Pages

Wednesday 31 October 2012

SUP TULANG

Sup tulang ni adalah n3 terakhir untuk bulan Oktober 2012 ni . Sup tulang lembu tempatan yang saya masak masa Hari Raya Aidiladha yang lepas . Sup ni boleh dimakan macam tu saja atau dengan nasi atau boleh juga di jadi kan kuah soto , alhamdulillah nikmatnya dapat makan sup tulang yang sedap ni.....


BAHAN-BAHAN:

1 kg tulang lembu tempatan
4 biji tomato
1 pokok daun sup n daun bawang
5 batang celery
Garam secukup rasa
Air mencukupi sehingga menutupi tulang dalam periuk

*Air kena cukup sebab nak masak sampai dagingnya kat tulang jadi empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum kalau daging masih liat air perlu ditambah dan terus masak tulang lembu ni 

BAHAN-BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis - anggaran 2 inci panjang
4 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah - dikisar 
1 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan putih*
2 sudu besar lada hitam*

Semua bahan-bahan bertanda * ni digoreng tanpa minyak dalam kuali sehingga terbit bau wangi kemudian dikisar halus .

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia dikupas kulit dan dikisar lumat . Biji Ketumbar , lada hitam serta jintan putih digoreng tanpa minyak sehingga wangi dan ditumbuh/kisar halus . 

-Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bahan kisar dan kacau dan biarkan sampai bahan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bahan-bahan rempah tumisan . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan tulang tadi dan kacau  dan biarkan sampai kuah mendidih . 

-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la di masukkan semua batang celery yang dipotong kecil . Biarkan daging pada tulang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato yg sudah dipotong 4 , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup/bawang yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Jambangan bunga ros dari laman rumah ^_^

Semalam saya kutip bunga-bunga ros ni dari laman rumah saya untuk di jadikan jambangan bunga sebagai hiasan ni meja konsol . Sekali - sekala saya suka juga petik bunga ros untuk dijadi hiasan tapi selalunya saya biarkan saja bunga ros itu kembang di laman rumah . Dulu saya beli bunga ros untuk dijadi kan hiasan tapi sekarang ni saya hanya petik dari laman sendiri alhamdulillah itu lah kelebihannya bila kita bela sendiri pokok bunga ros dan yang pastinya bunga ros saya ni wangi harum . Ceria je pandangan mata ni bila tengok bunga ros berwarna-warni ada dalam rumah ^_^

My beautiful roses....

Tuesday 30 October 2012

MARBLE CUP CAKE

Resepi kek ni saya dapat dari website My Resipi , alhamdulillah senang juga nak buat kek marble ni  . Kali ni saya buat marble cup cake sebab nak kek ni cepat masak , mudah dihidangkan dan lagi senang nak di makan , ambil je seketul  sekali dua makan dah habis hehe


BAHAN-BAHAN :

300 gm butter
300 gm gula castor
310 gm tepung gandum
5 biji telur grade B
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar serbuk koko*
3 sudu besar air* - secukupnya
1 sudu besar gula*

Cara Masak :

- Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . 

- Bancuh serbuk kokok dengan air dan gula , gaul semua sehingga sebati .

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian , 1 bahagian dicampur dgn bancuhan koko dan kacau bagi bancuhan sebati  . Susun paper cupcake dalam loyang pembakar dan sendukkan adunan masuk ke paper cup berselang seli antara 2 adunan coklat dan yg asli , masukkan 3/4 penuh papercup sahaja .

- Bakar selama 15-20 minit mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya cucuk dulu bahagian tengah dgn lidi bila ditarik keluar lidi tu bersih saja maknanya dah masak la..

- Setelah kek masak , sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.

RENDANG AYAM

Tak lengkap hidangan di Hari Raya jika tak ada rendang...
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam - anggaran 2 kg
2-3 cawan santan - boleh ditambah
7 keping daun limau purut
1 helai daun kunyit saiz besar
5 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

10 biji cili kering
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai di racik nipis
2 inci halia
3 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MASAK :


1) Potong ayam menjadi ketulan kecil dan bersihkan ayam dengan tepung gandum untuk buang semua kotoran serta lendir ayam kemudian ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali bersama semua santan dan masak sehingga mendidih . Kacau kuah rendang ni dan masukkan semua ayam tadi dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik bersama daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau . Boleh juga dimasukkan sekeping sedikit asam keping supaya rendang ni ada rasa yang seimbang . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .


