Pages

Sunday 5 June 2011

Lasagna


BAHAN-BAHAN:
1 kotak lasagna
3-4 tin sos pasta/spaghetti PREGO
1 paket sausage
1 paket ayam kisar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar minyak zaiton
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK WHITE SOS:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 cawan cream
1 cawan cheese monzarella + cheddar
Sedikit black pepper + garam + serbuk oregano

CARA MEMASAK SOS :
Sos spaghetti
Kupas semua bawang dan cincang halus , kemudian panaskan minyak zaitun di dalam frying pan dan tumis semua bawang tadi dan kacau sampai layu. Masukkan pula ayam cincang dan kacau selepas itu masukkan sausage yang telah di potong nipis-nipis , terus kacau sampai ayam dan sausage masak, tambah garam jika sos kurang masin . Masukkan semua sos spaghetti Preggo dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra dan masak.Masukkan garam jika kurang masin.

White sos
Panaskan butter dan masukkan tepung serta kacau sehingga tepung masak kemudian masukkan cream dan terus kacau kuah ini .Bila kuah mula mendidih masukkkan semua cheese , serbuk oregano dan black pepper . Biarkan kuah mendidih dan masak , terus kacau kuah dan tambahkan sedikit garam jika masih kurang masin.
First layer

Ini ialah lapisan yang paling atas, penuh dengan cheese. Nak banyak mana cheese ikut suka la.

No comments:

Post a Comment