Pages

Thursday 9 June 2011

Ikan kerapu kuah lada hitam

Menu makan tengahari ni..

                              

BAHAN-BAHAN:

3 ekor ikan kerapu saiz kecil - dibersihkan
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
Sedikit daun sup/daun bawang

BAHAN-BAHAN SOS:

4 sudu besar sos black pepper/lada hitam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis dan minyak bijan
1/2 cawan air untuk xtra kuah-boleh tambah ikut citarasa sendiri
1 sudu tepung jagung dibancuh dgn sedikit air- bagi kuah pekat
Garam secukup rasa-bila perlu saja


CARA MEMASAK :
* Ikan kerapu dibersihkan dan dikelar-kelar dan tos ikan sekejap atau keringkan ikan dengan tisu dapur kemudian selaputkan ikan dengan tepung goreng serbaguna . Panaskan minyak secukupnya untuk teknik deep fry dan goreng ikan sehingga garing , gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit.

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , halia dan kacau hingga terbit bau wangi . Masukkan bawang besar goreng sekejap bagi bawang layu dan kemudian masukkan semua bahan sos terus kacau . Rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dengan air tadi secukupnya dan terus kacau kuah bagi pekat .

Kalau nak kuah lebih tambah la sedikit saja air dan taburkan daun sup atau daun bawang ke atas ikan untuk xtra citarasa dan bau . Bila kuah dah masak terus la di tuang ke atas ikan . Seeloknya resepi ini dimakan selepas atau baru di masak baru la sedap ...

Rabu 13.04.11

No comments:

Post a Comment