Pages

Friday 13 July 2012

Jom masak pizza

Saya nak kongsi cara cepat saya masak pizza , selalunya saya uli sendiri doh untuk roti pizza tapi kadang-kadang nak mudah kan kerja buat pizza ni saya beli saja base/roti segera untuk pizza . Base pizza ni ada di jual di hypermarket atau kedai menjual bahan bakery . Saya akan guna sos spagetti Prego dan bahan-bahan topping ikut pada selera kami sekeluarga kadang-kadang saya guna isi ayam , daging atau sosej . Senang saja nak masak  pizza kalau ikut cara saya ni hehehe dalam masa 30 minit dah siap .

Pizza kegemaran kami sekeluarga..

BAHAN-BAHAN :

2 keping base roti pizza segera
1 tin sos Prego perisa tradisi
topping tumisan ayam campur cendawan
Campuran keju monzarella/parmesan/cheedar

CARA MASAK :

Bahan-bahan paling penting roti base pizza dan sos prego ni..

Saya beli di Tesco dalam kotak ni ada 2 keping roti base pizza berukuran 10 inci , harga ok tak mahal bila dah masak rotinya elok lembut ^_^

Untuk topping pizza 

BAHAN-BAHAN :

Isi ayam secukupnya - dipotong kecil 
1 peket cendawan swiss brown
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit herba oregano

CARA MASAK : Bersihkan isi ayam dan dipotong kecil kemudian kupas semua kulit bawang dan bawang dimayang halus . Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bawang tadi dan masak sampai bawang wangi serta menjadi layu . Masukkan semua isi ayam dan kacau serta boleh la di masukkan sedikit herba oregano dan garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan biarkan sampai isi ayam masak serta boleh la ditutup api dapur .


Ni la sos Prego untuk disapu atas pemukaan roti pizza , ikut pada selera sendiri nak sapu banyak mana ya..saya suka guna yang perisa tradisi ni..


Letakkan roti pizza dalam loyang pizza dan boleh la disapu sos Prego secukupnya . Kemudian taburkan topping isi ayam secukupnya dan akhir sekali taburkan campuran keju . Panaskan oven dulu pada suhu 180'C selama 5 minit dan masukkan pizza ni dalam oven . Bakar/masak pizza ni selama 15 minit atau sehingga topping keju bertukar menjadi garing . 


Cutter khas beroda untuk senang potong pizza

Dah pun masak dan boleh terus dipotong pizza ni , boleh terus makan atau nak tunggu sejuk sikit . Bahan-bahan untuk topping pizza ni boleh ditukar ikut pada selera anda sendiri . Saya pernah masak pizza dengan topping sardin  , pizza rendang daging/ayam , pizza serunding , pizza marinara iaitu topping udang/sotong/lala dengan sos Prego tradisi dan juga beberapa jenis topping pizza lagi yang saya reka ikut selera kami anak beranak ^_^

SELAMAT BERCUTI HUJUNG MINGGU  

10 comments:

  1. Salam Kak Nannie..
    fuhh..bersemangat betul kak nannie kita nie bercerita....pasal pizza dia...kaya dengan keju lagi...belum pernah lagi buat piza sendiri ...nanti nk tryla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , hehehehe masak sendiri lagi best

      Delete
  2. huii tgok gmbar je pon dh thu sedap..keju dye tu umpphh..hehe
    t sy rekomen kat mak^^
    thanx

    ReplyDelete
  3. Sejak senang buat piza ni saya sangat jarang makan piza kat luar, rasa piza sendiri lagi sedap nyum..nyum... he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lagi elok kita masak sendiri pizza utk kita makan bersama family

      Delete
  4. salam nannie..wah ada pizza..akak nk tumpang 2 potong..leh x??

    ReplyDelete
  5. salam kak nani nak tanya akak beli base pizza kat mana eqkk.. saya dah lama cari xjpa2.. sedih

    ReplyDelete
  6. kat tesco dear

    ReplyDelete