Resepi ringkas utk ikan siakap 


BAHAN-BAHAN :

1  ekor ikan siakap saiz besar - dibersihkan
2  ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 sudu besar cili kisar
5 biji cili api - dititik
2 cm halia
2 sudu besar sos tiram
1 biji buah tomato masak ranum dicincang
Kicap manis secukup rasa
Sos plum secukupnya
Sedikit air - jika perlu
Sedikit daun sup dan bawang
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng ikan sehingga garing kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu .                          
Bawang merah , bawang putih , halia dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam 5 sudu besar dan tumis bahan yang ditumbuk . Kacau bahan tumis sampai naik bau kemudian masukkan cili kisar serta cili api dan terus kacau sebentar sehingga cili masak . Masukkan bawang besar yang dipotong nipis-nipis , buah tomato yg dicincang dan kacau semua bahan .

Masukkan daun bawang/sup yang dipotong kecil dan sos tiram secukupnya . Masukkan kicap manis secukupnya , sos plum secukupnya dan kacau semua bahan-bahan . Jika kuah terlalu pekat boleh dimasukkan sedikit air . Biarkan kuah mendidih dan kacau kemudian masukkan garam dan gula . Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah ikut selera sendiri .

Bila kuah sudah mendidih boleh ditutup api dapur dan curahkan sos ke atas ikan yang sudah diletakkan dalam pinggan  . Jika ada bawang goreng dan daun sup/bawang boleh la ditabur atas ikan ni .

Wednesday 15 January 2014

Goreng pisang tanduk

Kalau nak goreng pisang saya suka pisang nipah , pisang abu atau pisang nangka . Baru-baru ni saya try beli pisang tanduk sebab tertarik dengan saiz nya panjang dan besar . Saya peram pisang tanduk sampai agak masak dan bila digoreng memang sedap betul la rasa pisang tanduk . Rasanya masam manis macam pisang nangka tapi lebih manis so memang lagi sedap dari pisang nangka . Pisang tanduk banyak dijual kat tepi jalan nak ke pekan Banting so bila kami pergi Banting saya akan singgah beli beberapa biji pisang tanduk . Harga pisang ni sekilo RM5 so selalunya saya beli dalam 3-4 biji cukup la stok untuk dibuat 2-3 kali goreng . Anak-anak dan suami pun suka goreng pisang tanduk sebab rasanya kurang masam dari pisang nangka dan lebih manis dari pisang nipah kiranya rasanya in between la antara 2 pisang tu dan sangat sesuai dengan citarasa saya anak-beranak .


BAHAN-BAHAN :

Buah pisang tanduk
1 cawan tepung goreng jenama ADABI
1 cawan tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air sejuk secukupnya
minyak masak secukupnya untuk mengoreng

CARA MASAK :

Kupas kulit buah pisang dan potong buah pisang tanduk ni menjadi kepingan kecil . Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam dan serbuk kunyit . Masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat . 

Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . Ambil buah pisang dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian terus masukkan buah pisang ni ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga buah pisang masak kekuningan . Boleh la diangkat buah pisang yang dah masak dan tos kan dahulu .

Kadar banding garpu dengan pisang tanduk , haaa pisang jenis ni memang panjang dan besar . Sebiji pisang lebih kurang sama dgn 3-4 biji pisang nipah .

Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidul Rasul

Hari ni 12 Rabiulawal 1435 kita umat islam menyambut Maulidul rasul
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw .



Monday 13 January 2014

Walimatul urus Nur Zalika & Ariff Shah

Alhamdulillah hari ni baru dapat saya sambung upload gambar wedding anak saudara saya Ika dengan Ariff . Akhirnya hari serta saat yang ditunggu datang juga , Majlis nikah Ika dan Ariff berlangsung pada hari Ahad 22/12/13 . Majlis bermula pada pukul 11 pagi dan berjalan dengan sangat lancar . Dengan sekali lafaz Ariff dan Ika sudah sah menjadi suami-isteri , syukur alhamdulillah saya dan keluarga tumpang happy untuk famili kakak saya , Kak Da . Saya rasa ramai pembaca blog kenal dgn kak Ida kan , kakak saya ni adalah pemilik blog Koleksi 1001 Resepi . 

