Pages

Tuesday, 7 June 2011

Siakap kukus

Ikan siakap steam tomyam..
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap ( anggaran berat 700 grm)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci lengkuas
2 batang serai-dititik
4 biji cili api-boleh tambah
Sedikit air

BAHAN UNTUK SOS :

3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan Thai/nampla
2 sudu jus limau nipis/ kasturi-boleh ditambah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perisa atau gula

* Boleh juga digunakan asam jawa untuk perisa masam

CARA MEMASAK:

1) Masukkan air ke dalam periuk kukus bahagian bawah sekali dan biar diatas api , tunggu sehingga air agak mendidih. Bentuk periuk kukus adalah bertingkat-tingkat. Bahagian bawah adalah untuk mengisi air dan 2-3 bahagian atas lagi adalah untuk diletak pinggan/mangkuk yang diisi makanan yang nak dikukus.

2) Mayang bawang putih, bawang merah , lengkuas , serai dan halia. Titik cili api kemudian taburkan sedikit bahan yang dimayang ini ke dalam mangkuk yang akan diletakkan ikan nanti.

3) Bersihkan ikan , kelar-kelar ikan dan masukkan sedikit halia dan bawang putih didalam bahagian perut ikan.Kemudian letakkan ikan didalam mangkuk dan taburkan semua bahan yang dimayang tadi diatas ikan.

4) Tuang atau curahkan semua bahan sos yang dicampur dengan sedikit air secara sekata di atas ikan dan sekeliling ikan.

5) Masukkan mangkuk yang berisi ikan ini ke dalam periuk bahagian atas periuk kukus.

6) Bila air sudah agak panas boleh la disatukan periuk bahagian atas ini dengan bahagian bawah periuk kukus. Biarkan ikan masak selama 30 - 40 minit dan jika kurang masin boleh ditambah sos nampla lagi. Bila ikan dah masak buka penutup periuk dan biarkan seketika sampai mangkuk agak sejuk, baru la diangkat keluar mangkuk ini dari periuk kukus.

Ogos 30.08.10

No comments:

Post a Comment