Pages

Friday 30 November 2012

Grill ayam rosemary & thyme...sedapnyaa

Alhamdulillah sedapnyaa..

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - dipotong ikut kesesuaian
1 sudu kecil serbuk lada hitam-ditumbuk lumat
1 sudu besar herba thyme
1 sudu besar herba rosemary
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
Olive oil secukupnya
Mentega secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MASAK :

Ayam dibersihkan dan dipotong serta dikelar-kelar kemudian ayam digaul rata dengan herba thyme , herba rosemary , bawang putih , lada hitam , garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam , simpan dalam peti sejuk dulu . Resepi ini boleh dikurang atau ditambah bahannya ikut pada kesesuaian selera kita dan kalau ayam besar kuantiti bahan pun kena ditambah .

Panaskan grill pan dan masukkan butter dengan minyak zaiton secukupnya . Bila grill pan dah panas boleh la di letakkan ayam dalam grill pan ni . Tutup grill pan selepas 15 minit pusingkan ayam serta tutup semula grill pan ni , balik-balikkan ayam supaya semua bahagian ayam masak dengan sempurna . Bila ayam dah masak boleh la dibawa keluar dari grill dan dihidang dengan sos black paper serta side dish lain seperti salad dan mash potatoes .

Yum yum...

Wednesday 28 November 2012

Kek Keju blueberry - kegemaran anak-anak saya

Alhamdulillah sedap , kek cheese ni memang kegemaran saya dan anak-anak....

BAHAN-BAHAN :

250gm cream cheese Philadelphia
200ml cream jenama Anchor atau Emborg
90grm gula kastor
2 biji telur 
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar jus lemon
Blueberry dalam tin - secukupnya

BAHAN UTK BASE :

180grm biskut digestive 
90grm mentega - dicairkan

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C selama 5-10 minit . Hancurkan sehingga lumat semua biskut dan digaul bersama dengan semua butter kemudian masukkan biskut ni ke dalam loyang kek dan ditekan  sampai padat untuk menjadi base kek keju ni . Ketepikan dulu .

-Putar semua cream cheese dengan gula sehingga kembang dan ketepikan dulu anggaran dalam 3 minit . Putarkan cream sehingga menjadi pekat , pastikan anda jangan terlebih putar kerana cream akan jadi butter . Pukul pula semua telur sehingga mesra anggaran dalam 1 minit saja .

-Satukan cream cheese , cream , telur , 3 sudu tepung gandum dan lemon jus dalam satu bekas dan putar/pukul adunan ni sehingga semua cukup sebati dan mesra anggaran dalam 3 minit . 

-Masukkan semua bancuhan kek ni ke dalam loyang kek tadi dan goyang-goyangkan loyang supaya adunan kek menjadi padat . Bakar kek selama 40 minit atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Selepas 30 minit boleh la ditutup pemukaan loyang kek dengan aluminium foil supaya kek tidak hangus dan terus proses membakar . Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek . Keluarkan kek dan biar sejuk kemudian simpan kek selama  1 malam dalam fridge/peti sejuk bahagian atas dulu sebelum dihidangkan .

Bila nak makan boleh la diletak blueberry diatas kek ni dan dihidangkan sebagai dessert atau boleh dimakan pada bila-bila masa saja . kek cheese ni memang lebih sedap dimakan dalam keadaan sejuk yummy...

Tuesday 27 November 2012

SUP CENDAWAN yummy...

Sup cendawan yang sangat sedap , alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN:

300grm cendawan white button
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 cawan air rebusan ayam
1 cawan heavy cream
500ml susu segar dalam kotak - boleh tambah
butter secukupnya
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar olive oil
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Saya guna white button mushroom . Kalau tak ada air rebusan ayam boleh diganti dengan 1 biji kiub perisa ayam .

CARA MEMASAK :

- Potong semua cendawan kecil-kecil  dan racik semua bawang . Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis semua bawang yang diracik tadi sehingga bawang menjadi layu . Masukkan cendawan tadi dan kacau cendawan sehingga masak serta cendawan menjadi lembut boleh la dimasukkan air secukupnya biar sampai mendidih dan tutup api dapur . Kisar semua cendawan ni , ketepikan dulu .

- Dalam periuk lain panaskan 3 sudu besar butter kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau sehingga semua bahan cukup mesra . Masukkan semua air rebusan ayam dan biar sampai mendidih . 

