Pages

Showing posts with label lala/ketam. Show all posts
Showing posts with label lala/ketam. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Tumis sambal telur ketam

Pagi tadi masa di kelas mengaji dekat Sirajul Munir saya tanya kak Zah ( kawan sama mengaji ) cara nak masak ketam yg paling sedap . Kak Zah bagi tau ketam sedap dimasak lemak cili api campur daun kunyit atau dimasak sambal telur ketam . Hmmmm saya tak pernah masak ketam sambal telur , boleh try ni ^_^ . Saya ambil resepi dgn kak Zah dan balik rumah terus saya masak sambal ketam telur ni , semerbak bau dapur sampai ke ruang living hall rumah saya dengan bau ketam yg wangi bila digoreng dan lepas dimasak sambal ni . Syukur alhamdulillah memang sedap ketam bila dimasak sambal tumis telur ni ^_^ terima kasih kak Zah sebab kongsi resepi , terbaek laaa


BAHAN-BAHAN :-

3 kg ketam
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
8 sudu besar cili kisar
10 sudu besar cili sos Thai
6 sudu besar sos tiram
3-4 biji telur
Air asam jawa secukupnya - jika perlu
gula secukup rasa - jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia

Guna 3 biji atau 4 biji telur ikut pada selera sendiri . Masa menumis masukkan cili kisar dan sos sedikit demi sedikit sampai dapat rasa yang kita suka . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ketam serta digaul dengan garam kemudian digoreng sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian di angkat dan ditos . Keluarkan sedikit minyak goreng ketam dari dalam kuali dan simpan minyak goreng ketam itu .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan cili sos Thai secukupnya  dengan tomato sos jika kurang masam baru ditambah air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Masukkan 1 sudu besar gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas kalau suka sambal manis boleh ditambah lagi gula . Kacau semua bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan telur kemudian dikacau bagi telur hancur , jika kering ditambah minyak bekas goreng ketam tadi . Kacau rata telur sampai amsak , guna api kecil atau sederhana besar supaya sambal tak hangit . Masukkan semua ketam yang digoreng dan kacau bagi rata sambal dgn ketam . Rasa sambal jika ada rasa yang kurang boleh ditambah bahan yg diperlukan kan . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 


Sambal tumis ketam denagn telur , yum yum sedap sangat ni . Saya rata je ketam ni tanpa makan dengan nasi ^_^ kalau ketam saiz besar mesti lagi sedap ^_^



Ketam yang digoreng sebelum di tumis dengan sambal .

Tuesday, 12 May 2015

Tumis masam manis lala

Syukur alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

1  1/5 kilo lala - dibersihkan
1  biji bawang besar
2  ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 inci halia
5 helai daun limau purut di siat
2 batang serai - dititik
7 sudu besar sos cili Thai 
1 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil sos ikan nampla
Sedikit jus limau nipis - jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan lala serta tos dan diketepikan dulu .                    
Bawang putih , bawang merah , halia ditumbuk lumat dan serai di titik . Bawang besar dipotong membulat serta racik daun ketumbar . 
                    
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta dikacau . Bila dah wangi masukkan cili kisar . Bila cili sudah masak dan pecah minyak masukkan sos nampla , sos tiram , daun limau purut dan dikacau rata . Masukkan semua lala dan cili sos Thai serta di kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa serta boleh dirasa sos jika kurang masam baru ditambah jus limau nipis . Boleh ditambah lagi sos cili Thai , tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri . Bila lala dah masak boleh ditutup api dapur.


Tuesday, 16 September 2014

Masak lemak cili api kepah kacang panjang

Selamat menyambut hari Malaysia dan juga cuti sekolah . Cuti panjang ni mesti ramai yang balik kampung atau pergi bercuti . Saya dan famili hanya bercuti di rumah sahaja sebab banyak juga kerja/projek yang nak dibuat . Setakat hari ni kami dah dapat siap kan projek nak cat bilik anak , bersihkan laman/garden saya dan insyallah sampai hujung minggu ni ada beberapa lagi projek jahitan yang saya nak siapkan . Hari ni saya share resepi yang simple tapi sedap , alhamdulillah . Senang nak masak lemak kepah ni dan boleh juga di ganti dengan kerang atau siput lala . Menu simple macam ni selalunya saya makan dengan nasi dan lauk ikan goreng atau ayam goreng , sambal belacan dan ikan masin .



