Pages

Thursday 9 June 2011

Apam tepung gandum

Hari ni saya cuba masak apam tepung gandum yang saya ambil resepinya dari blog Mat Gebu pula kalau nak tengok resepi asal boleh klik sini . Thanks Mat Gebu yang share resepi apam yang mudah nak dimasak ni dan sedap dimakan....

Saya tambah perisa strawberry dan sedikit pewarna merah bagi apam ni lagi menarik cuma kelapa parut tak ada la . Walaupun taka da kelapa parut tapi apam ni maintain laku hehehe anak-anak saya suka cuma besok tak leh dah masak apam kukus so saya nak cari resepi kuih lain pula la...


BAHAN-BAHANNYA :
500 g tepung gandum
3/4 cawan gula
2 cawan air
11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
5 sudu kecil perisa strawberry
Sedikit pewarna merah
Kelapa parut putih + sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
  1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.
  2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....
Disember 29.12.10

No comments:

Post a Comment