Resepi simple kesukaan arwah abah saya selain gulai atau kari . Sekali sekala mak akan masak resepi ini dan ikan yang selalu diguna ialah ikan kembung atau orang di utara panggil ikan temenung . Resepi mudah tapi sangat sedap selain ikan kembung boleh juga diguna ikan selar atau ikan bawal dan ikan mata besar macam saya guna ni .
BAHAN-BAHAN :
8 ekor ikan kembong yang agak besar
1 batang serai yang besar - dititik
1 keping asam keping
4 pokok daum kesum
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2-3 biji cili merah
2 cm kunyit hidup - serbuk pun boleh diguna
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belachan yg dipanggang atau dibakar
* Kalau kurang masak boleh ditambah asam keping .
CARA MEMASAK :
- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , pokok daum kesum , air dan asam keping . Masak kuah sampai hampir memdidih dan masukkan semua ikan kembong dan garam , kacau sekejap . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.
Mac 31.03.10
No comments:
Post a Comment