BAHAN-BAHAN :

1 kg kepah - di bersihkan
4-5 cawan pati santan - kalau kurang boleh tambah
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
2 cm kunyit hidup
7 - 10 biji cili api
1 genggam ikan bilis - rendam sekejap
1 batang serai saiz besar - dititik
1 helai daun kunyit - disiat
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1. Bersihkan bawang merah , kunyit hidup  , cili api dan putih kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan kepah di tos dan ketepi kan dulu . Bersihkan kacang panjang dan di potong serong . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama ikan bilis, daun kunyit , serai dan garam . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih .


2 . Masukkan semua kepah ke dalam periuk dan garam secukup rasa . Gaul semua bahan dan biarkan sampai kepah masak , kacau sekali-sekala . Masukkan semua kacang panjang dan dikacau semua bahan , bila dah masak boleh la ditutup api dapur.

Friday, 14 February 2014

Sup kepah pedas

Alhamdulillah sodappp..


BAHAN-BAHAN :

2 kilo kepah
2 batang serai - dititik
2 sudu besar cili kisar
10 biji cili api - di titik
4 keping daun limau purut - disiat
1 sudu kecil belacan
4 sudu cili sos Thai
jus limau nipis secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIRACIK NIPIS :

1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

CARA MEMASAK :


- Bersih kepah dan ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan terus tumis bahan diracik sampai wangi . Masukkan cili kisar dgn belacan dan kacau biar sampai cili masak . Terus masukkan air secukupnya kemudian masukkan serai , cili sos thai , cili api . daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya . 

- Bila dah sup dan mendidih masukkan semua kepah , masukkan gula dan garam secukup rasa . Kacau semua bahan biarkan kuah memdidih dan kepah masak baru la ditutup api dapur .


** Tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa sendiri 

Saturday, 12 October 2013

Pepahat tumis pedas manis


BAHAN-BAHAN :

1  peket pepahat anggaran dalam 1.5kg - dibersihkan
2  ulas bawang putih
3  biji bawang merah
1 inci halia
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan nampla
3 sudu besar sos plum
Kicap manis secukup rasa
Air masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa - jika perlu

CARA MEMASAK :

Rendam sekejap pepahat dalam 30 minit kemudian diangkat serta tos dan diketepikan dulu . 2-3 kali rendam untuk buang pasir yang ada pada pepahat ni . tos dan ketepikan .  Semua bawang merah , bawang putih dan halia dikisar .  
              
Panaskan minyak secukupnya untuk menumis dan masukkan semua bahan yang dikisar tadi serta dikacau . Bila dah wangi masukkan cili kisar dan kacau serta bairkan sampai cili masak terbit minyak . Masukkan semua cili sos , sos nampla , sos tiram dan dikacau rata . Kemudian boleh la dimasukkan semua pepahat dengan kicap secukup rasa . Gaul semua bahan dan masukkan sedikit air supaya ada kuah sikit . Bila pepahat dah masak boleh dirasa kuah jika ada yang kurang boleh ditambah bahan ikut citarasa sendiri . Bila semua dah sedap boleh la ditutup api dapur dan boleh dihidang pepahat ni .

Pepahat fresh dari pantai Morib .

Monday, 7 October 2013

Ketam masak lemak kuning

Ketam ni dimasak cara yang paling simple tapi yang paling sedap ikut citarasa kami sekeluarga la . Ketam ni saya beli dari Pantai Morib so memang segar dan harganya cukup murah sekilo RM15 . Sekarang ni musim ketam bertelur so isinya banyak dan sangat-sangat manis , alhamdulillah sedap ^_^


BAHAN-BAHAN :

2 kilo ketam 
santan - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping . Banyak mana nak guna santan ? pastikan kuah/santan dapat menutupi semua ketam semasa dalam periuk

CARA MEMASAK :


Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua bawang dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Pastikan santan menutupi ketam dalam periuk . Masukkan semua ketam , asam keping dan garam . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam ni akan bertukar warna .

Monday, 9 September 2013

Ketam tumis lada hitam...yum.yumm..

Alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN:

10 ekor ketam - saiz sedang
Air secukupnya - anggaran 1 cawan
1 sudu kecil biji lada hitam yg ditumbuk lumat - boleh tambah

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

BAHAN-BAHAN SOS:

5 sudu besar sos lada hitam - boleh tambah
3 sudu besar sos tiram - boleh tambah
2 sudu besar kicap manis - boleh tambah

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak serta terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan semua ketam serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang kurang boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan sedikit air dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . 

*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Boleh juga dimasukkan daun sup/baeang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .

*Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Saturday, 14 April 2012

MASAK LEMAK CILI API KETAM n NENAS

Selamat pagi Sabtu..

Dah lama juga kami sekeluarga tak makan ketam , teringin la pula nak makan ketam so awal pagi tadi saya ke pasar beli ketam saiz besar yang padat dengan isi . Ketam ni saya masak gulai cili api campur nenas , syukur alhamdulillah sedap gulai ketam ni sampai menjilat jari makan pun tambah nasi banyak kali  hihihi..... 


BAHAN-BAHAN :

4 ekor ketam saiz besar
4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
3 batang serai saiz besar dititik
1 biji nenas - saiz sedang atau kecil
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

Bersihkan ketam dan ketepikan dulu kemudian bersihkan buah nenas serta dipotong . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping , serai ke dalam periuk yang sesuai . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua ketam dan kacau semua bahan-bahan ni . Bila ketam hampir masak boleh la dimasukkan nenas dan kacau perlahan-lahan . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .

Ketam sedang dimasak , saya guna buah nenas yang masak so saya tak guna asam keping sebab nenas ni masih masam manis . Jangan ditambah air sebab ketam ni ada air so masa masak air ketam akan keluar bercampur sebati dengan santan , alhamdulillah sedap gulai cili api ketam ni..

Wednesday, 30 November 2011

MASAK LEMAK CILI API KERANG campur PUCUK PAKU

Semenjak dua menjak ni saya macam hilang kata-kata nak tulis bercerita di blog saya ni walau bagaimana pun saya tetap setia masukkan resepi ke dalam blog kesayangan saya ni . Terima kasih pada semua pengunjung yang sering datang singgah ke sini . Terima kasih tak terhingga saya ucapkan pada pengunjung yang sudi menjadi follower blog saya ni , salam sayang dari saya dan TQ ya..


BAHAN-BAHAN :


1 kilo kerang saiz duit 20 sen
3 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping saiz kecil
2 ikat pucuk paku fresh
1-2 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
3 cm kunyit hidup


* Resepi ni boleh diubah suai mengikut selera masing-masing

CARA MEMASAK :

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , asam keping  dan serai yang dititik ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukupnya . Sekali sekala kacau serta biarkan sampai kuah mendidih dan kerang masak . Masukkan semua pucuk paku tadi kemudian dikacau sekejap dan terus ditutup api dapur . Tutup periuk dengan tudung periuk dan biarkan pucuk paku masak dalam kuah yang panas .

Sedapnyaaaaa...

Saturday, 5 November 2011

KETAM TUMIS SOS TIRAM & KICAP MANIS

Besok dah nak raya so hari ni mesti ramai yang dah start beli barang-barang dapur untuk nak dimasak buat juadah besok kan . Saya tak masak apa pun sebab kejap lagi nak balik kampung mertua so kami beraya di kampung . Saya hanya tolong mak saja la masak selalunya di kampung mak mertua saya akan masak rendang minang untuk dimakan dengan lemang dan sebelah tengaharinya kami makan nasi macam biasa . Daging korban yang bapa mertua dapat selalunya mak mertua saya akan masak sup atau dimasak lemak cili api hmmm sedap laaa sebab dapat makan masakkan bonda mertua ku pure/asli masakan Nogori satil Minangkabau . Kalau kuah santan tu memang pokat laaaa podehnyoo memang teraso la hihihi maklum la guna cili api burung kampung yang kocik , mak mertua saya memang tanam banyak pokok cili api keliling rumah so senang bila nak masak kutip je , serai pun sama merimbun subur hidup di kebun belakang rumah . Ishhh rindu la pula tak sabar nak balik ni kejap lagi kami nak bertolak balik kampung so nanti saya bersiaran berblog dari Jolobu la ya..

