Pages

Tuesday, 7 June 2011

KEK CARROT

Kek carrot ni memang sedap . Saya dah banyak kali buat kek carrot guna resepi yang sama dan hasilnya hmmm sangat la yummy... cuba la....
BAHAN-BAHAN :

260 gm tepung
270 gm gula castor - boleh tambah jadi 300gm kalau suka manis
4 biji telur size A
240ml minyak zaitun atau minyak jagung
1 1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 1/2 cawan carrot - disagat halus
1 cawan kacang badam atau walnut dicincang kecil
1/2 cawan kismis- dicincang

TOPPING CREAM CHEESE:

250gm cream cheese*
Gula icing secukupnya*
jus dari buah lemon secukupnya*

*Pukul cream cheese , jus lemon bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi fluffy

CARA MEBANCUH ADUNAN DAN MASAK :

-Panaskan oven pada suhu 180'C . Sagat carrot dan ketepi kan dulu . Bakar kacang walnut selama 5-8 minit dalam oven kemudian dicincang menjadi ketulan kecil . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat serta serbuk kayu manis .

-Pukul semua telur sehingga menjadi sedikit kembang anggaran selama 1 minit kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit . Terus pukul adunan telur dan gula ni sehingga bertukar menjadi warna pucat kemudian masukkan semua minyak zaitun serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan carrot yang disagat tadi , kacang walnut serta kismis . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati . Masukkan adunan kek ni dalam loyang pembakar .

- Bakar adunan kek ni selama 40-30 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak . Sejukkan kek atas relai besi dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hias mengikut kreativiti sendiri .

Sebelum ni bila buat kek carrot saya tak letak serbuk kayu manis tapi kali ni saya cuba letak sedap juga cuma kali ni saya dah kehabisan walnut laa tapi kek carrot ni tetap sedap yummy..

September 05.09.10

No comments:

Post a Comment

Post a Comment