-. Masukkan balik cendawan yg sudah dikisar tadi ke dalam periuk dan terus masukkan cream dan juga susu sikit demi sedikit sambil kacau sup ni . Boleh la dirasa sup ni jika kurang masin boleh la masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa 

-Kacau sup cendawan ni perlahan-lahan dan biarkan sup mendidih serta menjadi pekat bila dah masak boleh la ditutup api dapur . -Boleh terus dihidangkan dan sedap dimakan dengan garlic bread atau roti bakar biasa 

- Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan mengikut citarasa anda sendiri 

GARLIC BREAD

Cara mudah saya buat garlic bread untuk dimakan denagn mushroom soup . Anak-anak saya suka sangat garlic bread ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 batang roti baguette
1/2 cawan butter
1 labu bawang putih
sedikit daun bawang atau pasley

CARA MASAK :

Kupas semua kulit bawang putih dan bawang ni dicincang halus kemudian cincang semua daun bawang atau daun pasley . Gaulkan semua bawang ptuih serta daun pasley dengan butter sehingga cukup mesra .

Panaskan oven pada suhu 170'C selama 5 minit , potong roti baguette dan boleh la disapu pemukaan roti dengan campuran butter/bawang putih secukupnya . Bila oven dah panas boleh la dimasukkan kepingan roti bagutte ni dan bakar selama 5-10 minit . 

Saturday 24 November 2012

SAMBAL TUMIS TELUR

Sambal telur yang sedap dimakan dengan nasi lemak atau nasi biasa , sajian ringkas dari dapur saya di hari Sabtu ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

6 biji telur
1 biji bawang besar
8-10 sudu besar cili kisar
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing . Saya guna minyak yang agak banyak semasa menumis supaya sambal ni cukup masak serta sambal tidak jadi kering .

CARA MEMASAK :

Goreng sebiji demi sebiji telur dan ketepi kan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan tumbuk sehingga layu dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan dan biarkan sampai cili masak pecah minyak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan bawang besar yang sudah di potong nipis . Bila bawang besar dah layu boleh la di masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan bagi cukup mesra dan sambal masak .

Masukkan semua telur goreng tadi serta garam dan gula secukup rasa . Kacau seketika sambal telur ni bagi semua bahan mesra dan  boleh la ditutup api dapur.

Friday 23 November 2012

Ikan sardin tumis cili api

Sedapnya ikan sardin di masak sambal cili api macam ni , saya guna banyak cili api biar betul-betul pedas berapi hehehe . Suami saya kan anak jati Negeri Sembilan keturunan Minangkabau so kalau masa tumis cili api mesti betul-betul pedas baru terasa macam masakan Omak den di kampung hehe . Saya guna minyak yang banyak untuk menumis dalam 1/2 cawan tujuannya supaya cili betul-betul masak dan ikan tidak jadi kering . Sodap la ikan sardin masak podeh macam ni makan nasi mesti bertambah la alhamdulillah ^_^

BAHAN-BAHAN :

10 ekor ikan sardin - saiz medium/sedang
1 biji bawang besar
1 keping asam keping - dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR/TUMBUK LUMAT :-

15-20 biji cili api - boleh tambah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih


CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan dan digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak sedikit garing . Tos dan ketepikan dahulu ikan ni .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis semua bahan yg ditumbuk lumat sehingga terbit bau harum . Kemudian masukkan bawang besar , asam keping yang dipotong kecil dan dikacau sekali sekala semua bahan . Masukkan semua ikan goreng tadi serta garam dan gula secukup rasa . Gaul semua bahan-bahan sampai mesra dan boleh la ditutup api dapur . Pasti kan rasa pedas, masam dan manis seimbang mengikut citarasa sendiri ya .

Thursday 22 November 2012

WANGI ROS PUTIH

Selamat petang Khamis , jom kita rehat kan mata tengok gambar-gambar bunga ros putih wangi ni yang saya saya bela dan antara bunga ros favorite saya ^_^

                    






Wednesday 21 November 2012

Ayam masak kicap manis - anak anak suka ni

Cukup berselera 3 orang anak saya ni makan nasi kalau ada ayam masak kicap manis ni . Saya pun suka ayam masak simple macam ni . Cara nak masak sangat mudah dan saya tak pakai banyak bahan tapi paling penting mesti ada kicap manis Kipas Udang . Saya potong ayam menjadi 12 bahagian supaya senang nak masak dan mudah untuk anak-anak makan . Kebanyak lauk yang saya masak memang jenis yang simple dan senang nak di masak . Saya masak mengikut citarasa saya dan keluarga suka itu yang paling pentingkan....Selamat makan tengahari ya....


