Pages

Tuesday, 28 June 2011

Cucur jagung cicah kuah kacang

Pagi ni untuk sarapan akak masak cucur jagung yang sedap dicicah dengan kuah kacang , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga pagi ni .

Nak bancuh adunan cucur ni senang je cuma kali ni akak tukar bahan rencah selalunya akak guna ikan bilis tapi kali ni akak guna udang kering so cucur ni memang wangi je bila digoreng .

Cucur jagung dengan kuah kacang

BAHAN-BAHAN:
2-3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
1-2 genggam udang kering
1 biji telur
Air secukupnya
Garam secukup rasa

1)Boleh ditambah 2 biji cili hidup yang ditumbuk lumat jika mahu cucur pedas atau tambahkan soda bikarbonat supaya adunan lebih ranggup. Boleh juga ditambah daun sup/bawang dalam adunan cucur ni.

2) Lebih sedap jika ditambah udang segar dalam adunan cucur ini.

CARA MEMASAK :

Bersihkan jagung dan potong ambil biji jagung kemudian racik bawang besar . Rendam udang kering sehingga kembang dan tumbuk udang kering sehingga lumat.

Masukkan semua tepung , jagung , udang kering , dan air dalam bekas yang sesuai dan dikacau rata. Masukkan sedikit demi sedikit air sehingga adunan cukup rata dan pastikan adunan jangan terlalu cair . Masukkan telur , bawang , serbuk kunyit , garam secukupnya dan terus la kacau adunan sehingga sebati .

Panaskan minyak yang secukupnya untuk deep frying dan goreng cucur sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan . 

Kuah kacang ni akak guna yang instant so hanya perlu dicampur air dan dimasak sehingga kuah kacang mendidih boleh la ditutup api dapur serta dihidang .

Cucur jagung..

2 comments:

  1. sedapnye cucur jagung..minta banyak boleh..?

    ReplyDelete
  2. to kak Faridah ,

    boleh meh la singgah rumah saya , kita makan cucur sambil minum kopi kapal api hihi sedapnyaa

    ReplyDelete