Monday 29 October 2012

Hidangan pada Aidiladha

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin , hari ni bermula la minggu baru untuk kita semua dan pasti ramai yang sudah mula bekerja atau mungkin ada yang cuti hari ni nak rehatkan diri selepas penat mengharungi perjalanan yang jauh pulang dari kampung selepas cuti selama 3-4 hari . Hujung minggu yang sangat mengembira kan untuk kita semua kerana dapat berkumpul bersama keluarga sambut Hari Raya Aidiladha . Raya haji tahun ni saya masak sup tulang yang sedap dimakan dengan sambal kicap cili api . Sup tulang ni memang lauk kegemaran suami saya dan selalunya saya beli tulang lembu tempatan yang fresh dan ada isi . Selalunya sup tulang ni kami makan dengan nasi tapi raya kali ni saya hidang sup tulang bersama nasi impit dan saya buat pergedil untuk melengkapkan juadah soto sup tulang , sedapnya . Rendang ayam memang lauk kegemaran anak-anak jadi saya masak rendang yang tak pedas supaya anak-anak boleh makan dengan lenag dan nasi . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga pada hari raya Aidiladha kali ni .

Ketupat nasi/lontong yang dimakan dengan sup tulang..


Lontong yang saya beli di pasar tani , sedap sangat ni..


Lontong yang sudah dipotong untuk dihidang , cantik saja warnanya..


Rendang ayam..

Friday 26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Hari ni Jumaat 10 Zulhijjah 1433H kita umat Islam menyambut Hari Raya Haji .

Thursday 25 October 2012

SALAM EID AL-ADHA

Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya ni , terima kasih kerana anda semua sudi singgah ke blog saya .

Semoga semua pengorbanan kita diberkati ALLAH dan mendapat keredhaanNYA

Jom kita sama-sama doakan semoga semua jemaah haji dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah di kota suci Mekah/Madinah dan semoga mendapat haji mabrur. 

Semoga sampai masanya saya dan suami juga dapat menjalankan ibadah HAJI dan ketika ini saya teringin sangat nak pergi ke Tanah Suci Mekah bersama suami , Insyallah saya sentiasa berdoa semoga impian saya ni di makbul kan , amin .


Sedapnya - ikan cencaru belah belakang

Cara masak ikan cencaru macam ni paling saya dan suami suka makan , sedap la...

BAHAN-BAHAN:

5 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.

BAHAN DIBLEND ATAU TUMBUK:

10 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan

Sambal ni ditumbuk hancur dan jangan sampai terlalu lumat.
CARA MEMASAK :
-Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya . Ikan dilumur dengan garam kemudian disumbat dengan cili tumbuk tadi di bahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili di bahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar.

-Panaskan minyak yang banyak untuk mengoreng teknik deep fry dan bila minyak sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan . Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit.Kulit ikan cencaru yang tebal akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.
-Bila ikan sudah kelihatan garing boleh la diangkat dan ditos dahulu .


Ikan cencaru yang sudah siap untuk digoreng .

Wednesday 24 October 2012

MASAK LEMAK PUTIH PUCUK UBI

Sedapnya makan nasi dengan lauk ikan goreng dan sayur pucuk ubi di masak macam ni serta ada pula sambal belacan , makan nasi memang tambah lagi la hehe 



BAHAN-BAHAN:

1 ikat pucuk ubi
3 cawan santan - boleh tambah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
1 batang serai - di titik


CARA MEMASAK :

Ambil semua pucuk ubi dan di rebus sampai empuk/layu kemudian ditos dan ketepikan dulu , buang semua air rebusan tadi .
Bawang merah dan putih ditumbuk lumat . Masukkan santan , semua bawang , serai dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua pucuk ubi  dan garam secukup rasa , sekali sekala kacau sampai semua sayur sebati dengan kuah dan masak .

SOTONG TUMIS TAUCHU

Kami memang suka makan sotong tapi saya jarang masak sambal tumis udang sebab anak-anak tak tahan pedas so kalau lauk sotong selalunya saya masak kicap , goreng kunyit atau goreng tepung ranggup . Kali ni saya cuba masak sotong dengan tauchu , sedap juga sotong masak macam ni . Jika anda nak cuba resepi ni ubah suai la untuk ikut selera anda sendiri ya ^_^


BAHAN-BAHAN:

500 gram sotong sederhana besar
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

1/2 inci halia
3 biji cili merah
1 peket tauchu
1 sudu kecil sos tiram
 asam jawa secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAKNYA :


Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia . Potong menyerong semua cili merah .

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang yang ditumbuk tadi . Kemudian masukkan sos tiram ,  semua sotong , gula secukup rasa dan asam jawa secukup rasa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit dengan menggunakan api dapur yang besar atau sehingga sotong cukup masak . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing . Ok selamat mencuba.

Friday 19 October 2012

DALCA DAGING

Dalca daging yang sedap dimakan dengan roti jala atau dengan nasi..


BAHAN-BAHAN :
500 grm daging lembu batang pinang
5 cawan santan 
2 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
2 biji carrot
200 grm kacang dal 

BAHAN-BAHAN TUMISAN :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket kecil - serbuk kari daging
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang + bunga cengkih + buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dengan kacang dal dan daging biarkan kuah mendidih dan kacang dal kembang serta daging menjadi empuk . Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Kacau kuah dan masukkan semua ubi kentang dan biarkan sampai ubi kentang masak lembut dan boleh la dimasukkan sayur terung , carrot serta garam secukup rasa . Akhir sekali baru la dimasukkan kacang panjang dan buah tomato dan biar sampai masak boleh la ditutup api dapur .

Thursday 18 October 2012

MY FAV - ROS ROYAL TOWN

Ikut ID nama ros ni Benson & Hedges selain tu ros ni juga di panggil Royal Town . Bunga ros ni cantik , wangi dan mudah nak dijaga . Selalu berbunga dan warna bunga cukup cantik campuran tona oren , warna ros ni berubah masa kudup warnanya agak pekat tapi bila dah full bloom ros ni akan menjadi warna oren/kuning pucat . Saya bagi baja organik seperti kulit udang yang dicampur dengan taik kambing supaya pokok berbunga , campuran baja udang dengan baja taik ayam supaya pokok banyak daun . Semua baja organik ni bukan yang fresh ya tapi yang sudah diproses . 

Pokok ros akan cepat besar dan subur jika kita bagi baja organik selain itu pokok ros juga perlukan 8 jam cahaya matahari sebaiknya cahaya terbit fajar atau cahaya waktu pagi sehingga lewat tengahari macam di rumah saya ni semua pokok ros saya dapat cahaya matahari dari pagi sampai la ke petang . Dulu sebelum bela ros saya ingat pokok ros ni perlu diletak tempat teduh tetapi sebenarnya pokok ros perlu kan cahaya matahari untuk proses fotosintesis cuma kita perlu pasti kan pokok ros disiram dengan air yang mencukupi . 

Dah 7 bulan saya bela pokok ros dan semakin banyak perkara yang saya belajar tentang cara-cara nak pelihara pokok ros . Dulu masa mula tanam ros saya banyak belajar dari rakan-rakan sama  minat tapi sekarang ni setiap hari ada saya perkara baru yang saya belajar tentang pokok ros . Semakin lama semakin saya sayang pada pokok ros yang saya jaga ni dari pokok kecil setinggi 6 ke 12 inci dan sekarang dah membesar sampai 5-6 kaki tingginya alhamdulillah....

Ros Royal Town yang rajin berbunga , pokok ros bukan lagi pokok yang hanya boleh hidup subur di tempat yang cuaca sejuk . Pokok ros ni cepat dapat menyesuaikan 'diri' dengan persekitaran dan dengan cara penjagaan yang betul pokok akan hidup sihat dan selalu berbunga . 

Ros kembang yang sentiasa buat saya senyum , sapa yang tak happy bila tengok pokok ros yang dibela menjadi-jadi elok hidup subur , syukur alhamdulillah..


Cantik menawan dan wangi....




Gembira dan senangnya hati bila tengok bunga ros yang cantik macam ni...

Jom kita bela pokok ros..jom..jom...

SAMBAL KELAPA n ULAM RAJA

Dah lama saya tak buat sambal kelapa yang sedap dimakan dengan ulam raja aduhhhhh enak sekali . Pagi tadi di pasar saya beli bahan-bahan yang diperlukan dan sampai saja rumah dengan penuh semangat saya mula masak lauk untuk makan tengahari ni  . Last sekali baru saya tumbuk sambal kelapa supaya masa makan nanti sambal ni sedap fresh . Ulam raja dibasuh bersih dan sebelum dihidang  untuk dinikmati semuanya disusun dulu untuk sesi fotografi di studio yang terletak di dapur saya yang serba sederhana ni , alhamdulillah....

BAHAN-BAHAN :

5 biji cili merah
1 inci belacan - boleh ditambah
2 sudu besar udang kering
Kelapa parut secukupnya
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

-Rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut tos dan ketepikan . Tumbuk semua cili merah besama belacan dan garam sampai lumat kemudian masukkan udang kering . Tumbuk semua bahan sampai lumat , jika perlu boleh dimasukkan jus limau nipis secukup rasa . Masukkan sedikit demi sedikit kelapa parut dan terus tumbuk perlahan-lahan . Gaul semua bahan-bahan dan rasa sambal ni jika ada bahan yang kurang boleh la ditambah . 


