Hari ni untuk sarapan saya goreng bihun taucu dan resepinya saya jumpa ni Mesra.net , saja cuba masak resepi bihun ni sebab nak rasa apa bezanya bihun yang guna taucho ni tambahan lagi rencah untuk goreng bihun masih ada lagi . Senang nak goreng bihun kalau semua bahan dah ada saya memang dah blend siap-siap bawang merah,bawang putih , halia dan cili kering so bila nak masak apa pun senang terus ambil dan tumis . Hari ni kami tak ke mana duduk di rumah saja besok baru jalan-jalan hujung minggu ,hari ni duduk rumah tengok dvd lagi best...ciou selamat berhujung minggu ya..
Bihun goreng taucho...sedap laaa
BAHAN-BAHAN :
1 peket bihun-rendam sehingga bihun menjadi lembut
250grm isi ayam atau daging kisar
10 biji chicken ball-dipotong kecil
1 ikat sayur sawi-dipotong
3 biji tauhu-dipotong
2 peket taucu-ditumbuk
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
150grm udang kering*
3 sudu besar sos cili
3 sudu sos tomato
Gula dan garam secukup rasa
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air
*tumbuk sehingga lumat .
Boleh tambah atau kurang bahan ikut pada selera masing-masing
Boleh tambah atau kurang bahan ikut pada selera masing-masing
CARA MEMASAK :
Tumbuk hingga lumat semua bawang merah , putih dan udang kering . Bersihkan isi ayam dan bebola ayam kemudian potong semua menjadi kepingan kecil . Bersihkan sayur sawi dan potong ikut pada citarasa sendiri . Potong tauhu menjadi ketulan kecil serta digoreng sehingga agak garing kemudian goreng chciken ball tadi sehingga masak , angkat dan tos serta ketepikan dulu.
Dalam kuali panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bawang kemudian masukkan isi ayam atau daging kacau sehingga isi ayam masak kemudian masukkan semua taucho , sos cili dan tomato . Kemudian masukkan semua bihun , garam , gula dan kacau semua bahan bagi sekata . Jika bihun agak kering masukkan sedikit air dan terus kacau semua bahan bagi mesra.
Akhir sekali masukkan semua sayur sawi serta terus kacau kemudian masukkan tauhu goreng dengan chicken ball tadi dan kacau sehingga semua bahan sekata . Jika kurang masin baru la dimasukkan garam secukup rasa . Bila bihund an masak boleh la ditutup api dapur dan dihidang..
nannie..
ReplyDeletemasa maklong dok felda.. selalu jugak buat mihun goreng boh taucu.. sekarang ni resepi ni semacam dah dilupakan.. hehe..
rasanya sedap jugak kan.. nak kena buat semula lepas tengok nannie punya resepi ni..
to Maklong,
ReplyDeleteBetul la maklong sedap rupa2nya bihun goreng taucu ni saya baru first time masak , kiranya maklong dah biasa la dgn resepi ni dulu mesti menu bihun ni peberet menu kan . ok buat la n masuk blog nk cuba resepi maklong pula yg resepi ni sya dpt kt internet