Pages

Tuesday 7 June 2011

Nasi minyak

Nasi minyak ni memang menu kegemaran anak-anak dan bapaknye termasuk la emaknye hehe . Kat rumah saya ni kalau masak nasi minyak menu sampingannya saya masak yang ringkas-ringkas je . Saya hanya masak dalca daging dan ayam goreng berempah anak-anak pun senyum lebar je bila dapat bau haruman semerbak nasi minyak...
                                 

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan- disimpul & ikat
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
Sedikit kismis kuning
7 sudu besar minyak sapi untuk menumis

BAHAN TUMISAN :

3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 inci halia
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit selepas direndam beras ditos dan ketepikan dulu . Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan 

Kemudian masukkan semua air , susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras , garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan . Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik . Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.

Rupe nasi minyak sebelum masak...


Nasi yang dah masak nanti saya bagi resepinya ye...
Sabtu 24.4.10

No comments:

Post a Comment