Saya dan keluarga memang menunggu hari pernikahan Ika ni kerana time majlis kenduri-kendara lah baru saya dapat berjumpa dan berkumpul dengan famili serta saudara-mara . Happy dapat berkumpul dengan saudara-mara especially dengan mak saya , semua kakak serta abang dan adik . Kenangan manis pada penghujung tahun 2013. 

Makcik Nennie doakan Ika & Ariff akan hidup bahagia sehingga ke Jannah , amin . Keluarga kak Da dan abg Sabri pun bertambah seorang lagi anak lelaki , alhamdulillah . Semoga keluarga kak Da dan abg Sabri akan sentiasa di limpahi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia akhirat . 


Saya suka ambil gambar , so masa hari kenduri nikah dan resepsi Ika ni memang saya banyak ambil gambar dan lepas dipilih baru la saya upload masuk blog saya ni untuk kenangan dan juga untuk tatapan pembaca blog saya ni ^_^


Cantik pelamin untuk majlis nikah Ika ni . Saya suka deco pelamin utk majlis nikah Ika ni yang simple yet elegant gaya klasik dengan warna tema cream , cantikkan ^_^ . Pada saya kalau kita buat majlis nikah seeloknya ada pelamin yang simple macam ni . Boleh la pasangan pengantin duduk untuk acara sarung cincin atau pun lepas acara akah nikah boleh posing untuk bergambar dengan famili , baru la cantik gambar yang diambil dengan berlatar belakangkan dekorasi bunga-bungaan . Tak perlu sarat sangat hiasan pelamin sekadar simple tapi masih cantik , itu yang penting . 


Syukur alhamdulillah saya dapat kumpul banyak juga kelopak bunga ros untuk Majlis nikah Ika ni . Kak Da memang dah bagi tau awal supaya saya dapat kumpul kelopak bunga untuk majlis nikah dan untuk flower girls masa majlis resepsi di dewan Merak Kayangan . Paling saya happy sebab masa nak dekat majlis nikah Ika ni , pokok-pokok ros saya banyak sangat berbunga dan kembang syukur alhamdulillah . So bila sampai awal pagi di rumah kak Da , saya dan anak-anak mula tabur kelopak bunga ros segar yang kami kutip awal pagi tu , kelopak bunga yang fresh from the garden la ^_^ . Itu lah sumbangan kecil yang dapat saya bagi pada kak Da , alhamdulillah ^_^ 


Anak-anak saya bersama sepupu , semuanya happy pagi-pagi berkumpul nak meraikan hari bersejarah untuk keluarga Mak Ngah dan Pak Ngah ^_^ Sepuluh tahun lagi turn siapa la pulak yang akan bernikah , insyallah jodoh mereka nanti dikalangan orang-orang yang beriman , amin .


Tema warna baju untuk majlis nikah Ika ialah tona warna kelabu so pagi tu kami anak-beranak bergaya dengan baju baru sedondon warna kelabu , terasa macam sambut raya Aidilfitri la pulak hehe . So bila dah bergaya ni mesti la nak posing ambil gambar, kena pulak suasana rumah kak Da yang macam berada di resort dan pergi kat mana pun dalam kawasan rumah kak Da ni membangkitkan keinginan nak bergambar hehe . So banyak kali juga la saya dan famili berposing hehe pagi tu mood happy sebab nak meraikan majlis yang bersejarah untuk keluarga Kak Da & abg Sabri ^_^


Kami bersama di pagi yang sangat bermakna untuk meraikan Majlis pernikah Ika . Tok , Opah , makcik-makcik dan sepupu , masing-masing bergaya dengan baju tema warna tona kelabu . Cuba teka yang mana gerangan diri ku hehehe


Sepupu-sepupu yang tunggu bila la nak mula majlis , so masa tunggu ni makcik Nannie ambil foto dulu ya . Boleh disimpan buat kenangan hehe .  


