Pages

Friday 24 June 2011

LASAGNA

Lasagna enak menu favorite kami sekeluarga , sekali-sekala tukar pulak kepada menu western . Anak-anak memang suka la...
Lasagna

Lapisan berselang-seli lasagna dengan sos becamel dan sos bolognaise serta parutan keju .


BAHAN-BAHAN:
1 kotak instant lasagna
2 tin sos pasta bolognaise PREGO perisa tradisional
2 peket ayam cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Sedikit herba oregano fresh
Garam secukup rasa-bila perlu sahaja

BAHAN UNTUK SOS BACHAMEL :
3 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
1 liter susu segar kotak
1 kotak 250 ml cooking cream
parutan keju parmesan atau chedder secukupnya
Sedikit black pepper
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK SOS BOLOGNAISE :
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak .

SOS BECHAMEL:
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kekuningan kemudian masukkan susu dan terus kacau kuah ini . Masukkan sedikit parutan parmesan cheese dan serbuk black pepper. Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah sehingga masak dan menjadi pekat . Boleh ditutup api dapur..

CARA MEMASAK :

Susun lapisan pertama lasagna dalam tray/baking dish yang sesuai . Saya curah sos bechamel dengan banyak sampai banjir supaya kuah sos bechamel yang sudah mesra bercampur dengan sos bolognaise meresap dengan sempurna dalam kepingan lasagna .

A - susun kepingan lasagna
B - lapis sos bolognaise ayam
C - lapis sos bechamel
D - tabur cheese

* Ulang susunan di atas sampai habis semua bahan - bahan .

Lapisan taburan keju kemudian ulang balik cara susunan A,B,C dan D.


Ini ialah lapisan yang paling atas, penuh dengan cheese monzarella dan chedder . Nak banyak mana cheese ikut suka la . Saya curah kuah bechamel sampai banjir supaya kepingan lasagna masak dengan elok .



Bakar dalam oven pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehinga lasagna masak . Selalunya saya bakar sampai bahagian atas agak garing .

1 comment: