Pages

Showing posts with label cupcake. Show all posts
Showing posts with label cupcake. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Cup cake cokolat

Saya buat cupcake coklat ni untuk Aidiladha , alhamdulillah .

Yum yum alhamdulillah.


BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan mentega 
1 sudu besar serbuk koko
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu full cream milk-kotak

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung bersama serbuk koko dan ke tepi kan dulu .

-Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur ke dalam adunan dan dipukul sebati  sampai kembang . Masukkan esen vanila dan susu dan digaul rata . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . Pukul adunan ni selama 2 minit sehingga adunan sebati .

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan bakar kek selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan . 


Begini rupa cup cake coklat tanpa topping ^_^

Wednesday, 12 September 2012

Cupcake coklat

Sedap coklat cupcake ni dan senang nak dibancuh adunannya . Saya dapat resepi cupcake ni dari website food.com

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan mentega cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu full cream milk-kotak
1 sudu besar jus lemon
cokolat chips secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat , garam dan serbuk koko dan ke tepi kan dulu .

-Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur k dalam adunan dan dipukul sebati  .Masukkan esen vanila , susu , minyak , jus lemon dan gaul semua adunan hingga sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan ditabur cokolat chips kemudian dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .

Sunday, 9 September 2012

BUTTER CUPCAKE

Entry pertama saya untuk bulan September ni . Kek butter yang agak mudah nak dibuat dan alhamdulillah sedap..

BAHAN-BAHAN :

150gm butter
150gm gula castor
4 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanila
5 sudu besar full cream milk - dlm kotak
170gm tepung naik sendiri - diayak
1/2 sudu kecil baking powder - diayak dgn tepung

Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C . Pukul butter dan gula hingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya . Ayak tepung bersama baking powder sebanyak 3 kali dan ke tepi kan dulu .

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati.

6. Masukkan adunan kek ke dalam paper cup dan dibakar selama 20 - 25 minit mengikut kepanasan oven masing-masing atau sehingga cup cake masak . Setelah kek masak , sejukkan seketika dan boleh la di hidangkan .

Wednesday, 11 July 2012

CUPCAKE COKLAT

Sedap cupcake ni...
BAHAN-BAHAN :

113gm butter
200 gm gula castor
2 biji telur - grade A
1 sudu kecil esen vanila
320 gm tepung gandum - diayak
2 sudu kecil baking powder - diayak dgn tepung gandum
50grm serbuk koko
240 ml air mendidih
Coklat chips dan kacang walnut secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan dulu oven kepada suhu 180C selama 5 minit . Masukkan air mendidih dengan serbuk koko tadi ke dalam bekas yang sesuai dan kacau bagi sebati dan biar sejuk . Ayak semua tepung bersama baking powder dan ketepikan dulu .

- Terus pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati .

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . Masukkan bancuhan koko tadi dan kacau semua bahan sehingga sebati .

- Susun paper cup dalam loyang pembakar .Sendukkan adunan masuk ke dalam paper cup. Taburkan choklat chips dan kacang walnut di atas adunan kek ni .

- Bakar kek ni dalam suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak .

Cupcake sebelum dibakar..


Saya dapat resepi cupcake ni dari website JoyofBaking.com link nya DISINI

Friday, 25 November 2011

CUPCAKE PISANG COKLAT..

Isnin lepas saya ada beli pisang emas dan hari ni pisang tu dah cukup masak ranum so cara saya nak bagi pisang tu cepat habis dimakan ialah dengan dicampur/masak menjadi kek. Saya pun google la cari resepi cupcake coklat campur pisang dan saya jumpa resepi cupcake yang sangat sedap dari website JoyofBaking.com . Resepi cuppies ni sangat la mudah nak dimasak sebab adunan kek tak perlu dipukul hanya sekadar digaul rata dan boleh terus dibakar . Proses nak masak cupcake ni agak mudah dan cepat dalam masa 50 minit cuppies ni dah masak . So cepat dimasak dan sedap dimakan yum yum texture kek sangat moist laaa....

