Pages

Saturday, 16 July 2011

Makaroni bakar

Semalam saya masak/rebus makaroni bagi habis satu peket dan separuhnya saya dah goreng dengan sambal cili untuk makan petang semalam . Hari ni saya masak makaroni bakar pula untuk makan kami sekeluarga makan lunch hari ni.. 

Nak bagi makaroni ni melekat elok masa masak tu mesti dicampur dengan 1/2 atau 1 cawan keju cheedar atau monzarella gaul bagi sebati keju dengan sos bolognese dan makaroni kemudian dimasukkan sebiji atau 2 biji telur dan terus kacau kalau kuah nampak masih tak cukup tambah lagi sos bolognese dan masuk susu sikit demi sedikit . Kacau semua bahan dan rasa kalau tak cukup lagi boleh ditambah bahan-bahan dan bila dah puas hati baru la adunan makaroni ni dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan ditabur keju cheedar dan monzarella secukupnya . Bakar sehingga makaroni mendidih dan pemukaan atas menjadi golden brown macam gambar diatas ni..

BAHAN-BAHAN :

300gm makaroni
1 biji bawang besar-dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
1 tin sos bolognese - Prego-boleh ditambah
1 cawan susu full cream milk- dalam kotak
1/2 cawan keju cheddar
1 peket ayam cincang
1 biji telur
2 sudu besar mentega
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak
Keju chedder dan monzarella-utk ditabur atas macaroni

*Akak campurkan 1 cawan susu ke dalam sos bolognese untuk mengimbangkan rasa masam , manis serta lemak . Boleh juga ditambah 1/2 cawan cream untuk bagi makaroni ni cukup berlemak terpulang pada citarasa masing-masing.

CARA MEMBUAT :

1 )Rebuskan makaroni sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan sekejap. Panaskan minyak dan butter kemudian tumiskan bawang putih serta bawang merah sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga daging ayam masak kemudian masukkan sos bolognese Prego serta terus kacau sampai semua bahan menjadi sekata.

2) Masukkan pasta tadi dan gaul dengan kuah sos . Masukkan telur serta susu serta kacau dengan cepat supaya telur cepat sebati dengan bahan-bahan lain kemudian masukkan 1/2 keju cheddar dan kacau bagi mesra . Jika kurang masin baru la ditambah garam.

3) Tuang semua bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai . Taburkan keju dan bakar dalam oven dengan suhu 180'C selama 40 minit atau sehingga masak.

Jom makan makaroni bakar...

13 comments:

  1. Nice info. Like2. Nak cuba lah. hee. :)

    ReplyDelete
  2. kak nanie tau tak yg makaroni bakar ni lame dah kite nk makan tapi belum merase sampai sekrng..trime kaseh atas resepinye ye!

    ReplyDelete
  3. wow..looks nice..
    kene cuba ni..
    trimas for the recipe..:)
    jmput sggah blog shida...tq
    http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/kenapa-kita-pelupa-sambungan-entry-8.html

    ReplyDelete
  4. to ummu muhammad,
    ye ke ok boleh la cuba masak makaroni bakar ni mmg sedap

    ReplyDelete
  5. to shida,
    terima kasih n cuba la ya ok nanti akak gi blog shida ya

    ReplyDelete
  6. Dear Kak Nannie,
    nampak sedap betul! Kalau dah cuba nanti saya update kak Nannie.
    Thx for sharing dan selamat berpuasa :-)

    ReplyDelete
  7. http://saiffah.blogspot.com/2011/08/makaroni-bakar.html

    ReplyDelete
  8. thanks,, before this wondering macam mana rupa makaroni bakar ni.. then bila tengok, n baca cara membuat, tak nampak complicted.. thanks :)

    ReplyDelete
  9. As salam..Kak Nanie..saya baru buat makaroni bakar ikut resepi akak..sedapppp..thank you so much for the recepie..
    -Nurul-

    ReplyDelete
  10. this is awesome. tq utk resepi ni :)

    ReplyDelete
  11. bestnyer macaroni bakar nie...nak try wat laa
    www.beautysupplement.com

    ReplyDelete