Pages

Monday 6 June 2011

Jalan - jalan hujung minggu

Saya memang tak masak weekend ni , kami sekeluarga makan diluar untuk breakfast sampai la dinner. Saya rasa malas sangat nak masak opps...sori la anak-anakku ...mama tak da mood nak masak tambahan lagi memang kami berjalan juga cuti hujung minggu kali ni . Anak-anak saya memang tak ada problem semua makanan mereka makan . So , senang bila dibawa berjalan ke mana-mana tempat pun ..

Dinner malam Jumaat lepas , kami ke Restoran Syed Bistro berdekatan rumah saja . Nasi berianinya ok sedap dan 2 orang anak saya ni pun suka juga...


Portion nasi dan lauk banyak , memang kenyang la . Harga pun RM 6 ringgit saja untuk nasi beriani biasa , kira ok la tu.


Ini pula masa kami makan di Jaya Jusco Sunway Piramid , saya dan anak-anak memang suka sangat dengan Tako-Tao memang kena beli sorang satu set..nanti la saya nak cuba buat sendiri Tako-Tao ni..


Kami breakfast di gerai / kiosk mamak di GF IKano , pagi semalam saya bawa anak-anak jalan ke sana. Gerai mamak ni memang tempat biasa kami sekeluarga breakfast atau tea bila kami pegi Ikea/Ikano , nasi lemak dan semua makanannya memang sedap . Harga pun ok dan di sebelah gerai mamak ni ada gerai kuih-muih nyonya , sedap juga makanan di gerai nyonya ni ..kiranya banyak la pilihan makanan dengan harga yang berpatutan.

2.8.09 Ahad

No comments:

Post a Comment