Dah lama saya tak buat dan masak bake roti , semalam untuk minum petang saya buat sausage roll bun, kami sekeluarga memang suka sangat makan roti ni terutama anak-anak saya. Nak buatnya pun ok la mudah juga.
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
330 gm tepung tinggi protein
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar susu tepung
60 gm gula castor
Bahan B :
1 biji telur- grade A
Bahan C:
120 ml air
10 grm yeast segera
Bahan D :
40 grm butter
Untuk glazing :
1 biji telur - dipukul sehingga kembang
Untuk Filling :
sausage
CARA MEMASAK :
1) Satukan bahan A di dalam mixer dan adun bahan seketika sehingga mesra . Kemudian masukkan bahan B dan C adun lagi selama 10 minit sehingga terbentuk doh roti . Masukkan bahan Ddan pukul serta adun lagi menggunakan mixer sehingga doh menjadi lembut dan texturenya kenyal.
2) Biarkan doh rehat di dalam mangkuk yang ditutup dengan kain lembab. Biar doh naik selama 35 minit - 1 jam sehingga doh menjadi 2 kali ganda dari saiz asal. Kemudian tumbuk-tumbuk doh untuk buang udara yang terperangkap dan uli sekejap ja dan boleh la di bahagi menjadi ketulan doh kecil seberat 50 gm setiap biji.
khamis 14.5.09
3) Uli doh mengguna tangan sehingga doh menjadi panjang dan lilit lah sekeliling sausage. Buat sehingga habis semua adunan doh ini. Susun dalam loyang membakar yang sesuai dan sapu telur untuk glazing tadi.
4) Pre-heat oven selama 5 minit dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar sausage bun ini selama 15 minit . Bila dah masak keluarkan dan biarkan sejuk.
* Saya tiada pengadun roti elektrik jadi saya hanya menguli mengunakan tangan , bila saya menguli saya pastikan adunan roti ini tidak melekat pada tangan. Bila sudah di uli dan adunan ini mudah di canai dan elastik itu tandanya adunan anda sudah betul... cara saya masak ini mengikut pengalaman dari diri saya sendiri kiranya try & error la ye..
Doh yang sudah siap.
Sausage roll yang dah ready untuk di bake selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius.
Sausage roll bun dah masak.
sEDAPNYE.. NAK TRY LA NNT
ReplyDelete