Pages

Sunday 5 June 2011

kari ayam

Saya cukup suka makan kari ayam selain dari kari ikan , anak-anak saya pun hanya suka makan kari ayam sahaja.So , pagi tadi saya masak la kari ayam untuk lunch kami sekeluarga. Saya suka letak banyak ubi kentang dalam kari ayam ni dan saya biarkan ubi kentang ni cukup empuk sebab anak-anak saya suka hancurkan ubi kentang ni bila makan nasi ,berselera sungguh mereka makan nasi hari ni...

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang yg besar
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ayam
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1) Kupas bawang, halia dan mayang halus semua bawang serta halia ini , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.


3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Perlahan api dapur dan tutp periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.


Kari ayam hmmm yummmy.

17.5.09

No comments:

Post a Comment