Pages

Thursday 9 June 2011

Kuah durian

Kalau beli buah durian saya mesti masak kuah durian sebabnya kami sekeluarga memang suka makan kuah durian cicah dengan roti , pulut atau roti jala . Nak masak kuah durian pun senang saja hmmmm memang sedap la..

BAHAN-BAHAN :

3 cawan santan-boleh tambah
2 cawan isi durian termasuk la beberapa biji buah durian
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam - secukup rasa
2 helai daun pandan - disimpul

CARA MEMASAK :

Masukkan semua bahan dalam periuk dan dikacau rata supaya semua bahan cukup mesra . Masak kuah durian ni dengan api sederhana dan kacau sekali-sekala , rasa manis kuah jika kurang boleh ditambah gula . Bila kuah sudah masak dan mendidih boleh la ditutup api dapur .



Kuah durian dimakan dengan roti yang dibakar dulu emmm sedapnya..

Khamis 05.05.11

No comments:

Post a Comment