Pages

Tuesday, 7 June 2011

Tuna casserole

Tuna casserole ni saya masak pada hari Jumaat lepas untuk minum petang dan merangkap dinner untuk anak-anak saya yang kadang-kadang nak ubah selera sebab selalu makan nasi saja . Tapi saya dan suami mesti makan nasi juga memang perut melayu sejati hehe . Resepi ni agak mudah dimasak dan sangat mengenyangkan dan memang menjadi favorite menu anak-anak saya bila dengar saja saya nak masak tuna casserole Aisyah dan Adlina dah happy hehehe dan Adam ikut bersorak macam kakak-kakaknya...
 BAHAN-BAHAN :

2 tin tuna chuck in water
1 atau 2 tin soup cendawan Cambell
1 bunga kobis
1 brokoli 

*Potong bunga kobis dan brokoli menjadi ketulan yang besar kemudian celur semua brokoli dan bunga kobis ni sehingga masak . Jangan terlebih masak nanti jadi lembik sangat so kena pandai-pandai agak ya 

MASHED POTATO

10 biji kentang - rebus hingga empuk
5 sudu besar butter
200 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur . Masukkan semua butter , susu dan lada hitam ke dalam adunan kentang lenyek . Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati semua bahan-bahan ni . Boleh ditambah susu jika mash potatoes terlalu kental .

PENYEDIAAN TUNA CASSEROLE

Sediakan bekas dan masukkan semua ketulan tuna yang sudah direlaikan menjadi kepingan kecil . Masukkan semua sayur brokoli dan bunga kobis dan masukkan semua sup cendawan cambell . Kacau dan ratakan semua bahan-bahan di bahagian dasar mangkuk .

Kemudian masukkan mashed potato ke atas inti daging tadi dan ratakan . Tekan mashed potato ni supaya melekat dgn inti daging .
Buat corak garisan diatas mash potato dengan menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya . Bakar pada suhu 180`C selama 30-40 minit atau sehingga bahagian atas mash potato kekuningan.


Mash potato bersama tuna casserole iaitu campuran sayur brokoli+mushroom soup+ tuna chunk hmmm sedap ni....

No comments:

Post a Comment