Pages

Thursday, 23 June 2011

Masak lemak cili api & sambal gesek.

Semalam line internet slow la kat rumah akak ni so akak tak dapat nak buat n3 menu yang akak masak semalam dan selalunya bila waktu pagi line memang ok laju so pagi-pagi baru best layan blog ni . Kalau kat rumah akak ni menu masak lemak cili api dan sambal gesek memang la menu lazim boleh dikata kan seminggu dalam 3 kali la juga akak masak lemak cili api dan sambal gesek ni dalam sebulan ada la 2-3 kali mesti ada . Suami akak ni asal dari Jelebu keturunan Minangkabau so kat rumah mertua akak tu masak lemak dimasak tiap-tiap hari so suami akak memang kalau ada menu masak lemak cili api baru berselera dia makan kena pula ada sambal gesek atau sambal tempoyak dengan ikan tenggiri masin mmmm memang bertambah la makan nasi tuuuu hihi .Anak-anak akak pula suka makan kari mungkin ikut akak kut yang asal dari utara ni , dulu tiap-tiap hari mak akak masak kari sebab abah akak hanya suka makan kari asai orang utara memang kena ada kari laa . So sekarang ni bila masak akak bagi balance la dalam seminggu tu 3 kali masak menu kari 2 hari masak menu gulai cili api dan lagi 2 hari tu  mask kicap atau masam manis..

Masak lemak ikan tenggiri mesti dimasukkan tomato atau peria kecil yang pahit tu ikut cara mertua masak , sayur campur tumis dengan ikan bilis saja sangat simple cara masak ni pun akak ikut cara mak mertua dan sambal gesek ikan bilis . Bila masak macam ni suami akak laju makan cuma yang tak ada semalam ikan masin je kehabisan stok la pulak .


Sambal gesek ikan bilis yang power pedasnya ni kalau untuk ibu-ibu lepas pantang dibuat sambal gesek campur lada hitam..

BAHAN-BAHAN :

Segenggam ikan bilis
Cili api secukupnya
Sebiji limau kasturi/limau nipis
Garam secukup rasa

-Semua ikan bilis dan cili api ditumbuk lumat dan dicampur dengan air limau kasturi ( jangan ambil biji limau nanti pahit sambal ni ) Tu je mudahkan selamat mencuba sambal gesek ni...

* Kalau ada buah belimbing besi boleh diguna untuk ganti air limau nipis.

2 comments:

  1. to khunsuriyatit,
    tak la rasanya masam masin pedas lain sikit paling sedap makan dengan masak lemak cili api ikan atau daging hmmm bertambah makan nasi

    ReplyDelete