Pages

Tuesday, 7 June 2011

Gulai pisang muda

Hari Isnin lepas masa pegi pasar malam saya beli seikat pisang muda memang plan nak masak gulai lomak dengan ikan bilis. Nak masaknya pun mudah cuma kena pastikan pisang memang masih muda . Kuah mesti pekat dan selalunya saya tak guna banyak sangat cili api sebab Aisyah dan Adlina suka juga makan gulai pisang ni .

Gulai pisang muda


BAHAN-BAHAN :

1 ikan pisang muda
3 cawan santan pekat
Segenggam ikan bilis

BAHAN DI TUMBUK LUMAT :

3 cm kunyit hidup
3 biji cili api
1 batang serai - dititik

CARA MEMASAK :


Siat kulit pisang muda dan belah 2 pisang ini . Masukkan santan pekat , serai , ikan bilis yang sudah dibersihkan dan bahan ditumbuk lumat ke dalam periuk . Hidupkan api dan biarkan sampai kuah mendidih dan kacau kuah ini. Kalau kuah sikit boleh la ditambah sedikit lagi santan.

Kemudian masukkan pisang muda tadi bersama garam secukup rasa , kacau semua bahan. Biarkan kuah mendidih dan kacau kuah sekali sekala bila masak pisang akan menjadi lembut dan empuk . Boleh la ditutup api dapur .

Hidangan makan tengahari...




Penambah keenakkan atau pembuka selera ulam jantung pisang dengan buah kerdas dan sambal tempoyak hmmm sedapnya...

Mac 11.03.10

No comments:

Post a Comment