Pages

Monday 6 June 2011

Lontong

Kuah lodeh , nasi impit dan sambal tumis ini saya masak masa jamuan keluarga pada hari Ahad yang lepas , menu ringkas yang sangat sedap dan mudah juga nak masaknya...favorite kami semua.


BAHAN-BAHAN KUAH LODEH:

1 ikat kacang panjang
1 ketul sederhana besar cauliflower
2 biji carrot
1 peket tempe-digoreng dulu
2 peket campuran suuhun/fucuk - direndam
Separuh biji sayur kobis
4 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

Boleh ditambah lagi air jika mahu kuah tidak terlalu pekat . Boleh di pelbagaikan lagi jenis-jenis sayur. Boleh juga ditambah udang segar di dalam kuah lodeh ni.

BAHAN-BAHAN DIKISAR :

4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
200 grm udang kering -direndam dulu
2 batang serai-potong nipis-nipis

CARA MEMASAK :

-Bersihkan semua sayur-sayuran dan potong ikut saiz yang sesuai .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan yang dikisar ,kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan santan ke dalam periuk , biarkan kuah santan sampai mendidih .

-Masukkan sayur yang keras dulu dan kacau kuah sekali-sekali , kemudian masukkan sayur yang lebih lembut . Kacau kuah lagi serta di masukkan garam , akhir sekali masukkan sayur fucuk/suuhun dan tempe.Biarkan kuah mendidih , bila sayur dah masak boleh la di tutup api dapur .

September 21.10.09

No comments:

Post a Comment