Kak Ika yang tunggu untuk dipanggil ke ruang tamu di mana berlansungnya majlis nikah , saya sempat lagi ambil foto Ika ni secara candid . Cantik Ika pakai baju lace putih so sweet  ^_^ less is more very-very pretty ^_^


Hantaran dari pihak Ariff , semuanya cantik . I like ^_^


Ni pula hantaran dari pihak Ika , lagi la cantik sebab bunga hiasan tu kak Da yang buat ^_^


Majlis nikah yang ditunggu , syukur alhamdulillah .


Syukur alhamdulillah selesai acara akad nikah dan tiba pula saat Ariff nak sarungkan cincin ke jari manis Ika . Semoga Ika & Ariff akan melalui kehidupan bersama dalam suasana bahagia dan dilimpahi rahmat sampai ke Jannah , amin . 


Tahniah diucapkan kepada Kak Da dan abg Sabri sebab dapat menantu lelaki . Syukur alhamdulillah majlis pun berlangsung dengan lancar ^_^ . Hari Ahad 22/12/13 yang bersejarah kini menjadi kenangan paling manis untuk keluarga besar kak Da , kami semua yang hadir pada hari tu pun sama-sama tumpang happy ^_^


Majlis resepsi Ika & Ariff di dewan Merak Kayangan .


Pagi-pagi sampai saya ambil foto Adam , Adlina dan Mariam .


Cantik la deco dalam dewan , pelamin pun cantik . I likeee....


Me with my sista and little Mariam ^_^


Me with my sista ^_^ 


Suami ku yang kacak bersama abang-abang ipar yg segak dan tak lupa adik kesayanganku yang tampan ^_^ semuanya berbaris menunggu kehadiran tetamu di Majlis Kenduri Ika bersama Ariff ^_^                               

Bila dah berkumpul mesti la posing untuk bergambar ^_^


Aisyah , Maisara , Arena dengan Munirah . TQ Makteh untuk baju kurung yang cantik ni . Aisyah dapat pengalaman baru iaitu tolong edarkan goodies bag pada para tetamu , happy la Aisyah dapat berkumpul dengan sepupu-sepupu ^_^


Adlina dan Husnina pula tolong pegang bunga manggar . 


Jeng...jeng..jeng.. pengantin baru dan sampai , cantiknyaa Ika bersama Ariff yang segak . 

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding


Ok la juga hasil foto saya ambil ni kan , saya pakai Ipad je hehe 


Semua gambar dari angle tepi je sebab saya tak berani nak berdiri depan pelamin ^_^ nanti menganggu pandangan tetamu dan fotographer lain.


Selesai bersanding pasangan pengantin makan laa


Dewan pada permulaan majlis tetamu tak berapa ramai lagi dalam pukul 11 lebih baru sikit demi sedikit para tetamu datang dan by the time 12.30 tengahari dewan dah mula penuh alhamdulillah meriah la majlis resepsi kenduri Ika & Ariff .


Masa ni ramai dah tetamu datang dan dewan pun meriah dengan alunan nyanyi lagu-lagu tradisional dan zapin dan ada juga tarian tradisional dari pelajar sekolah rendah dari Lubuk Merbau . Suasana kenduri wedding Ika&ariff memang best laa dan meriah . Deco dewan pun cantik dan lauk-pauk dengan nasi minyak yang sangat sedap . 


Diri ku bersama bonda tercinta ^_^


Pulut kuning bertingkat-tingkat dengan hiasan burung 2 sejoli cantiknya . Good idea ni insyallah boleh saya buat bila sampai masanya nanti ^_^ memang lagi jimat kalau buat pulut bertingkat macam ni dari nak tempah kek kahwin ^_^


Gambar paling saya suka , saya C&P dari blog kak Ida laaa hehe , Happy day for all of us...

Ni la saja coretan saya , kenangan manis kami sekeluarga..