N3 resepi masakan pertama untuk minggu ni , juadah ketam ni saya masak semalam cuma hari ni baru di masukkan dalam blog . Resepi simple saja yang saya masak ikut selera kami sekeluarga so macam biasa resepi saya ni boleh diubah suai ikut selera sendiri ya...


BAHAN-BAHAN:

8 ekor ketam - saiz besar
Daun bawang & ketumbar - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan
Asam jawa secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 biji cili merah 

BAHAN-BAHAN SOS:

3 sudu besar sos cili - boleh tambah
5 sudu besar sos tiram - boleh tambah
4 sudu besar kicap manis - boleh tambah
1 sudu kecil sos ikan nampla 
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan diterus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta  air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak 


*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun ketumbar dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .


*Jika kuah agak cair boleh dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung yang digaul rata dengan sedikit air . Masukkan bancuhan ni dan kacau sehingga sos masak menjadi pekat .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Sedapnyaaa ketam fresh...


Ketam ni special sikit sebab datang jauh dari Pulau Labuan , suami saya beli di sana masa dia out station beberapa hari yang lepas . Awal subuh sebelum balik KL suami saya ke jeti nelayan di Pulau Labuan sebab nak beli hasil tangkapan nelayan yang fresh . Harga pun murah sekilo RM8 so suami saya beli punya la banyak ketam harga baru RM30 . Suami saya simpan udang , ketam serta sedikit ikan yang dibeli dalam kotak polysterin dan dibungkus elok . Balik naik kapal terbang pukul 7.45 pagi dan ketam ni sampai di rumah saya pukul 11.30 pagi memang timing elok betul terus saya masak . Alhamdulillah sedapnyee makan ketam fresh isinya pejal dan manis .

Tuesday, 16 August 2011

Ramadhan 15 ~ menu ketam tumis cili

Pagi semalam saya ke pasar nak beli bahan-bahan masak dan saya memang nak cari ketam sebab dah lama juga kami sekeluarga tak makan ketam . So saya beli la ketam dalam 10 ekor semuanya saiz besar baru la sedap isi banyak dan manis , selalunya kalau nak makan ketam fresh saya suka ke jeti nelayan di Kuala Selangor tapi bulan puasa ni memang saya tak ke sana so saya beli kat pasar di area rumah saya ni saja .

So kali ni saya masak ketam tumis cili dan sedap kombinasi bahan-bahan yang diguna dan rasa kuahnya memang ikut pada citarasa kami sekeluarga . Syukur alhamdulillah untuk rezeki kami semalam.. 



BAHAN-BAHAN:
10 ekor ketam - saiz besar
2 batang serai - dititik
Daun bawang & sup - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
1 inci belacan
4 biji cili kering - direndam dalam air panas sampai kembang
Garam secukup rasa - jika perlu

BAHAN-BAHAN SOS:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu sos plum - utk masam manis
2 sudu besar sos ikan nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan semua bahan sos dan serai serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta  air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak 


*Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air . Masukkan daun sup atau daun bawang dan terus kacau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias .

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Ketam yang tengah dimasak , pastikan air dimasukkan secukupnya tapi jangan la banyak sangat nanti jadi sup ketam pulak hihihi . Bila dah kacau rata ketam dengan semua bahan boleh la ditutup kuali dan biarkan ketam masak . Gunakan api dapur sederhana besar dan selalu la periksa ketam dalam kuali dan kacau , bila dah masak boleh la ditutup api dapur . 


