Pages

Monday 10 February 2014

Salmon grill sos lemon mentega

 Alhamdulillah sedapnya ikan salmon dengan sos lemon mentega ni..


BAHAN-BAHAN :

4 keping ikan salmon
2 brokoli
4 biji ubi kentang jenis russet

BAHAN-BAHAN SOS :

80 grm butter
1 sudu kecil minyak zaiton
1 cawan susu full cream 
2 sudu besar jus lemon -boleh tambah
6 helai daun pasley
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa

Boleh ditambah cream jika nak kuah yang lebih pekat serta boleh diubah suai resepi ni ikut citarasa masing-masing . Cara masak sos lebih kurang macam nak masak sos bechamel .

CARA MEMASAKNYA :

1) Bersihkan ikan salmon kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper , perap selama 1 jam . Kemudian panaskan grill pan dengan sedikit minyak zaiton dan grill ikan salmon sampai masak. Bila ikan dah masak boleh digrill ubi kentang pula sampai lembut serta masak.

2) Potong semua sayur brokoli dan kukus sayur brokoli sekejap saja supaya tidak over cook sebab nanti sayur brokoli jadi terlalu lembut dan lembik . Bersih kan ubi kentang russet dan rebus sampai empuk , tos dan ketepikan dulu .
3) Panas kan semua besar butter dengan minyak zaitun dan biarkan sampai butter cair . Kemudian terus masukkan susu , serbuk lada hitam secukupnya , daun herba pasley yang diracik halus dan kacau kuah  sehingga hampir mendidih .
4) Bila kuah hampir mendidih masukkan garam dan jus lemon secukupnya jika suka lebih masam masukkan lagi jus lemon. Biarkan kuah mendidih dan masak , boleh la ditutup api. Menu ni lebih sedap jika makan sewaktu masih panas .

Ikan salmon di grill dan dimakan dgn sayur-sayuran serta sos lemon mentega .

10 comments:

  1. Assalamualaikum, Dah lama saya jadi silent reader akak sebab saya selalu ikut resepi kak nannie yang mudah dan sedap. Dan saya juga memang penggemar bunga ros. Saya ada request utk follow instagram akak, tp belum approve.. nick saya, nnicema.
    Keep blogging akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam , terima kasih nic kerana selalu ikut blog k nannie ni . TQ again ^_^ , nic hantar request ya nanti k nannie approve

      Delete
  2. Assalammualaikum..

    Akak, firstly trima kasih sbb sudi share resepi ni. Saya nak cuba masak salmon, tp xpandai. Jadi saya gugel2 tjumpa blog akak. Terus rasa lapar tgk menu ni.

    Anyway kak, kat mana akak dpt ikan salmon size camni yer? Usually how much it costs u? Dan boleh dptkn dimana ye?

    Maaflah byk tnya sbb slalu sy jmpa salmon xde size mcm ni..

    -rai-
    www.blograidah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat giant pon ble dpt.. Cost dlm Rm4 1 slice..

      Delete
  3. nak tnya minyak zaitun tu bole tukar dgn minyak biasa tak ?? lagi satu daun pasley tu boleh ganti dgn daun bawang tak ?? hehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ani , saya dok cari la resepi ikan salmon ni ..biasanya saya buat tandoori ja, kali ni bila orang rumah bawa balik ikan salmon nak juga cuba cara lain plak ...cari-cari masuk laman kak ani hehehe nak try lah ...terima kasih ya kak...

    ReplyDelete
  5. Aslkm Nennie..alhamdulillah..dah cuba..sedap
    Nak masak masa birthday mama nanti.. terima kasih atas ilmu anda.

    ReplyDelete
  6. Menarik resepi2 ni.. memang nak cuba! Terima kasih��

    ReplyDelete