Pages

Thursday 26 April 2012

MY ROSES

Dah 2 bulan saya bela pokok ros dan sekarang ni macam-macam jenis pokok/bunga ros ada dalam taman mini saya ni . Dulu saya ingat susah nak bela pokok ros ni tapi alhamdulillah dengan ilmu dan tunjuk ajar dari kawan-kawan yang sama hobi saya dapat bela pokok ros dan setiap hari ada saja perkara baru yang saya belajar tentang pokok ros kesayangan saya ni . Pokok ros ni memang agak manja dan tapi kalau betul cara penjagaannya memang pokok kita tu boleh hidup subur dan lama jangka hayatnya...I love my roses :)

So , sekarang ni aktiviti wajib saya pada waktu pagi mesti la siram semua pokok-pokok ros saya ni dan lepas tu mula la saya belek setiap pokok ros untuk tengok apa yang patut macam buang daun kering ,  gembur tanah dalam pasu pokok ,belek bunga atau tunas baru , belek bunga yang baru atau dah lama kembang dan seminggu sekali saya tabur baja serta sembur racun . Paling penting masa belek tu saya nak tengok keadaan daun takut kena serang dengan serangga perosak . Sekali sekala saya sembang juga dengan pokok ros ni hihihi saja je dan saya mesti ambil gambar bunga ros yang baru kembang saja je nak buat kenangan simpan dalam folder fb . Sekarang ni saya rasa cukup happy dan puas hati bila tengok pokok ros yang saya bela semakin subur dan sentiasa berbunga  . Doa saya semoga semua pokok ros saya ni akan hidup subur selamanya , amin . Jom tengok gambar bunga-bunga ros di taman mini saya ni...

Ros ni dipanggil Summer Scalet , kerap berbunga cantikkan..


Nama ros ni Queen of Sweden , elegant dan cantik sangat bunganya..


My small simple ros garden , my tranquility...ketenanganku..


Terapi minda dan mata buat saya...


2 tona pink cantikkan...


Ros mini yang lebat berbunga...


full bloom cantikkan..


cantiknyaa...


Banyak tunas baru tumbuk , happy saya tengok puas hati ni bila tengok pokok yang dibela mahu hidup subur macam ni :)


Ros mini kesayangan dah 2 bulan saya bela , masa mula bela ros ni sakit diserang serangga redmites . Saya rawat dan jaga sebaik mungkin syukur alhamdulillah ros mini ni mahu hidup dan sekarang ni berbunga lebat , cantikkan . 

16 comments:

  1. my mum.... tangan dia sejuk... tanamlah apa pun semua hidup... bunga2 ni terus buat sy teringatkan my mum kat umah...mmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cantik garden mak pinky kan , subur :)

      Delete
  2. Cantik sungguh bunga2 akak nie...suka tengok...mesti pandai jaga kan....rasa mcm nak mula balik hobi lama bergardening nie tgk taman akak nie...mmg sejuk mata memandang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wanithevan , alhamdulillah tanam akak ni simple je pokok pun tak banyank , jom la bercucuk tanam balik seronok la terapi utk ketenangan diri kita ni

      Delete
    2. Kak Nannie...wani ada beli pokok bunga ros semalam...hehehe gara2 tertarik dengan taman akak lah nie...harap2 menjadi pokok bunga ros wani tu...kalau ok jer akan tambah lagi kuantiti nyer nanti...:)

      Delete
    3. waaa best tu , mesti ok menjadi teruskan usaha wani itu ya

      Delete
    4. Salam Nannie, ni Kak Siti ... masa pokok ros Nannie diserang serangga redmites, Nannie spray dengan ubat ape ye sebab Kak Siti ada pokok ros yg diserang redmites jugak tak tau nak sembur ape :(

      Delete
  3. wow...akak buat sy rase mcm sekarang jugak sy nak g nursery..:)
    btw, its very lovely kak..gud job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq marniazlina , jom2 cepat gi nursery hihi , thanks again

      Delete
  4. As salam kak,

    Roses is one of my fav flower! Masya'Allah, cantiknye... Akak ni green hand sb tu elok je bunga tu tumbuh subur...share lah sikit petuanya kak... sb sy tahu bunga ros ni mmg agak sukar dijaga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm marya , akak mmg suka sgt ros sebab tu nak cuba juga bela pokok ros ni , insyallah harap macam tu la semoga pokok-pokok ros akak ni mau hidup subur sampai bila-bila amin , petuanya ros ni nak matahari sekurang2nya 6 jam sehari dan bagi baja yg sesuai seminggu sekali , siram tiap2 hari dan lot`s of love :)

      Delete
  5. salam kak nannie...tgk pokok2 bunga akak ni.,wat nani t'perasan kite ni setaman rupenye.selame ni x pnh tau akak dok acacia.,akak dok jln 11 eh.? dpn umh tgh tu....nani follow blog akak ye ;-D slmt b'kenalan :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlksalm , hehehe ye ke betul la tu mmg rumah akak rupa-rupanya kita jiran satu taman , ok tq dan slmt berkenalan

      Delete
  6. salam kak nanie.. seronok tgk bunga2 ros akak.. saya br nak berjinak2 tanam ros.. tp dah dkt sebulan saya jaga. ros kg ok.. tp yg ros cameron cm nk mati je.. cmne yea kak nk jaga ros cameron ni..

    ReplyDelete
  7. salam,nak tanya nannie guna baja apa untuk pokok.racun serangga pula guna racun apa?

    ReplyDelete
  8. SEMBUR BAJA APA KT POKOK ROSE TU

    ReplyDelete