Pages

Tuesday, 7 June 2011

Gulai daging salai

Menu favorite suami saya ni gulai daging salai a.k.a masak lomak cili api . Daging salainya suami saya beli dipasar tani kat kampung masa kami balik Ahad sudah kalau nak salai sendiri kat rumah pun boleh tapi hari tu tak sempat so beli je la.

Dah banyak kali juga saya buat n3 gulai daging salai ni kiranya ni n3 ulangan la hehe . Hmmm sedapnya gulai ni makan pula dengan ikan masin sepat dan sambal gesek memang bila makan nasi tu 2 kali tambah la....
BAHAN-BAHAN :

1 kilo daging lembu salai
4-5 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah 4
6 batang serai- dititik

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi atau sedikit air

CARA MEMASAK :

Potong daging pada saiz yang sesuai dan bersihkan serta diketepikan dulu . Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan dan sekeping asam keping . Masak kuah sehingga mendidih dan terus dimasukkan semua daging serta ubi kentang kacau kuah supaya tak pecah minyak . Bila ubi kentang sudah masak dan menjadi empuk boleh dimasukkan garam serta dikacau kuah , biar sebentar dan boleh la ditutup api dapur .

No comments:

Post a Comment