Pages

Monday, 6 June 2011

Sambal ikan bilis campur petai

Dah lama juga saya tak masak sambal tumis ikan bilis dengan petai , hari Ahad yang lepas saya ada beli petai untuk dimakan buat ulam so ada la tinggal lagi 1 papan petai , cukup la untuk di buat rencah sambal tumis ikan bilis ni. Resepi sambal ikan bilis ni serba ringkas saja...

BAHAN-BAHAN :

3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :

10 biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
3 biji bawng merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK :

Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar , masukkan air asam jawa , gula dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

Masukkan ikan bilis goreng tadi , bawang besar yang dimayang nipis dan garam , kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra , bila petai dah layu boleh la ditutup api dapur.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment