Pages

Wednesday 22 February 2012

IKAN SIAKAP KUKUS LADA HITAM

Semalam untuk dinner saya masak ikan siakap ni , sedap dan berkhasiat . Ikan siakap ni memang sedap dimasak apa jenis resepi pun sebab isi ikan ni manis dan agak padat . Saya selalu masak ikan siakap sweet sour atau masak kukus sebab anak-anak dan suami memang suka . Ikan kukus macam ni sedap dimakan dengan nasi atau di ratah macam tu je kan...


BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1-2 inci halia
lada hitam biji secukupnya
daun sup secukupnya
Cendawan tiram secukupnya
Garam secukupnya

BAHAN-BAHAN SOS :

3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
1 sudu kecil minyak bijan
CARA MEMASAK :
1) Sediakan periuk kukus , bersihkan ikan siakap dan dipotong 2 kemudian kelar-kelar badan ikan siakap . Kupas semua bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat . Gaul semua bahan tumbuk dengan ikan dan boleh la diletakkan ikan dalam mangkuk/pinggan . Masukkan sedikit halia dan bawang ke dalam perut ikan dan gaul ikan dengan garam .
2) Curah kan bahan seasoning dan taburkan lada hitam biji ke atas serta sekeliling ikan siakap . Kalau nak kuah ada rasa masam boleh ditambah air asam jawa secukupnya . Kukus ikan selama 30 - 40 minit atau sehingga ikan cukup masak , bila ikan dah nak hampir masak baru dimasukkan cendawan tiram yang disiat-siat ke dalam mangkuk berisi ikan siakap ni serta biar masak bersama ikan ni .

Ikan siakap sebelum dikukus , saya kukus ikan ni dalam 40 minit sehingga ikan cukup masak..

Wednesday 15 February 2012

MENU TENGAHARI NI - NASI DAGANG

Hari ni saya masak nasi dagang Terengganu dengan gulai ayam dan jelatah atau acar mentah . Syukur alhamdulillah sedapnyaaa . Beras nasi dagang ni suami saya beli masa dia outstation ke Terengganu masa bulan November tahun lepas so hari ni saya masak nasi dagang untuk habiskan stok beras . Kalau ikut cara yang betul nasi dagang dimasak dengan cara mengukus tapi saya nak cepat so saya ubah la cara masak dan alhamdulillah nasi dagang ni masih sedap untuk dimakan . Nasi dagang memang juadah favorite kami sekeluarga , sedapnya nasi dagang Terengganu...


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras
4 cawan air
1 cawan santan pekat
3 cm halia - di potong nipis
2 ulas bawang merah - dipotong kecil
1 sudu kecil halba
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan , halia , halba , bawang merah dan garam . Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik .

Jemput makan..

GULAI AYAM

Gulai ayam ni saya masak untuk dimakan dengan nasi dagang Terengganu . Saya ikut resepi yang dibagi pada bungkusan rempah gulai ayam ni yang saya beli di Pasar Payang , Kuala Terengganu . Jika tak ada rempah gulai ayam ni boleh diganti dengan rempah kari ayam biasa . Makan nasi dagang mesti la dengan gulai ayam yang dimasak ikut cara orang Terengganu baru la sedapkan . 

Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan jadi kalau ada sesiapa yang nak cuba masak anda boleh ubah suai atau tambah serta kurangkan bahan-bahan ikut selera sendiri ya . PENGALAMAN adalah GURU terbaik bila masuk bab memasak ni selain itu trial&error adalah cara saya belajar masak , bila selalu masak kita dapat mahir dan perbaiki cara kita masak.


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - bersihkan dan dipotong
4-5 sudu besar rempah gulai ayam 
3 cawan santan pekat - boleh tambah
1 cawan santan cair
2 sudu kerisik
2 sudu besar cili kisar - boleh tambah
1 cawan santan cair - boleh tambah
2 biji buah tomato - dibelah 4
2 keping asam keping - boleh tambah
Gula melaka/kabung secukup rasa
Garam secukup rasa


Boleh ditambah atau dikurangkan bahan-bahan ikut pada selera sendiri . 

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan 

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan-bahan dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan  pecah minyak.

2. Masukkan santan , asam keping , gula melaka serta garam secukup rasa . Biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan . Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan dimasukkan buah tomato . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

Saturday 11 February 2012

Sarapan pagi Sabtu - lempeng kelapa

Pagi Sabtu pun tiba...hari ni saya masak lempeng kelapa...sedap...

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut yg putih
Air secukupnya - ikut pada kepekatan yg kita suka
garam secukupnya - jangan masin sgt
Minyak masak untuk mengoreng

CARA MASAK :

Satukan semua bahan tepung gandum , kelapa parut , air secukupnya dan sedikit garam . Gaul sampai cukup rata pastikan jangan terlalu pekat atau terlalu cair , saya bancuh adunan tepung macam bancuhan untuk pisang goreng . Terpulang pada selera anda nak bancuh adunan untuk lempeng kelapa ni .

