Pages

Thursday 9 June 2011

Sambal sotong campur kacang tanah

Semalam saya masak sambal sotong kering yang hubby bawa balik dari Labuan . Kali ni saya masak sambal sotong campur kacang tanah hancur macam cara mak saya masak . Resepi sambal sotong ni mudah juga nak masak cuma kena pastikan sambal cilinya betul-betul masak dan terbit minyak kemudian semua rasa mesti la seimbang macam rasa manis ,masam dan masinnya .
Saya hanya guna cili kering yang dikisar sendiri untuk masak sambal baru la sedap. Sambal sotong ni sedap dimakan dengan nasi biasa , nasi lemak atau dengan lontong kuah lodeh hmmm yummy...

BAHAN-BAHAN:

6 keping sotong kering saiz besar ( rendam selama 5 jam seblm masak)
1/2 cawan kacang tanah-digoreng tanpa minyak/buang kulit/tumbuk hancur
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Garam , gula dan air asam jawa secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:
12 biji cili kering
4 bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil ketepikan dulu. Goreng kacang tanpa minyak sampai amsak kemudian buang kulit dan tumbuk hancur sahaja .

2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula, asam jawa , garam secukupnya dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak .

3) Masukkan sotong , bawang besar dan terus kacau kemudian masukkan kacang tanah hancur tadi . Kacau semua bahan dan jika terlalu kering masukkan sedikit sahaja air dan bila dah masak boleh la tutup api.

Sotong kering

Disember 29.12.10

No comments:

Post a Comment