Pages

Tuesday, 7 June 2011

Sotong goreng rangup


Menu ini adalah kegemaran kami sekeluarga tapi tak selalu juga saya masak resepi ni sebab tak elok makan sotong selalu sangat sebab kolesterol tinggi la . Tapi kalau teringin tu saya masa la juga bagi anak-anak seronokkan kalau kat restoran menu ni agak mahal juga harganya so lagi baik masak sendiri saja.


BAHAN-BAHAN :

300 gm sotong sederhana besar - dibersihkan serta dipotong ikut pada citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan seketika . Gaulkan sotong dengan 1/2 sudu garam atau bahan perisa . Perap sotong selama 30 minit.

BAHAN-BAHAN A :

8 sudu besar tepung beras
8 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepun gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis - pilih yg mana suka
1/2 sudu serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan A dlm satu bekas dan digaul rata.

BAHAN B:

2 biji telur dikacau rata- macam dalam gambar


Sotong , tepung dan telur

Masukkan sotong ke dalam telur dan gaul dengan cepat dan angkat .



Sotong terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata . Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain . Keluarkan sotong dan masukkan ke bekas lain yang kering . Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.



Panaskan minyak dan masukkan sotong ke dalam kuali. Goreng sotong terendam atau deep fry sehingga kekuningan dan sentiasa perhatikan sotong ini jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat . Keluarkan sotong dan toskan seketika dan boleh dihindangkan sotong didalam bekas lain .

April 24.04.10

1 comment:

  1. memang tak leh makan selalu, raja kolesterol sotong ni, tambah menggoreng deep fried bertambah lgi le..

    ReplyDelete