Resepi yang saya bagi ni saya masak ikut pada citarasa kami sekeluarga , so bahan-bahan yang diguna boleh ditambah atau dikurangkan ikut pada citarasa masing-masing .

Thursday, 9 June 2011

Kepah masak lemak cili

Selalunya kepah ni saya suka masak sweet sour atau tumis cili berserai tapi kali ni saja je ubah selera saya amsak lemak cili api pula hmmmmm sedap you . Kepah yang fresh manis memang kena sangat dengan kuah pedas lemak cili api ishhhh cik abang makan nasi bertambah la hehehehe...
BAHAN-BAHAN :

1 kilo kepah segar
3-4 cawan santan yg pekat
1 keping asam keping
4 batang serai dititik
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api
4 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan kepah dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan bahan ditumbuk , santan pekat , serai , asam keping dan garam .

Gaul semua bahan dan masak kuah santan sampai mendidih . Bila dah masak kepah akan terbuka dan boleh la ditutup api dapur.

Kepah fresh yang saya beli di Pantai Remis , Kelang..

Disember 24.12.10

Masak lemak ketam

Resepi ketam lagi kali ni saya masak ketam yang datang jauh dari Labuan . Resepi simple tapi sangat sedap yang penting kuah mesti pekat dan mesti guna cili api burung yang kecil , kunyit hidup dan serai mesti lebih dari sebatang . Ikut cara mertua saya yang pure keturunan Minang bila masak lemak cili api ni tak guna sebarang jenis bawang pun selain tu dia suka guna garam kasar yang asli dan hanya pati santan kelapa yang pekat .
BAHAN-BAHAN :

6 ekor ketam yang besar
5 cawan santan pekat - kalau tak cukup tambah sikit lagi
8 biji cili api-boleh ditambah
3 cm kunyit hidup
3 batang serai - dititik
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa

* Boleh juga dimasukkan nenas dalam masak lemak ni dan tak perlu la guna asam keping

CARA MEMASAK :

Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Semua cili api dan kunyit hidup ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik . Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping . Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .

November 17.11.10

Ketam sweet sour

Selalunya bila beli ketam saya akan masak menu kari ketam bersama nenas atau masak lemak cili api so kali ni saya masak ketam sweet sour hmmm sedapnyaaaa..Saya tambah sedikit santan pada kuah ketam masak masam manis bagi ada rasa lemak manis masam haa cukup semua rasa..
yum yum sungguh enak...
BAHAN-BAHAN:

2 kg ketam
3 biji tomato masak ranum
4 batang serai - dititik
Sedikit air asam jawa-boleh tambah kalau suka kuah masam
1 cawan santan-tak tambah santan pn ok
Sedikit air - jika perlu saja

* Boleh ditambah nenas atau cili capsicum

BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
4 biji cili kering-direndam dalam air panas sampai kembang

BAHAN-BAHAN SOS:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan/nampla-boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

CARA MEMASAK :
* Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan diketepikan dulu . Kisar semua bahan menumis .

* Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi . Masukkan tomato dan semua bahan sos terus kacau sambil rasa jika ada terkurang apa-apa bahan boleh ditambah ikut pada cita rasa kita . Masukkan semua ketam tadi serta santan dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak . Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah la air . Boleh juga ditambah daun sup atau daun bawang untuk xtra citarasa dan bau . Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur..

* Sila la ubah atau tambah apa saja bahan ikut pada citarasa sendiri..

Ketam sweet sour yang baru masak..

November 15.11.10

Tuesday, 7 June 2011

Kepah tumis cili

Saya memang suka makan kepah sebab rasanya yang manis dan mudah untuk dimasak . So , masa balik bercuti sekolah hari tu saya ada la beli kepah dan saya amsak resepi yang mudah je tapi sedap sangat...


BAHAN-BAHAN :
2 kilo kepah
Sedikit air
1 sudu sos tiram
Sedikit air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan di kisar halus :

5 biji cili merah
4 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm belachan yg telah dibakar
3 batang serai

* Kalau nak pedas tambah la beberapa biji cili api .