Masukkan minyak secukupnya dalam fry pan kemudian tuang adunan tepung dan ratakan adunan menjadi sekata . Tutup frying pan dan biarkan lempeng masak , guna kan api dapur sederhana besar . Terbalikkan lempeng supaya lempeng masak di kedua belah bahagian . Bila dah masak boleh diangkat serta dihidangkan bersama sambal dan kari .

Sila makan...


Lempeng yang baru masak..

Bancuhan lempeng..

Wednesday 8 February 2012

OMELET SALMON

Cukup sedap omelet salmon ni , boleh dimakan begitu saja dgn salad bersama sos thousand island atau boleh dijadikan filling untuk sandwich . Menu berkhasiat yang kaya dengan protein serta fiber dan untuk resepi ni saya hanya guna sebiji telur dan saya tambah 2 biji telur putih sahaja untuk menambahkan sumber protein dalam omelet ni . Boleh juga ditambah keju dalam omelet ni...

Sajian cukup lengkap dan berkhasiat...

Omelet bersama salad segar , sedapnyaa...

BAHAN-BAHAN :

1 keping fillet ikan salmon
1 biji telur
2 biji telur putih sahaja
2 biji buah tomato 
1 ulas bawang putih
minyak buah zaitun atau minyak sayur
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan fillet/kepingan ikan salmon dan grill ikan salmon ni sehingga masak kemudian ketepikan dulu biar ikan sejuk . Satukan 1 biji telur bersama 2 biji telur putih didalam bekas yang sesuai kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya . Kacau semua telur bagi cukup mesra ketepi kan dulu .

Racik halus bawang putih . Panaskan frying pan dan masukkan 1 atau 2 sudu besar minyak buah zaitun . Bila frying pan dah panas boleh la dimasukkan bawang putih dan biarkan sampai bawang masak serta layu kemudian terus masukkan isi ikan salmon yang sudah dilerai-leraikan . Kacau dan boleh dimasukkan semua buah tomato yang di potong kecil . Kacau semua bahan sampai tomato layu dan masak .

Bila tomato dah masak boleh la dimasukkan semua telur tadi . Berhati-hati masa nak terbalikkan omelet ni supaya omelet ni tidak hancur . Bila dah masak kedua belah bahagian boleh la ditutup api dan dihidangkan . Boleh ditambah keju macam monzarella atau cheeder ke dalam omelet ni...


Dah masak dan boleh dimakan , sedap ni...

BUAH CEMPEDAK DARI KAMPUNG..

Cuti hujung minggu baru-baru ni kami sempat balik kampung dan yang bestnya sekarang ni di kampung suami saya tu tengah musim buahan-buahan so macam-macam buah la yang kami dapat makan . Mertua saya tanam macam-macam jenis pokok buah-buahan dan sebelum ni pun saya pernah buat n3 tentang kebun buah mertua saya tu . Pokok buah rambutan serta langsat dan duku langsat dah nak habis musim tapi masih banyak berbuah so memang kami sempat makan merasa . Buah manggis kesukaan saya tengah berbuah lebat dan buah cempedak nangka pun tengah sedang elok masak . Selain tu mertua saya ada juga tanam ubi keledek  ,  cuti hujung minggu baru-baru ni memang macam pesta makan buah-buahan la , nikmat betul dapat merasa buah yang segar masak dipokok kemudian dipetik sendiri dan terus dimakan . Itu lah kelebihannya kalau ada kampung halaman kan syukur alhamdulillah la anak-anak saya dapat peluang merasai kehidupan di desa setiap kali balik kampung . Suasana kampung yang aman damai memang sentiasa kami rindu so kalau ada peluang bila cuti saja kami pasti balik kampung...

So bila nak balik ke rumah macam biasa mertua saya mula la bungkus macam-macam buah-buahan dan saya sendiri pun pegi petik atau kait buah yang saya nak bawa balik . Saya mesti bawa balik buah-buahan untuk kami makan di rumah dan saya bungkus juga buah-buahan untuk saya bagi pada kakak saya serta jiran...sama-sama merasa buah-buahan dari kampung baru la bestkan....

Pagi tadi saya kupas sebiji buah cempedak nangka untuk saya goreng buat makan sarapan pagi . Anak-anak saya memang suka makan buah cempedak goreng ni . Mertua saya tanam pokok cempedak yang dikacuk dengan nangka so buah cempedak ni memang lagi besar dari buah cempedak yang biasa kita jumpa . Isi buah cempedak ni tebal dan sangat manis so memang sedap dimakan macam tu saja atau digoreng .


BAHAN-BAHAN :

Buah cempedak
1 cawan tepung goreng jenama ADABI
1 cawan tepung beras
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
air sejuk secukupnya
minyak secukupnya untuk mengoreng

CARA MASAK :


Masukkan semua tepung beras dan gandum dalam bekas yang sesuai kemudian dimasukkan garam dan serbuk kunyit . Masukkan sikit demi sedikit air sejuk sambil kacau bancuhan ni . Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau terlalu pekat . 

Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry . Ambil buah cempedak dah masukkan dalam bancuhan tadi dan digaul rata kemudian terus masukkan buah cempedak ni ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga buah cempedak masak kekuningan . Boleh la diangkat buah cempedak yang dah masak dan tos kan dahulu .


Semua buah-buahan yang saya bawa balik semalam ada buah cempedak nangka , buah rambutan , buah langsat , buah manggis  dan  ubi keledek .

Monday 6 February 2012

SARAPAN PAGI ISNIN

Pagi ni terasa macam pagi Ahad pula sebab anak-anak dan suami ada di rumah serta persekitaran area rumah saya agak sunyi tak sibuk macam hari kerja . Pagi ni untuk sarapan kami makan sandwich telur dan sardin . Dah lama saya tak sediakan sarapan macam ni dan anak-anak suka sangat bila tengok saya masak telur hancur ni . Saya panas kan balik sambal sardin semalam untuk dimakan dengan roti dan telur hancur , sarapan yang ringkas dan sedap untuk kami sekeluarga makan bersama...

Selamat bercuti..

TELUR SCRAMBLE

Pagi ni untuk sarapan saya masak buat sandwich dengan inti telur scramble a.k.a telur hancur dan sambal sardin semalam  .  Saya dan family memang cukup suka makan telur scramble terutama anak-anak saya la . Selalunya saya suka makan telur scramble yang lembik/lembut jadi saya tak akan masak telur ni terlalu lama . Telur scramble ni boleh dimakan dgn roti atau dimakan dengan sosej yg digoreng atau grill . Sandwich telur  yang ringkas tapi cukup berkhasiat dan mengenyangkan...


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur
1 biji bawang besar
4 sudu besar butter
serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

CARA MASAK :

Masukkan telur dalam mangkuk yang sesuai kemudian dicampur dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya , kacau semua bahan biar cukup rata . Kupas bawang dan potong nipis-nipis .

Panaskan kuali dan masukkan semua butter dan masukkan bawang merah yg sudah dipotong nipis-nipis . Kacau semua bahan sampai bawang layu dan masak , perlahankan api dapur dan boleh la dimasukkan semua telur tadi . Biarkan telur masak secara perlahan-lahan dan sentiasa kacau telur . Rasa telur jika kurang masin baru ditambah garam lagi . Jangan biar telur masak terlalu lama nanti telur akan menjadi berketul-ketul dan keras . 

Sandwich yang saya sediakan untuk kami makan pagi ni , alhamdulillah sedapnya . Roti ni boleh ditoast dulu kemudian saya sapu cream cheese dan baru lah saya letak sardin kemudian scramble eggs dan sayur-sayuran...

Telur yang dipukul cukup rata dan dicampur dengan garam serta serbuk lada hitam secukupnya..

SAMBAL SARDIN & TELUR DADAR

Menu makan malam kami semalam , saya masak sambal tumis sardin , telur dadar dan sayur kobis tumis air . Menu simple yang senang nak dimasak dan cukup sedap dimakan dengan nasi kan . Sambal sardin ni lauk kegemaran suami dan anak-anak saya , sambal ni makan dengan roti pun sodap kan....


BAHAN -BAHAN :

1 tin besar ikan sardin cap ayam saja
1 cawan minyak
2 biji bawang besar
10 biji cili api
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih yg besar
1 inci belacan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

1) Asingkan ikan sardin dari kuah dan simpan sedikit kuah sebab akan diguna nanti . Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sampai garing . Kuah ikan sardin akan digunakan sedikit untuk resepi ini.

2) Cili api ditumbuk lumat bersama belacan , bawang merah serta bawang putih . Bawang besar di potong nipis-nipis .

3) Panaskan sedikit minyak dan tumis cili api yang ditumbuk tadi dan biar sampai naik bau kemudian masukkan bawang besar , kacau sampai bawang besar agak layu dan terus masukkan ikan sardin , asam keping , sedikit kuah sos sardin dan garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga semua adunan menjadi mesra dan boleh la ditutup api.


Hidangan makan malam kami , sambal sardin bersama sayur kobis serta telur dadar. 

Sunday 5 February 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432H

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia menyambut hari yang amat penting dalam hidup kita iaitu menyambut Maulidur Rasul atau hari Keputeraan Nabi Muhammmad S.A.W Rasul yang sangat kita sayangi dan sanjungi.... sama-sama lah kita banyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita..




Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab: 56)

Maksudnya:
"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA..

Friday 3 February 2012

NASI BRIYANI harum semerbak

Semerbak harum dapur saya dengan bau wangi nasi briyani ni sampai anak bongsu saya Adam 2-3 kali masuk dapur sebab nak tau Mama masak apa untuk makan tengahari . Saya jarang masak nasi briyani sebab kami sekeluarga lebih suka makan nasi minyak atau nasi tomato cuma kali ni saya nak cuba masak briyani guna rempah briyani jenama ADABI dan alhamdulillah sedap . Lain kali saya nak cuba masak nasi briyani guna rempah  jenama lain pula . Saya masak ayam masak merah dengan acar mentah/jelatah dan dalca daging untuk dimakan dengan nasi briyani ni..

Nasi briyani bersama ayam masak merah , acar mentah dan dalca daging , jemput semua makan sila la menjamu selera . Saya masak nasi briyani ni berpandukan pada resepi yang disediakan pada bungkusan rempah nasi briyani ni .


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan - disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus - digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

BAHAN TUMISAN DIKISAR :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia


REMPAH TUMISAN :

30 gm rempah briyani ADABI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu , goreng buah gajus ditos dan ketepikan .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yg dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan . Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

Kemudian masukkan semua air dan susu cair , daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila nasi dah masak boleh la di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .

DALCA

BAHAN-BAHAN :
300 grm daging lembu batang pinang
1 peket rempah kari daging
4 cawan santan - boleh tambah
1 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 biji carrot
100 grm kacang dal - boleh ditambah

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Kisar semua bawang merah , bawang putih dan halia . Kacang dal direbus sehingga empuk & ditos , saya ambik sedikit air rebusan kacang dal untuk dicampur dalam kuah dalca ni . Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua kulit bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk tadi , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan bersama dengan air rebusan kacang dal , daging dan biarkan daging masak serta menjadi empuk . Masukkan ubi kentang dan biar ubi masak sehingga empuk kemudian boleh la masuk carrot . Bila carrot agak empuk boleh dimasuk kacang dal , terung serta garam secukup rasa dan kacau sekejap dalca ini . Bila semua sayur dah empuk boleh la ditutup api dapur .

AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:


1 ekor ayam - dipotong 8 atau 12 bahagian
Garam dan gula secukup rasa
tomato sos secukupnya
cili sos secukupnya
3 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup/bawang untuk hiasan


BAHAN-BAHAN DIKISAR :
7 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
4 cm halia
3 batang serai


REMPAH TUMISAN :
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih 
1 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga


CARA MEMASAK :

-Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil . Ayam dibersihkan kemudian dipotong dan digaul dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam sehingga masak .

-Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan tumiskan bahan-bahan dikisar dengan bahan rempah sehingga wangi semerbak kemudian boleh la dimasukkan cili kisar dan digaul rata . Biarkan sampai cili masak dan pecah minyak . Masukkan gula, garam , cili/tomato sos dan kacau lagi . 

-Kemudian masukkan ayam ke dalam sambal dan gaul rata sampai mesra . Terus mengacau untuk 10 minit lagi dan tabur daun sup/bawang ke atas ayam dan boleh la dimatikan api dapur.

Wednesday 1 February 2012

SIMPLY DELICIOUS - KEK MARBLE

Sedapnya kek marble ni cukup menetapi citarasa saya dan anak-anak . Resepi kek ni saya dapat dari rakan blog juga iaitu dari blog Dapur Tanpa Sempadan - Mat Gebu , terima kasih Mat untuk resepi kek yang sangat mudah nak dibuat dan sangat lah sedap . Dulu-dulu masa kecil mak saya memang rajin masak kek marble yang cukup sedap so sampai la sekarang kek marble memang my all time favorite cake , simply delicious....

BAHAN-BAHAN :

240 gm butter
220 gm gula castor
240 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
4 biji telur gred A
10 gm ovallete
1 sudu kecil esen vanila
60 ml fresh milk
20 gm serbuk koko
20 ml air

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 175'C . Ayak tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan dulu .  Satukan susu dengan esen vanilla . Putar butter dan ovallete sehingga rata dan masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi putih 


- Teruskan mix adunan dan masukkan sebiji demi sebiji telur , jarak antara sebiji telur ialah 1 minit . Putar sehingga adunan jadi kembang . Masukkan tepung sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya putar balik adunan sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 3 minit saja )

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian , satu bahagian dibiar kosong dan satu lagi dimasukkan bancuhan koko dengan air kosong . Kacau bahagian koko sehingga sebati .


- Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan adunan kosong lepas tu adunan koko dan ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja tandanya kek dah masak la . 


Terima kasih Mat Gebu untuk resepi kek marble yang sedap ni..