Pages

Friday 17 June 2011

Bihun goreng Singapura

Kejap je masa ni bergerak dah pun pukul 2 petang dan kejap lagi masuk waktu maghrib kemudian malam pun menjelma .Tengahari ni saya hanya goreng bihun Singapura je menu ringkas tapi cukup mengenyangkan  . Hari ni saya hidangkan menu berbeza sikit untuk anak-anak , sekali-sekala sedap juga makan bihun goreng kan . Resepi bihun ni sangat ringkas dan mudah nak diikut dan kalau sekali cuba masak dah boleh ingat bahan-bahannya . 

Macam biasa saya ubah sikit bahan-bahan dalam resepi bihun goreng Singapura ni ikut citarasa kami sekeluarga dan saya tak ada sukatan tertentu untuk bahan-bahan perisa tambahan macam cuka , gula dan lada hitam sebab ikut pada citarasa sendiri . So kalau ada yang nak cuba resepi ni sila la ubah suai ikut selera anda ya ,baru la sedap nak dimakan , betul kan :)


BAHAN-BAHAN :

1 peket bihun-rendam sehingga bihun menjadi lembut
200gm udang , dibersihkan
200gm isi ayam
10 biji bebola sotong- boleh tukar dengan bahan lain
1 biji karot saiz besar
200 grm taugeh
1 ikat kucai-dibersih dan potong
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu besar serbuk lada hitam - boleh tambah
3 sudu sos tiram-boleh tambah
Sedikit serbuk kiub ayam - jika perlu
Cuka , gula dan garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK :

Mayang halus semua bawang dan bersihkan udang , ayam dan bebola sotong dipotong kecil-kecil . Bersihkan carrot dan kucai dipotong ikut pada citarasa . Potong tauhu menjadi ketulan kecil serta digoreng sehingga agak garing , angkat dan tos serta ketepikan dulu.

Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak kemudian masukkan udang serta terus kacau sampai udang masak. Masukkan karrot tadi dan kacau sekejap kemudian masukkan semua telur serta kacau semua bahan bagi sekata .

Masukkan sos tiram , serbuk lada hitam , gula , serbuk kiub ayam kemudian masukkan semua bihun dan jika bihun kelihatan agak kering tabur-taburkan sedikit air ke atas bihun tu . Kacau semua bahan sekejap dan masukkan sedikit cuka dan kacau semua bahan jika masih kurang cuka baru ditambah lagi , berhati-hati jangan terlebih guna cuka takut bihun jadi terlalu masam .

Akhir sekali masukkan semua taugeh/kucai serta terus kacau kemudian masukkan tauhu goreng tadi dan kacau sehingga semua bahan sekata . Jika kurang masin baru la dimasukkan garam secukup rasa . Jika masih ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada citarasa masing-masing.

Boleh la ditutup api dapur bila bihun dah masak . Bihun ni mesti cukup rasa masin , ada sedikit rasa masam serta pedas dari lada hitam , tambahan gula untuk bagi seimbang semua rasa .



Bihun goreng ni enak dimakan tak kira waktu..

No comments:

Post a Comment