BAHAN A - DIAYAK ( disatukan )

130gm tepung gandum
200 gm gula - saya guna 180 gm saja
35 gm unsweetened serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 sudu kecil baking powder

BAHAN B :

1/2 cawan pisang masak yg dilenyek
60 ml minyak zaitun/sayur
1 sudu kecil esen vanilla

1 biji telur size A
60 ml susu full cream dlm kotak
120 ml air suam

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .


- Ayak serta gaul mesra semua bahan A dan di ketepikan . Lenyek pisang emas .


- Dalam bekas yang sesuai pukul telur sehingga telur putih dan merah bercampur mesra - tak perlu pukul lama sangat dalam 2-3 minit saja kemudian masukkan pula esen vanilla , susu , minyak zaitun , pisang yg dilenyek dan kacau smeua bahan sehingga cukup mesra - jangan dipukul ya hanya gaul guna spatula .

- Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan masukkan juga semua air . Dengan mengguna spatula atau senduk kacau semua bahan sehingga cukup mesra dan sebati . Adunan kek ni memang seperti bancuhan pancake yang agak cair . 

- Susun paper cup dalam loyang pembakar . Kemudian boleh la dimasukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


Yum yum cupcake pisang coklat yang sangat sedap , saya tambah coklat chips untuk xtra rasa coklat..

Saturday, 19 November 2011

KEK BUTTER utk minum petang Sabtu..

Pagi tadi saya sempat bancuh dan masak kek butter ni , memang agak mudah nak bancuh adunan kek ni dan bahan-bahan yang nak digunakan pun tak banyak . Resepi ni saya dapat dari website MyResipi.com terima kasih ya . Anak-anak saya pun suka cupcake yang simple tapi sedap macam ni , jemput makan ya....


BAHAN-BAHAN :

300 gm butter
300 gm gula castor
5 biji telur - grade B
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan fresh milk dlm kotak
320 gm tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak dgn tepung gandum
1 sudu besar coklat emulco
Coklat chips secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan dulu oven kepada suhu 180C selama 5 minit . Sementara tunggu oven panas terus pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya.

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati )


- Susun papercups dalam loyang pembakar .

- Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian dan masukkan coklat emulco ke dalam satu adunan tepung kemudian dikacau rata . Sendukkan adunan masuk ke dalam papercups . Taburkan choklat chips di atas adunan kek ni .


- Bakar kek ni dalam suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak .


Yum yum sedapnyaaa..masa kek ni dalam avon rumah saya jadi wangi dengan bau kek ni...

Thursday, 29 September 2011

KEK CAWAN BALDU MERAH

SELEMBUT DAN SEGEBU BALDU MERAH..

Kek red velvet yang sentiasa cantik dan menawan di mata saya ni , warna merah kek yang sangat menarik perhatian dengan texture kek yang lembut gebu seperti baldu . Patut la kek merah baldu ni menjadi pilihan ramai pemgemar kek . Selepas tertangguh banyak kali akhirnya semalam tertunai sudah hasrat saya nak masak kek ni . Macam biasa bila nak masak kek saja saya mesti rujuk website JoyofBaking.com , semua kek yang saya cuba dari website tu mesti jadi dan sedap syukur alhamdulillah la . Saya bagi link resepi asal DISINI ya dan resepi yang dalam blog saya ni sudah saya translate untuk kemudahan bila nak masak lain kali boleh tengok dalam blog sendiri :)


BAHAN A - DIAYAK

250gm tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam halus

BAHAN B :

113gm butter - suhu bilik
300gm gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur size A
1 cawan buttermilk - 240ml
2 sudu pewarna makanan merah - saya guna 3 sudu
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka makanan


* Cara nak buat buttermilk sendiri - 240ml susu full cream dlm kotak dicampur dengan 1 sudu besar cuka makan . Dikacau rata dan dibiarkan selama 10 minit kemudian kena terus guna ya .

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C .


- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas yang sesuai pukul mentega dalam 1-2 minit kemudian masukkan pula gula dan pukul lagi selama 2-3 minit sehingga kembang fluffy. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla  serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra . 


-Campurkan buttermilk dengan pewarna merah dan kacau bagi rata .

