Pages

Thursday 9 June 2011

Tumis buncis & cendawan

Hari ni saya masak menu sayur campur kacang buncis dengan carrot dan cendawan shitake kering, saya tambahkan udang segar sebagai perencah . Cendawan kering ni saya rendam dulu dalam air panas supaya jadi kembang so baru la senang nak dipotong . Kadang-kadang saya ratah sayur buncis ni sebab rasanya yang ranggup dan manis sedap sangat..


BAHAN-BAHAN:


300 grm buncis

2 batang carrot
200gm udang saiz medium atau besar
2 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos nampla
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :


1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur buncis , cendawan shitake dan carrot.

2. Bersihkan udang dan buang semua kulit serta kepala . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bawang biar sampai layu. Masukkan udang , sos tiram , minyak bijan , sos nampla dan carrot , kacau sampai udang separuh masak dan masukkan buncis dan cendawan. Terus kacau supaya semua bahan mesra dan boleh la dirasa sayur ni kalau kurang masin baru la ditambah garam dan tutup api bila sayur buncis masak.

Khamis 05.05.11

1 comment:

  1. First time tgk blog u ni, mm sedap nampak masksn nya..boleh try especially pasta..sbb dah boring msk spaghetti sardine, bolognaise and goreng biasa je...esp yg bakar2 pki brg2 dlm tin tu...tapi nak ty cheese mozarella and cheddar nanie pki brand apa ye (yg murah, halal and sedap) sbb nampak u pki byk je tu..

    ReplyDelete