Pages

Tuesday 7 June 2011

Nasi minyak & kari ayam

Hari Jumaat lepas untuk lunch saya masak nasi minyak dan kari ayam ni . Bila tengok dalam peti ais hanya ada tinggal ayam dan ada sedikit lagi beras basmathi dari jamuan birthday Aisyah dulu . Saya masak kari simple saja tanpa sayur acar atau lauk-pauk lain mudah dan ringkas je .
BAHAN-BAHAN:

3 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning-tak letak pun tak pe
Sedikit kismis kuning
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
4 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit dan lepas rendam beras ditos dan ketepikan dulu .

Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.


Kari ayam
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam
5 biji ubi kentang yg besar
4 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
4 biji bunga cengkih
2biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang, halia dan dimayang halus , panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk plastik .Bila bawang sudah layu masukkan rempah kari dan terus kacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak.

3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau , masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap.Masukkan ayam dan garam dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Perlahan api dapur dan tutup periuk dengan tudung periuk , biarkan kuah terus mendidih . Kacau kuah sekali-sekala dan bila ayam dan ubi kentang sudah masak boleh la di tutup api dapur dan hidangkan kari ayam ini.

Jun 20.06.10

No comments:

Post a Comment