Cili merah ditumbuk dengan belacan , udang kering dan garam . Bila cabai/cili dah cukup lumat baru la dimasuk kelapa sedikit demi sedikit dan ditumbuk bagi sebati dengan cili . Gaul semua sekali dan boleh la dimasukkan dalam mangkuk .


Ulam raja yang sangat sedap dimakan dengan sambal kelapa , alhamdulillah...

Wednesday 17 October 2012

MASAK LOMAK CILI API DAGING SALAI

Hujung minggu yang lepas kami balik kampung dan kebetulan bapa mertua ada buat daging salai . Mak mertua saya dah siap ketepikan daging salai untuk kami bawa balik dan hari ni saya masak menu kegemaran suami saya ni masak lomak cili api daging salai , alhamdulillah sedap ni...

BAHAN-BAHAN :

500gm daging lembu salai
4 cawan santan pekat
4 biji ubi kentang - dikupas kulit dan dibelah 4
3 batang serai - dititik

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan  .

CARA MEMASAK :

Rendam daging dalam air biasa selama 1 jam untuk buang kotoran/habuk abu , tos daging dan boleh la dipotong daging menjadi ketulan/kepingan kecil dan bersihkan serta diketepikan dulu . 

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan , daging dan sekeping asam keping ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan semua ubi kentang . Kacau kuah supaya tak pecah minyak . Biarkan daging masak dan sebati dengan kuah serta ubi kentang menjadi empuk . Sekali sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

BUNGA ROS SEPUTIH SALJU

Dalam taman ros saya ni ada macam-macam warna ros dan ros putih ni antara favorite saya...







Friday 12 October 2012

Cucur jagung jejari ketam

Selalunya kalau beli jagung segar saya suka rebus atau buat cucur jagung yang di campur udang kertas kecil . Kali ni udang tak ada jadi saya guna saja apa bahan lain yang ada so saya buat cucur jagung campur jejari ketam . Saya tambah  sedikit daun bawang sup dan daun bawang yang diracik halus serta segenggam udang kering yang ditumbuk lumat . Sedapnya sarapan pagi ni makan cucoq jagung sambil minum teh o panas , selamat cuti hujung minggu...


BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
2 batang jagung
1 peket jejari ketam
1 biji bawang besar
1 genggam udang kering
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit daun bawang/sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa

*Boleh ditambah 2 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas atau tambahkan soda bikarbonat supaya adunan lebih ranggup. Boleh juga ditambah daun sup/bawang dalam adunan cucur ni.

CARA MASAK :

Bersihkan jagung dan potong ambil biji jagung kemudian racik bawang besar . Rendam udang kering sehingga kembang dan tumbuk udang kering sehingga lumat . Potong jejari ketam dan di lerai-leraikan menjadi kepingan kecil .

Masukkan semua tepung , serbuk soda , serbuk kunyit , jagung , udang kering , jejari ketam , daun sup/bawang dan air dalam bekas yang sesuai dan dikacau rata . Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan cukup rata dan pastikan adunan jangan terlalu cair . Masukkan telur , bawang , serbuk kunyit , garam secukupnya dan terus la kacau adunan sehingga sebati .

Panaskan minyak yang secukupnya untuk deep frying dan goreng cucur sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

Cantiknya rose Magic Carousel

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat yang sejuk dan nyaman . Pagi ni tak ada n3 resepi la tapi saya sajikan gambar bunga ros MC yang cantik ni supaya mata kita semua yang melihat akan jadi segar bugar . Nama bunga ros ni Magic Carousel atau dipanggil juga ros apam sebab bentuk ros ni macam apam kembang . First time saya tengok bunga ros ni di rumah kawan dan saya terus suka dengan bentuk kelopak ros ni yang berlapis-lapis serta warna nya yang cukup unik . Pokok ros MC ni cepat membesar dan agak mudah nak di jaga serta selalu berbunga . Saya ubah 2 pasu bunga ni ke tempat yang lain supaya dapat lebih cahaya matahari dan alhamdulillah kali ni pokok ros ni berbunga dengan banyak sekali , senang hati bila tengok pokok ros yang dijaga hidup subur makin tinggi dan daun-daun semuanya hijau elok tanda cukup vitamin . Hati ni pun berbunga-bunga happy bila tengok kat laman rumah pokok ros banyak bunga berwarna-warni ^_^

SELAMAT PAGI JUMAAT..

Cantikkan  ros ni.....


Bentuk ros ni agak leper bila dah full bloom dan kelopaknya berlapis-lapis unikkan.. 