CARA MEMASAK :


- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sos tiram serta air asam jawa dan kacau kemudian masukkan semua kepah yang sudah dibersihkan dulu.Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam . Jika kurang kuah tambah la sedikit air ikut pada citarasa kita la ya.Kepah akan terbuka bila dah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna .



Kepah segar yang saya beli semasa di Sungai Petani..
Mac 24.03.10 

Masak lemak siput sedut

Siput sedut ni pulak favorite saya dan suami kurang suka sikit , saya beli di Pasar Pasir Penambang . Masih hidup bersalut selut yang bestnya saiz besar-besar . Balik rumah terus saya bersihkan betul-betul buang semua selut dan hubby potong hujungnya guna player saja cepat siap . Saya memang akan masak lemak cili api kalau siput sedut ni tapi tak la pedas sangat sebab anak saya Aisyah pun suka makan siput ni . Hmmmm sedap ni....

Khamis 7.1.10

Kerang rebus

Kerang rebus memang favorite suami saya tapi tak la selalu dia makan setahun tu ada la 4-5 kali je beli kerang . Bila kami pergi ke jeti nelayan Sg.Yu kat Kuala Selangor Sabtu lepas suami saya memang cari kerang sebab kerang kat Kuala Selangor memang besar-besar . Saiz kerangnya sama saiz dengan duku langsat lagi besar dari duit 50 sen .

Suami saya pilih yang besar-besar saja ada la dalam 3 kilo dia beli kerang ni berat kulit je sebab tu beli banyak. Bila balik saya rebus letak serai saja dan bila dah masak cicah dengan sos cili Thai macam dalam gambar ni hmmmmm sedap sangat...

Khamis 7.1.10

Monday, 6 June 2011

Ketam masak lemak

Ketam memang favorite saya..... hmmm suka sangat , arwah mak cerita masa kami tinggal di Jitra sebab masa tu arwah abah saya kerja kastam di sempadan Changlon dengan Thailand . So , memang abah saya dan kawan-kawan yang sama kerja dengan dia kena jaga apa saja kenderaan yang masuk dia kena check macam kat Bukit Kayu Hitam sekarang ni la , so memang banyak lori yang bawa masuk tangkapan laut macam ikan , udang , ketam dan lain-lain . Abah saya selalu beli sebab dapat harga murah , sampai di rumah kami ada ice-box simpan ketam dan lain-lain makanan laut yang abah beli ni.

Arwah mak cerita kami memang mewah makan masa tu syukur alhamdulillah la , sampai ketam ni ni kadang-kadang mak saya rebus saja dan makan dengan sos . Mungkin sebab dari toodler dah terbiasa makan ketam sebab tu saya suka sangat sampai la sekarang . Tapi saya jarang beli sebab tak elok sangat makan ketam ni kerap sangat tambahan pulak harganya yang mahal sekarang ni. Selalu kalau beli saya masak lemak kuning saja , senang dan sedap. Kalau di Jitra dulu memang saya akan masak kari ketam sebab favorite arwah abah kari saja.

Resepi masak lemak ketam ni simple saja,,,

BAHAN-BAHAN :

7 ekor ketam
7 cawan santan pekat - kalau tak cukup tambah sikit lagi
2 biji bawang merah
2 biji cili api-boleh ditambah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti . Kupas semua bawang serta kunyit hidup dan ditumbuk lumat . Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik. Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping. Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .

September  09.09.09

Sunday, 5 June 2011

Tumis lala

Sedap secukup rasa .

BAHAN-BAHAN :

1 kilo lala
1 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tiram
2 sudu sos cili
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS :
5 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm belacan

CARA MEMASAK :


Panaskans edikit minyak kemudian tumis semua bahan kisar , serai , kacau dan biarkan hingga terbit bau wangi , masukkan soso tiram , kacau dan masukkan lala . Terus mengacau , masukkan garam secukup rasa dan biarkan lala sampai masak .


Bahan kisar ditumis


Masukkan lala dan kacau sampai lala masak...

Julai 23.07.09