- Masukkan bahan A iaitu tepung dengan bancuhan buttermilk tadi berselang-seli dan dikacau/pukul sehingga betul-betul sebati . Dalam bekas kecil masukkan soda bikarbonat dgn cuka dan kacau biar sampai berbuih dan cepat-cepat masukkan dalam adunan tepung tadi kemudian kacau semua adunan bagi rata  . 

- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 20-15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

CARA BUAT CHEESE FROSTING :

120 gm gula icing
230 gm mascapone cheese - kalau x ada pn ok
230 gm cream cheese
1 1/2 cawan heavy cream - optional kalau x ada pn ok
1 sudu kecil esen vanilla


*Boleh ditambah gula icing lagi jika suka manis .

CARA MEMBANCUH CHEESE FROSTING :

1) Pukul semua bahan sehingga kembang dan sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang. Kemudian boleh la di sapu atas kek . 

Cupcake yang baru masak dan masih panas lagi , cantik sungguh warna merah memikat pandangan mata saya ni dan yang bestnya guna buttermilk texture kek jadi sangat lembut moist la...

Proses nak gaul tepung dengan buttermilk yang sudah dicampur dengan food coloring..

Wednesday, 28 September 2011

CUPCAKE COKLAT..

Hari ni untuk minum petang saya masak cupcake coklat dan resepi untuk cupcake ni saya dapat dari website JoyofBaking.com , kalau nak tengok resepi asal boleh klik SINI . Saya dah translate resepinya untuk disimpan dalam blog masak saya ni lepas ni kalau nak buat senang sebab dah ada dalam blog sendiri .

BAHAN A - DIAYAK

175gm tepung gandum
50 grm serbuk koko
2 sudu kecil baking powder


BAHAN B :

113gm butter
200gm gula halus
2 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan air panas 

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

- Panaskan dulu oven pada suhu 180'C selama 5 minit . Campurkan air panas dengan serbuk koko dan biarkan sejuk dalam suhu bilik .


- Ayak semua bahan A dan di ketepikan . Dalam bekas lain pukul gula dengan mentega sehingga kembang . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati dan masukkan semua esen vanilla  serta terus pukul bagi semua adunan cukup mesra . 

- Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan sehingga betul-betul sebati . Akhir sekali masukkan bancuhan air panas dengan serbu koko yang sudah sejuk ke dalam adunan tadi  . Kacau dengan menguna spatula atau senduk kayu sehingga cukup rata semua adunan .

- Masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh) . Bakar selama 15 minit dalam suhu 180'C atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

CARA BUAT COKLAT FROSTING :

160 gm gula icing
120 gm coklat masakan (cincang halus)
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanilla

CARA MEMBANCUH :

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil dan masukkan dalam periuk kecil kemudian guna teknik double boiling untuk cairkan coklat ni . Bila dah cair ketepikan sekejap. 


2) Pukul butter sehingga kembang dalam 1 minit kemudian masukkans emua gula icing dan pukul lagi 2 minit sehingga sebati . Masukkan esen vanilla dan pukul lagi kemudian terus masukkan coklat cair tadi dan pukul lagi sehingga cukup sebagi dan kembang.

3) Sapukan coklat frosting atas cupcake dan boleh la dihias .

Tuesday, 19 July 2011

Cupcake lemon

Pagi tadi lepas dah selesai masak nasi akak masak pula lemon cupcake ni dan resepinya macam biasa akak dapat dari website favorite akak la JoyofBaking . Kalau masuk kat website tu dan tengok gambar macam-macam jenis kek , roti , cookies adoihhhh terliur ya tahan je la kalau boleh semuanya akak nak try masak . Akak dah cuba banyak juga resepi kek dari website JoyofBaking ni dan alhamdulillah semuanya jadi cantik dan sedap . Pagi tadi akak masak kek lemon ni pula dan akak letak topping cream cheese hmmmm sedapnya kalau ikut resepi asal untuk topping cake ni ialah lemon frosting tapi akak nak habiskan stok cream cheese so akak tukar la resepi topping nya. Kek ni memang sedap la amat gebu dan lembut yum yum...

