Pages

Wednesday, 29 June 2011

Agar-agar gula merah

Pagi tadi akak check gobok akak ni tengok bahan apa la yang ada dan sesuai untuk dimasak buat dessert . Tengok-tengok ada lagi gula melaka so akak masak agar-agar gula melaka ni yang memang sedap bila dimakan sejuk , bila akak masak dessert yang simple macam agar-agar ni memang cepat habis sebab anak-anak dengan abahnya suka makan . Akak pula memang suka sangat kalau nak masak resepi yang simple-simple ni sebabnya cepat dimasak sedap dimakan laa...


BAHAN-BAHAN :

1 peket agar-agar tali
200gm gula melaka
1100ml air
120gm gula - boleh tambah 
300ml santan*
1 biji telur*
1 sudu kecil esen vanilla*
secubit garam
2 helai daun pandan-disimpul


*kalau kurang manis tambah la lagi gula ikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK :

Masak agar-agar bersama air , daun pandan , gula melaka dan gula pasir . Biarkan sehingga agar-agar larut kemudian tapis dan masukkan balik bancuhan ni ke dalam periuk .

Satukan santan , telur dan esen vanilla kemudian pukul sikit bagi adunan ni sekata/mesra .Masukkan bancuhan santan ni ke dalam agar-agar tadi dan terus kacau dengan cepat menggunakan whisk sehingga adunan masak dan mendidih . Adunan yang dah masak akan jadi seperti berbiji-biji .


Tutup api dapur dan masukkan adunan agar-agar ni ke dalam acuan yang sesuai . Biarkan sejuk seketika dan boleh la dimasukkan agar-agar ke dalam peti sejuk .


Agar-agar gula melaka memang sedap dimakan kalau di sejukkan dulu..cukup menyegarkan..

4 comments:

  1. yummyyyyyyyyyy...
    sedapnya makan sejuk2

    ReplyDelete
  2. to cheq sue,
    yum2 mmg sedap makan sejuk2 nyaman je

    ReplyDelete
  3. to reen tart nenas,
    dap dap yum2 , dapnyer tart nenas

    ReplyDelete