Pages

Thursday, 23 June 2011

Sagu Melaka

Kuih tradisional yang sangat digemari oleh kami sekeluarga ni dan saya masak kuih sago gula melaka ni masa birthday party Adam last Saturday . Resepinya sangat senang nak dimasak dan kuih sago gula melaka ni memang sedap kalau dimakan sejuk..
Bahan A

200 gm biji sago
5 cawan air

Cara Memasak :

Rendam biji sago dalam air selama 5 minit . Masak air dalam periuk dan bila air dah panas masukkan sago dan kacau hingga kembang atau tak nampak biji2 putih . Lepas tu, tapiskan dan biarkan biji sago ni dibawah air paip sehingga biji sago ni kurang berkanji ( utk buang kanji) . Kemudian masukkan dalam bekas/acuan atau mangkuk dan sejukkan .

Bahan B :

Gula melaka 2 ketul
air 1/2 cawan
daun pandan

Cara memasak :

masak gula melaka dgn air hingga mendidih. (letakkan daun pandan)

Bahan C:

2 cawan santan
secubit garam
sedikit air (ikut suka utk dptkan kepekatan yg dikehendaki)

Cara memasak :

Masakkan semua hingga mendidih. sejukkan.


Biji sago ni boleh diletak sedikit pewarna bagi nampak berseri sikit..


N3 ni adalah dari blog lama yang saya pindahkan masuk ke blog baru ni.

No comments:

Post a Comment