Pages

Monday 6 June 2011

Menu sarapan - roti bakar special

Bangun pagi tadi saya tengok ada banyak lagi roti yang dibeli 2 hari lepas . Nak makan dengan jem dan butter dah tak sedap sooo apa lagi saya buat la resepi apa yg patut bagi roti ni sedap di makan .

Semalam masa tengok rancangan waktu pagi yang Amy Mastura jadi hos tuu , Apa-apa aje . Ada ditunjuk menu ni tapi roti yang diguna ialah baguette .

Nak buatnya mudah sangat ...

BAHAN-BAHAN :

2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 peket sosej
1 peket chedder cheese atau monzarella cheese
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh italian mix herbs
2 sudu besar olive oil

CARA MEMASAK :

Potong kecil-kecil semua tomato , bawang besar , sosej . Masukkan ke dalam bekas yang sesuai kemudian campurkan lada hitam , italian herbs , minyak zaitun . kacau semua bahan .

Sapukan butter ke atas roti dulu dan susun semua roti dalam tray pembakar , letakkan campuran sosej tadi keatas roti dan letakkan cheese kat atas campuran sosej tadi.

Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah celcius , atau sampai cheese jadi kekuningan. Roti ini pun nanti akan jadi ranggup dan sedap sangat. Cuba la....


Ready untuk dibakar..

Baru keluar dari oven..


Hmmm yummy ...
Jumaat 14.8.09

1 comment:

  1. salam...
    sy prnh bt mcm ni tpi sy gna roti perancis... mmg sdap n rangup sgt..

    ReplyDelete