Pages

Tuesday 7 June 2011

Asam pedas ikan pari

Pagi tadi masa di pasar kat rumah saya ni saya dapat beli ikan pari segar yang baru sampai dari Kuala Selangor , bestnya . Selalunya kalau beli ikan pari saya akan masak asam pedas atau dipanggang makan dengan air asam hmmm memang sedap .
Ikan pari yang segar bila dah masak isinya menjadi putih dan lembut serta boleh terasa kemanisan isinya . Agak mudah nak masak asam pedas sebab separuh bahan-bahannya dikisar dan proses nak masaknya sekejap saja..
BAHAN-BAHAN:

1 kilo ikan pari segar
2 cawan air
2 batang serai-dititik
1 bunga kantan- dibelah dua
2 keping asam keping atau 1 sudu besar asam jawa
Segenggam daun kesum-6 tangkai
Sedikit garam dan gula
Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN-BAHAN DI BLEND:

12 biji cili kering - direbus supaya menjadi lembut
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 cm belacan

*Jika suka kuah lebih masukkan sedikit lagi air dan jika ingin lebih pedas tambah lagi cili . Anda boleh tambah atau kurang bahan-bahan ikut pada selera masing-masing.
CARA MEMASAK:
-Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan diblend sehingga naik bau . Kacau sehingga sambal menjadi masak dan pecah minyak .Kemudian masukkan serai dan kacau lagi.

-Seterusnya masukkan air , daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Kacau semua bahan dan biarkan kuah mendidih.

-Bila kuah sudah mendidih masukkan ikan pari , garam dan gula secukup rasa .Kemudian kacau supaya semua bahan menjadi mesra. Jangan kacau terlalu laju dan kuat nanti ikan pari boleh pecah . Biar kuah mendidih dan ikan pari masak boleh la dimatikan api dapur .

Ogos 31.08.10

No comments:

Post a Comment