Alhamdulillah kali ni pokok ros banyak bunga selalunya pokok ros yang dijaga dengan elok akan senang berbunga dan hidup subur .

Cantik...

Bunga ros yang sudah full bloom dengan kudup yang baru nak kembang , unik dan cantik..


Kudup yang baru nak kembang..

Terapi mata dan jiwa bila tengok bunga yang kembang cantik macam ni...

SELAMAT CUTI HUJUNG MINGGU..

Thursday 11 October 2012

NASI HUJAN PANAS

Semalam saya masak nasi hujan panas yang dimakan dengan dalca daging dan ayam goreng . Kebetulan pula cuaca di area rumah saya semalam pun panas kemudian hujan , paginya panas sampai tengahari dan hujan dari petang sampai la ke malam . Nasi hujan panas ni sebenarnya nasi minyak biasa cuma ditambah pewarna makanan supaya kelihatan lebih menarik dan selalunya warna nasi hujan panas ni campuran warna hijau dan merah . Alhamdulillah untuk rezeki kami semalam...


BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu sejat
2 helai daun pandan - disimpul & ikat
4 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna makanan - dibancuh dgn 1 sudu besar air

BAHAN REMPAH :
1 inci kayu manis
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit kemudian ditos ketepi kan dulu .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan ditumbuk dan bahan rempah serta biar sampai bawang masak kekuningan . Terus masukkan air . susu sejat dengan daun pandan dan biarkan sampai air mendidih .

Kemudian masukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi eletrik untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa . Bila nasi dah masak boleh la di taburkan pewarna makanan serta digaul perlahan-lahan nasi dan pastikan pewarna cukup rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini .


Nasi hujan panas

Monday 8 October 2012

AGAR-AGAR LAICI

Sedapnya agar-agar laici ni...yum..yum..


BAHAN-BAHAN

28 gram agar agar / 1 peket
1000 ml air + air laici
200 grm gula pasir - boleh tambah
1 tin susu sejat 
1 tin buah laici - boleh ditambah
2 helai daun pandan

CARA MASAK :

1000ml campuran air laici dengan air biasa dimasak bersama agar-agar , daun pandan dan biarkan air mendidih sehingga agar-agar larut dalam air kemudian masukkan semua gula . Keluarkan daun pandan dan masukkan semua susu sejat kacau bagi semua bahan rata dan boleh la dimasukkan buah laici yang sudah dicincang . Guna kan api dapur sederhana dan kacau semua bahan , rasa agar-agar jika kurang manis boleh ditambah sedikit lagi gula . Bila adunan dah mendidih tutup api dapur dan boleh la dituang dalam acuan yang sesuai . Biar agar-agar sejuk baru la dimasukkan dalam fridge dan biar kan sehingga agar-agar betul-betul keras dan sejuk baru sedap dimakan .

Saturday 6 October 2012

ADAM GENAP 5 TAHUN - happy birthday sayang

Hari ni adalah hari lahir anak bongsu saya , Muhd Adam yang dah pun genap 5 tahun...

Mama doakan yang terbaik untuk anak kesayangan Mama ni semoga Adam menjadi anak yang soleh sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur serta hidup bahagia di dunia & akhirat , amin . Mama doa yang baik-baik saja la untuk anak Mama ni . Sebagai ibu pastinya saya  nak tengok anak-anak  saya hidup bahagia di dunia dan akhirat , hidup saya sekarang ni hanya la berkisar keluarga dan anak-anak sebab mereka la kekuatan dan kebahagiaan saya , saya amat bersyukur atas segala nikmat serta kebahagian yang kami kecapi dari dulu dan sampai sekarang ni , semoga ALLAH SWT akan sentiasa melindungi dan merahmati keluarga kami ni , amin....

Tahun ni Adam sambut hari lahir di Tadika dengan kawan-kawan , happynya dia..


Aidilfitri 2012.. 


My Adam berumur 3 minggu..Oktober 2007


My little boy , Adam berumur 3 bulan masa ni kalau dipanggil mesti senyum saja , love you so much..


Adam berumur 8 bulan dan sudah pandai posing..


Adam rambut panjang , rupa Adam dah macam baby girl la pula hehehe


Adam first hair cut , masa ni dah berumur setahun lebih...comel..


Haaa baru la hensem tapi still so cute...


Adam berumur 3 tahun semasa sambut Aidifitri 2010 di kampung Opah - bergambar dengan kak Aisyah dan kak Adlina..


Kami sekeluarga semasa bercuti bulan Mac 2012 . 

Abah , Mama , kak Aisyah dan kak Adlina sayang Adam....
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....