Pages

Friday, 24 June 2011

MACARONI & CHEESE

Ada balance keju cheddar so saya masak resepi macaroni dan cheese yang sangat mudah serta cukup sedap ni . Satu lagi menu kesukaaaaaa anak-anak dan bila dengar je saya nak masak mac & cheese Aisyah dan Adlina senyum sambil cakap nakkk sedapnya...
Macaroni and cheese ni sangat simple dan pada sesiapa yang gemar makan cheese mesti cuba resepi ni...
BAHAN-BAHAN :

1 peket macaroni
2 cawan parutan keju cheddar -boleh tambah
1/2 cawan keju parmesan-boleh tambah
1 lter susu segar dalam kotak-boleh tambah
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum
Black pepper secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara nak masak sos ni macam nak buat sos bechamel . Kalau resepi asal tak letak keju parmesan tapi saya yang tambah .

CARA PENYEDIAAN PASTA :

- Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan macaroni ini dan ke tepi kan dulu.

- Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak .

-Dengan cepat terus masukkan susu dan kacau sekejap . Kemudian masukkan semua keju cheedar dan parmesan serta serbuk black pepper didalam periuk dan kacau .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai sos masak serta menjadi pekat .

-Kemudian masukkan semua macaroni secukupnya dalam sos dan kacau sehingga sos dan pasta sebati .

- boleh juga ditabur parmesan cheese masa nak makan hmmmm yummmy....


Senyum je Adlina sambil makan mac & cheese ya..

No comments:

Post a Comment