Rasa kek ni lemak manis dengan rasa lemon dan bau kek ni sangat wangi..

BAHAN-BAHAN :

260 gm tepung
200 gm gula castor 
230 gm butter -suhu bilik
4 biji telur size A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kecil baking powder
parutan kulit dari 1 biji buah lemon
60 ml jus lemon - saya guna 50ml

TOPPING CREAM CHEESE:

200gm cream cheese*
1 cawan gula icing - boleh tambah kalau suka lebih manis *
1 sudu kecil jus lemon

*Pukul cream cheese bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi fluffy

TOPPING LEMON FROSTING

1 cawan gula icing
2 sudu besar jus lemon

- Gaul gula dengan lemon jus sehingga sebati , kemudian boleh la dituang/sapu ke atas cupcake ni sehingga rata kalau meleleh ke tepi pun tak apa .

CARA MEBANCUH ADUNAN DAN MASAK :

-Panaskan oven pada suhu 180'C . Parut kulit sebiji buah lemon sampai nampak kulit putih dan perah ambil jusnya . Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan dulu .

-Pukul gula bersama butter sehingga menjadi ringan , fluffy dan bertukar menjadi warna pucat . Masuk kan sebiji demi sebiji telur dan terus pukul sehingga sebati . Masukkan parutan kulit lemon serta esen vanilla dan terus pukul sehingga bahan menjadi sekata dan mesra.

-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan jus lemon sedikit demi sedikit . Kaup balikkan semua bahan-bahan sehingga menjadi mesra serta sebati . Masukkan adunan kek ke dalam paper cup .

- Bakar adunan kek ni selama 20-25 minit atau sehingga kek masak . Guna kan lidi untuk cucuk tengah kek jika lidi tu keluar bersih bermakna kek sudah masak . Sejukkan cupcake dan kemudian boleh la disapu cream cheese dan hias mengikut kreativiti sendiri .

Cupcake lemon yang baru masak dan dibiarkan sejuk sepenuhnya di atas relai besi ni . Harum semerbak kek ni memang mengoda betul la dan rasanya pun sedap..


Akak taburkan gula berwarna-warni bagi cupcake cute ni nampak lagi sweet , ikut pada kita la nak hias cupcake ikut kreativiti masing-masing ya..

Thursday, 9 June 2011

Cupcake coklat moist

Cuppies simple untuk birthday party Adlina..

Saya buat cupcakes ni masa birthday party Adlina pada Sabtu lepas . Saya guna resepi coklat kek moist untuk keknya dan saya hias cupcakes ni simple saja dengan edible image cartoon Toy Story (special requet dari Lina yang sangat minat Toy Story) dan saya guna coluorful candy sprinkles . Cupcakes simple tapi yang penting moist chocolate cakenya sedap laaa

MOIST CHOC. CAKE
sumber: Maklang

BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .
Toy Story edible images ni saya beli kat Bake with Yen..

Oh ya ni pula assistant saya pada petang Sabtu tu dan semuanya anak sedara saya ni . Nasib la ada assistant cepat kerja saya siap hehe . Anak saya Aisyah tengok je sebab dia dah biasa tolong saya deco cuppies so dia bagi peluang kakak-kakak sepupu yang nak cuba bakat menghias cuppies..

Selasa 08.02.11

Tuesday, 7 June 2011

Cupcake chocolate


BAHAN-BAHAN:

1 cawan butter-suhu bilik
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan susu
100grm cokolat chip

CARA MEMASAK:

1)Ayak tepung bersama serbuk koko dan ketepikan dulu . Pukul gula , telur dengan butter sampai kembang kemudian masukkan esen vanilla , susu dan tepung . Pukul lagi adunan ni untuk lagi 2 minit dan masukkan cokolat chip tadi , dengan mengunakan senduk kacau semua adunan supaya menjadi mesra .
2)Bila dah siap adunan boleh la dimasukkan ke dalam bekas cup cake dan bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 160' selsius atau sehingga kek masak .
**Panaskan oven dulu selama 5 minit dgn suhu 160' selsius

Adunan kek yang dah sedia untuk masuk oven..

Ogos 20.08.10