Pages

Monday, 6 June 2011

Masak lemak cili api Ikan keli salai

Ikan keli salai ni saya beli masa gi Melaka , minggu lepas saya masak menu ni tapi hari ni baru masak dalam blog saya ni dan resepinya pun saya dah ada bagi dalam n3 yang lepas . Kalau balik kampung suami kadang-kadang mak mertua saya akan maska menu ni , memang sedap . Kena pulak kalau ikan keli tu dari jenis yang liar bukan yang di bela dalam sangkar . Ikan keli liar ni di tangkap sendiri dari sungai atau sawah , isinya lebih kenyal dan tak hanyir kira macam ayam kampung la tak banyak lemak .

Cara nak masaknya masih sama macam masak lemak lain , cara mak mertua saya masak lemak tak de bawang , cili api asli yang kecil tu dan santan mesti pekat . Mak mertua juga guna dapur kayu api sebab tu masakan dia rasa berbeza dan hmmm memang sedap sangat...


ikan keli salai



BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan keli salai
5 cawan santan pekat
3 batang serai (dititik)-kalau tak letak pun boleh
2 keping asam keping
2 biji tomato

BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili api
4 cm kunyit hidup
garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Satukan santan pekat dengan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih. Kacau kuah santan supaya tak pecah lemak kemudian masukkan asam keping dan kacau lagi.
2) Bila kuah dah mendidih masukkan ikan salai , biarkan ikan keli menjadi lembut serta boleh la dimasukkan tomato yang dah di belah 2 tadi , biar tomato layu sikit dan boleh la ditutup api dapur .Rasa garam kalau tak cukup masin tambah la garam lagi.

November 01.11.09

No comments:

Post a Comment

Post a Comment