Pages

Tuesday 26 March 2013

SYUKUR ALHAMDULILLAH...baiti jannati kami...

Syukur alhamdulillah selepas 3 bulan rumah kami sudah hampir siap dan insyallah hujung bulan ni kami akan pindah masuk ke rumah kami ni ^_^ 
                                                   

Bulan Mac ni saya hanya dapat buat beberapa post saja di blog saya ni sebab saya agak sibuk dengan hal rumah baru kami ni . Insyallah selepas dah selesai pindah saya akan cuba aktif semula berblog dan masukkan n3 resepi di blog saya ni  ^_^

Thursday 14 March 2013

True love & happiness


You can marry a man for his wealth , but money will perish .

You can marry a man for his beauty , but beauty will fade away .

You can marry a man for his power , but power will be gone .

But if you marry a pious righteous man who fears Allah,

He will honor you , will be affectionate with you , and help you get closer to Allah , Your love story will last forever.

It will begin in this life , and will continue in the Hereafter , InsyaAllah.

His love for you will be your Jannah in Dunia and his satisfaction will be your key to InsyAllah Jannah in Akhirat .” 

Word of wisdom


"Saying I don't pray but my heart is clean , is like saying I don't brush my teeth but my mouth is clean." 

Be like a tree , even if people throw a stone to harm you, drop a Fruit to Benefit them 

Wednesday 13 March 2013

Monday 4 March 2013

Tumis kicap ikan bawal emas


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas - dibersih
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
5 sudu besar kicap manis - boleh tambah
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
Air secukupnya
Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong 2 kemudian dilumur dengan garam dan kunyit . Panaskan minyak secukupnya untuk goreng deep fry ikan bawal ni . Bila minyak dah panas boleh la digoreng ikan sehingga masak kemudian diangkat dan tos dahulu . Susun ikan bawal emas ni di dalam pinggan/mangkuk yang sesuai .

Kupas semua kulit bawang serta halia dan dimayang nipis . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sehingga wangi . Masukkan sos tiram , minyak bijan , kicap dan air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih dan boleh dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan bahan-bahan lain . Ubah suai bahan ikut selera sendiri . Kacau bagi semua bahan mesra dan boleh ditutup api dapur . Tuang atau ceduk kuah kicap ni dan tuang ke dalam pinggan yang berisi ikan bawal yang sudah digoreng tadi serta boleh la dihidang .

Friday 1 March 2013

Tumis air ikan bawal emas

Ikan bawal emas ni memang dah sedap isinya cukup manis dan berlemak ala-ala ikan Salmon so masak simple macam ni pun dah ok . Selalunya ikan bawal emas ni saya suka masak cara kukus tapi kali ni saya ubah cara masak yang paling ringkas dan mudah  , alhamdulillah sedap ikut selera kami anak-beranak ^_^


BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan bawal emas - dibersih
1/2 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
2 ulas bawang putih
3cm halia muda
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan dipotong 2 kemudian kupas semua kulit bawang dan dimayang nipis . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang sehingga wangi . Masukkan sos tiram , minyak bijan dan air secukupnya . Kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih dan boleh la dimasukkan ikan bawal emas tadi serta kacau . Bila ikan hampir masak boleh la dirasa kuah jika kurang masin boleh ditambah garam dan bahan-bahan lain . Ubah suai bahan ikut selera sendiri . Kacau bagi semua bahan mesra dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .