Pages

Wednesday, 8 June 2011

MASAK PINDANG IKAN KEMBUNG

Dah lama betul saya tak masak asam pindang ikan kembung resepi ni simple saja . Asam pindang ni saya masak ikut resepi dari negeri Kedah dan favorite arwah abah saya ni . Selalunya saya akan masak telur dadar atau ikan goreng sekali untuk dimakan bersama ikan pindang ni hmmm kombinasi yang memang sedap dan kalau ada taugeh goreng kicap serta sambal belacan huuhhh lagi la sodap. Bila Makan nasi mesti banjirnyer dengan kuah pindang ni baru best..
   
BAHAN-BAHAN :

6 ekor ikan kembong yang besar
1 batang serai - dititik
3-4 pokok daun kesum
1 keping asam keping - boleh ditambah ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

1 biji cili merah yang besar - kalu nak tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar

*Selalunya asam pindang utara ni tak terlalu pedas dan semua rasa masam , pedas adalah seimbang..

CARA MEMASAK :

- Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk , serai , air dan asam keping . Masukkan semua ikan kembong dan garam , kacau . Biarkan kuah memdidih dan ikan masak baru la ditutup api dapur.

Oktober 19.10.10

No comments:

Post a Comment

Post a Comment