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam
6 biji ubi kentang
Sos tiram secukupnya
Kicap manis Kipas Udang secukupnya
1 biji bawang besar


BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia


CARA MEMASAK :


Potong ayam menjadi 12 bahagian dan lumurkan semua ketulan ayam ini dengan garam dan kunyit . Goreng ayam ini sampai masak , angkat / tos dan ketepikan.

Kupas semua kulit ubi kentang dan potong kecil-kecil dan goreng sampai masak juga , angkat/tos dan ketepikan dulu . Kupas bawang besar dan dimayang nipis serta diketepikan dulu .

Kupas semua bawang serta halia dan ditumbuk lumat . Panaskan minyak secukupnya dalam kuali , tumis semua bawang sehingga wangi terus masukkan bawang besar serta masak sehingga bawang layu kemudian masukkan sos tiram dan ayam yg sudah digoreng tadi . Kacau ayam dan masukkan kicap manis secukupnya mengikut citarasa kita . Kacau semua bahan sehingga mesra dan kuah kicap sekata pada semua ayam dan jika kurang masin bolehlah di tambah kicap manis lagi . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur dan dihidangkan .



Tuesday 20 November 2012

Masak lemak pucuk ubi siput sedut

Sedapnyaaa makan nasi dengan lauk masak simple macam ni srottt srottt bunyi siput ni kena sedut hehe , isinya manis sebab siput masih fresh , alhamdulillah . Gulai lemak ni siput sedut ni memang favorite kami sekeluarga jadi saya masak kuahnya tak pedas sangat supaya anak-anak juga dapat makan . Buat masa ni hanya anak sulung saya Aisyah yang pandai makan siput sedut sementara Adlina masih tak tau nak sedut siput ni tapi slowly dia pasti akan pandai juga makan siput sedut ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 peket siput sedut
1 ikat pucuk ubi 
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi 

CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan siput sedut kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni . Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu . Bersihkan pucuk ubi dan ambil daun muda sahaja kemudian direbus sampai empuk , tos dan ketepikan dulu pucuk ubi ni .

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi . Kacau kuah supaya tak pecah minyak . Biarkan sampai pucuk ubi dan siput sedut masak dan sebati dengan kuah . Sekali sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Monday 19 November 2012

SAMBAL BELACAN BUAH MACHANG

Saya panggil buah ni buah Machang tapi ada juga kawan-kawan yang panggil Bachang tapi tak kira la apa nama panggilnya yang penting isi buah ni sedap dibuat sambal . Buah machang ni hanya sedap dibuat sambal sebab texture isi buah ni banyak serat dan rasanya yang agak tajam tak sesuai untuk dimakan macam tu saja . Sambal buah machang sedap di makan dengan ulam-ulam , memang berselera saja la makan nasi dengan sambal ni dan ada lauk sampingan macam ikan terubuk bakar dan juga gulai lemak cili api pucuk paku mmm yum yum . 


BAHAN-BAHAN :

5 biji cili merah
5 biji cili api
1 sudu besar belacan bakar
1 biji buah machang - secukup rasa
garam secukup rasa

CARA BUAT SAMBAL :

Bersihkan cili api serta cili merah dan dipotong kecil semua cili . Masukkan semua cili dalam lesung batu dan masukkan juga belacan kemudian tumbuk semua bahan sampai lumat . Buang kulit buah machang dan potong isi nya dan masukkan dalam lesung dan ditumbuk perlahan sampai cukup sebati . Masukkan garam secukup rasa dan boleh la dihidangkan sambal machang ni . Ikut pada citarasa kita nak guna banyak mana buah machang ni . Kita boleh tambah atau kurang bahan-bahan bergantung kepada citarasa sendiri .

Buah machang yang cukup masak .

Sunday 18 November 2012

SAYUR KOBIS TUMIS BELACAN

Cara masak sayur kobis yang sangat simple tapi sedap mengikut selera kami sekeluarga .


