Pages

Thursday 9 June 2011

sarapan pagi ini ~ cucoq jagung

Pagi ni sarapan ringkas cucuq jagung campur udang kertas dan dicicah dengan kuah kacang segera . Cukup sedap enak lepas tu minum pula teh suam dalam set cawan lama corak bunga kangkung lagi terasa kesedapan dan nikmat juadah tradisional melayu ni .Saya ni peminat tegar koleksi pinggan mangkuk lama so memang saya guna juga koleksi sendiri bertukar-tukar set hari ni guna corak kangkung besok terasa nak guna set corak peonies atau lusa set bunga kekwa merah pula . Baru la berbaloi kumpul dan dipakai guna juga koleksi pinggan mangkuk dulu-dulu ni . Nostalgia lama teringat dulu mak saya ada juga guna koleksi pinggan mangkuk corak bunga kangkung ni.

Kalau masak cucuq jagung ni saya suka guna udang kertas kecil-kecil sebab udang ni lebih manis dari udang yang selalu kita boleh beli di hypermarket yang diternak secara komersial tu . Jagung pun yang fresh beli di pasar malam masih manis . Cara saya bancuh adunan masih macam mak saya buat dulu letak bawang besar , cili merah pun boleh ditambah , serbuk kunyit tu je la bahan asasnya..

Dulu saya pernah masukkan n3 resepi cucoq jagung ni so kirnya kali n3 ulangan ok la kan..






BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
2 cawan udang kertas
1-2 biji telur
2 cawan air sejuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

* boleh ditambah cili merah yang dipotong halus-halus serta daun bawang/sup sebagai bahan rencah tambahan . Boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera masing-masing

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang buang kepala dan ekor , potong jagung kemudian kupas bawang merah dan dimayang nipis .

Gaul semua bahan dalam bekas yang sesuai dan masukkan telur serta air secukupnya , jangan terlebih air nanti jadi cair pulak adunan tapi boleh ditambah tepung so adunan jadi ok. Masukkan garam dan kacau lagi , panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng dan boleh la digoreng sehingga masak. Angkat dan tos cucoq ni bila sejuk boleh dimakan dengan sosa atau kuah kacang.

Saya guna kuah kacang segera so saya hanya tambah air dan saya masak semula kuah ni sampai mendidih .


Cucoq jagung sedap dimakan cicah sos atau kuah kacang

Khamis 12.05.11

No comments:

Post a Comment