BAHAN-BAHAN :


500grm sayur kobis
2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

4 biji cili padi - boleh tambah
1 sudu kecil belacan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis - direndam sekejap 

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur kobis dan dipotong menjadi kecil-kecil . Rendam ikan bilis dalam air panas sehingga lembut dan ditos ketepikan dulu . Tumbuk cili api dengan semua ikan bilis , belacan , bawang putih dan bawang merah .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air secukupnya untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur kobis dan dikacau , boleh dirasa sayur jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Wangi dan cantiknya ros Ebb Tide

Dah la cantik , wangi pulak tu ros Ebb tide ni . First time tengok dan bau saya terus jatuh cinta dengan ros Ebb Tide ni dan sekarang ni saya dah ada pokok ros Ebb Tide . Pokok ros ni cepat besar dan agak mudah nak dibela yang penting mesti dapat cukup cahaya matahari dan makanan serta air . Ros Ebb Tide ni rajin berbunga tapi sayangnya bunga ros ni tak lama kembang hanya dalam 2-3 hari je lepas tu berguguran la kelopak ros kesayanganku ni . Tak pa la yg dah layu pasti akan berganti , ros ni sangat wangi especially pada waktu awal pagi dan malam . I love my roses...



Cantiknya..


Monday 12 November 2012

Ikan siakap sos nenas

Sedapnyaaa

BAHAN-BAHAN :

1  ekor ikan siakap - berat dalam 1kg
1 tin nenas - simpan jus
1  biji bawang besar
2  ulas bawang putih
1 inci halia
4 helai daun limau purut 
3 batang serai 
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan nampla
5 sudu besar sos cili perisa Thai
Sedikit daun sup dan bawang
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng ikan sehingga garing kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu .                          
Bawang merah , bawang putih , halia , daun limau purut dan serai dimayang nipis-nipis . Semua daun sup dan daun bawang diracik . Potong buah nenas menjadi kiub dan simpan semua air nenas tu.
                    
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bahan yang dimayang tadi serta dikacau sehingga bau wangi . Masukkan daun limau purut , sos tiram , sos cili , sos nampla dan dikacau rata semua bahan-bahan ni . Masukkan semua daun sup/bawang , buah nenas serta jus buah nenas secukupnya . Masukkan garam dan gula secukup rasa serta boleh dirasa sos jika kurang masam baru ditambah jus limau nipis . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . 

Bila kuah sudah mendidih dan sudah sedap ikut selera sendiri boleh la ditutup api dapur serta terus tuang kuah ni ke atas ikan siakap . Elok dihidang dan dimakan juadah ikan ni sebaik saja dimasak baru la sedap .

Kek mentega marble - mudahnya nak buat..

Semalam saya cari resepi kek marble yang mudah nak dibuat dan saya jumpa resepi ni di blog Dari Dapur Azita Zain . Rupa kek marble ni tak la cantik tapi rasanya sedap laaa . Saya tak kisah tentang rupa penampilan kek sebab bagi saya rasa yang lebih penting dan anak-anak saya memang suka kek yang simple macam ni kejap je habis dimakan . Memang senang nak buat kek ni sebab resepinya  mudah sangat nak di ingat , bahan-bahannya tak banyak diguna ^_^


BAHAN-BAHAN :

1 cawan mentega
1 cawang gula castor
4 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar full cream milk - dlm kotak
2 sudu besar serbuk koko Van Houtan
3 sudu besar air suam

CARA MEMBUATNYA :

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan dulu .  Satukan susu dengan esen vanilla . Putar butter dengan gula sampai kembang dan adunan menjadi cerah . Masukkan sebiji demi sebiji telur dan terus pukul sampai sebati kemudian masukkan bancuhan susu dan vanilla serta digaul rata .

-Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan adunan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya putar balik adunan sehingga adunan menjadi sebati - anggaran dalam 3 minit saja )

- Bancuh serbuk koko dengan air suam sampai sebati . Bahagi 2 bancuhan tepung ni , satu bahagian di campur bancuhan koko dan digaul rata . Masukkan 2 adunan kek ni secara berselang seli dalam loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit butter kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 35 minit sehingga 45 minit  atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

- Bila kek dah cukup sejuk boleh la dikeluarkan dari loyang kek dan biarkan sekejap kek di atas rai besi  

Sunday 11 November 2012

Masak lemak cili api nenas ikan masin


BAHAN-BAHAN :


1 biji buah nenas 
Ikan talang masin secukupnya
3 cawan santan - boleh tambah
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
3 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dam boleh la dipotong kecil buah nenas ni . Bersihkan tulang dan isi ikan talang masin ni tos dan ketepikan dulu .

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ikan masin dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih . Bila ikan masin masak dan biah nenas dah masak cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.