Pages

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Kurma telur

Syukur alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

10 biji telur ayam
5 sudu besar serbuk kurma cap Adabi
santan kelapa secukupnya
4 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa

Boleh ditambah santan jika tak cukup dan boleh dikurangkan atau tambah bahan-bahan ikut pada selera sendiri .

BAHAN DIMAYANG KECIL :

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan telur ayam dan direbus sampai masak , buang air rebusan dan dikopek kulit telur kemudian kelar sekeliling telur . Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang kemudian ubi di potong 4 . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yg ditumbuk bersama bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis/buah pelaga , biar sampai semua bahan masak wangi . Kacau semua bahan-bahan .
- Masukkan cili kisar dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan pecah minyak.
2. Masukkan semua ubi kentang dgn santan ke dalam periuk , pastikan santan cair menutupi ubi kentang . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi kentang separuh empuk , masukkan semua telur dan gaul semua bahan bagi sekata . Masukkan garam secukup  dan masukkan santan pekat secukupnya
- Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan sampai ayam masak , boleh la ditutup api dapur .

Friday, 21 February 2014

Kari telur ubi kemili

Alhamdulillah sedap..


BAHAN-BAHAN :

8 biji telur ayam
1/2 kilo ubi kemili
5 cawan santan - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
3 cm halia
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Rebus semua telur sampai masak kemudian dikupas kulit dan dikelar keliling telur . Bersihkan ubi kemili dan direbus sampai empuk kemudian siat semua kulit ubi kemili dan ketepikan dulu . Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan biarkan kuah mendidih serta kacau kuah . Boleh la dimasukkan semua telur bersama ubi kemili serta garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih dan kacau dengan perlahan , bila nampak ubi telah sebati dengan kuah boleh la di tutup api dapur. 


Ubi kemili yang direbus sampai empuk dan disiat kulitnya .

Friday, 13 September 2013

Sarapan pagi ni - sandwich scrambled egg

Alhamdulillah sodapp..


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar* - dimayang nipis-nipis
serbuk lada hitam secukupnya
roti
mayonis
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil minyak sayur
timun jepun secukupnya

* tidak perlu guna bawang besar jika tak suka

CARA PENYEDIAAN :

Panaskan kuali atau frying pan kemudian masukkan mentega dengan minyak sayur . Bila mentega mula cair terus masukkan semua bawang dan kacau . Biar sampai bawang layu terus masukkan semua telur serta garam secukup rasa dan kacau semua bahan . Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa dan kacau dan bila telur dah masak boleh la ditutup api dapur . Telur jangan dimasak sampai terlalu kering biar telur agak lembik baru sedap .

Cara nak makan : sapukan mayonis pada pemukaan roti secukupnya dan susun timun dan scrambled egg dan boleh la dimakan .

Tuesday, 30 July 2013

Kari telur campur nenas


BAHAN-BAHAN :

8 biji telur - direbus
1/2 biji buah nenas -saiz kecil
4 cawan santan - boleh tambah
2 sudu udang kering
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Bersihkan telur dan direbus sampai masak kemudian kupas kulit telur . Kelar-kelar sekeliling semua telur dan ketepikan dulu . Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai . Basuh udang kering.

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan udang kering . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula , kerisik dan buah nenas . Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau kuah ini , biarkan sampai nenas empuk dan boleh la dimasukkan semua telur tadi . Perlahan-lahan kacau semua bahan-bahan , biarkan kari ni sampai mendidih serta telur sudah cukup mesra dengan kuah , boleh la ditutup api . Dah pun masak....

Monday, 30 July 2012

TELUR DADAR CENDAWAN n SALMON

Omelette atau telur dadar yang sedap ni boleh dimakan pada waktu sahur atau pada bila-bila masa saja kalau tak ada isi ikan salmon boleh diganti dengan isi ikan tuna dalam tin tu . tambah atau kurang kan bahan-bahan mengikut citarasa kita sendiri .

BAHAN-BAHAN :

1 cawan isi ikan salmon - baki dari berbuka puasa
3 biji telur
6 cendawan tiram - saiz besar
5 kacang buncis
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sedikit hirisan daun bawang
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit parutan keju cheedar dan parmesan - 1/2 cawan

Bahan-bahan yang diguna kan untuk masak telur dadar ni .
CARA MASAK :

- Racik halus bawang merah dan bawang putih , siat cendawan serta potong nipis-nipis kacang buncis . Saya guna isi ikan salmon baki dari buka puasa , ikan salmon ni di grill . Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan garam serta serbuk lada hitam secukup rasa bersama hirisan daun bawang .

- Panaskan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan . Masukkan semua bawang dan goreng sampai wangi dan layu kemudian masukkan isi ikan salmon bersama cendawan dan kacang buncis kacaus ampai sayur masak . Masukkan semua telur dadar dan tutup frying pan , guna kan api dapur saiz kecil atau sederhana . Bila dah nak masak boleh ditabur keju parmesan dan cheedar , tutup semula frying pan . Buka tutup tudung dan terbalik kan telur dadar ni supaya sebelah lagi telur dadar masak . Bila dah masak boleh la ditutup apid apur dan dihidangkan.

Sedapnya

Boleh dimakan dengan roti atau makan macam tu saja .

Sunday, 22 July 2012

Sahur 2 Ramadhan - Scrambled egg n mushroom

Di rumah saya ni kami sekeluarga akan bangun untuk makan sahur dalam pukul 4.45 pagi . Selalunya saya bangun awal sikit untuk panas kan lauk atau masak lauk atau juadah simple untuk makan sahur . Pagi tadi saya bangun pukul 4.30 pagi untuk panas kan lauk balance masa berbuka . Nasi saya masak sebelum tidur so nanti tak la panas nak makan masa sahur . Pagi ni suami saya makan nasi dengan anak no 2 saya  , Adlina sementara saya dan anak sulung makan scrambled egg campur cendawan tiram ni . Sedap ni favorite saya sedap dimakan dengan roti atau di ratah saja . Cara nak masak pun senang dan boleh ditambah bahan-bahan lain macam isi ayam dalam scrambled egg ni . 


BAHAN-BAHAN :

3 biji telur - dimasukkan dalam mangkuk dan dipukul sikit
sepeket kecil cendawan tiram atau white button mushroom
2 ulas bawang putih dicincang halus
garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MASAK :

Panas kan butter atau minyak sayur secukupnya dalam frying pan . Masukkan semua abwang putih dan dikacau sehingga masak kekuninggan serta berbau wangi . Masukkan semua cendawan yang sudah dipotong kecil dan kacau cendawan ni sampai masak dan boleh la dimasukkan semua telur bersama garam dan serbuk lada sulah secukup rasa . kacau semua bahan sehingga cukup sekata dan masak , boleh dihidang .

Friday, 22 June 2012

KARI AYAM n TELUR

Selalu saya akan masak kari ayam sahaja atau kari telur tapi kali ni saya masak semuanya sekali menjadi kari ayam telur bersama ubi kentang . Senang kerja masak saya kali dan kari ni jadi kari 2 dalam 1 masakan hehehe , anak saya yang sulung suka kari ayam sementara anak kedua suka kari telur so sekarang ni anak-anak boleh pilih mana lauk yang nak dimakan dengan nasi , syukur alhamdulillah untuk rezeki kami  . Resepi yang saya beri ni hanya la panduan pada sesiapa yang nak cuba anda boleh ubah suai resepi mengikut selera masing-masing..


BAHAN-BAHAN :

500 grm ayam
6 biji telur ayam
6 biji ubi kentang - potong 4
4 cawan santan pekat - boleh tambah
1 peket rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
1 sudu cili kisar
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang ( 2cm) kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
Garam secukup rasa

Tak perlu guna cili kisar jika tak mau kari pedas 

CARA MEMASAK :

Bersihkan ayam dan dipotong menjadi ketulan kecil , kupas semua ubi kentang dan dipotong 4 . Rebus semua telur dan kupas kulit serta dikelar-kelar keliling telur itu Kupas semua bawang , halia dan ditumbuk lumat .

Panaskan sedikit minyak anggaran 6 sudu besar dan tumis semua kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih dan kacau sekejap kemudian boleh dimasukk semua bahan tumbuk iaitu bawang dan halia tadi . Kacau lagi sampai bawang layu dan masukkan bancuh rempah kari dalam periuk . Boleh ditambah minyak jika rempah nampak agak kering . Masukkan juga cili kisar dan kacau serta biar kan sampai rempah terbit minyak dan menjadi wangi .

Masukkan santan dan ubi kentang , biarkan kuah mendidih serta boleh dimasukkan semua ayam . Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la masukkan semua telur serta garam secukup rasa . Biar kari terus mendidih selama 5 minit dan boleh la di tutup api dapur. Dah pun masak , mudah saja....

Kari ayam dengan telur serta ubi kentang..

Friday, 6 April 2012

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK

Masak lemak cili api telur itik...masakan tradisional Negeri Sembilan...

Petang Isnin yang lepas saya ke pasar malam di Desa Cempaka , plan asal nak beli telur ayam je so sampai je di pasar malam saya terus ke gerai kakak jual telur ni tapi kali ni kakak tu ada jual telur itik laaa . Waaa ada telur itik saya jadi jakun kejap sebab dulu masa tinggal di Puchong memang saya jarang dapat jumpa telur itik tapi bila dan menjadi warga Nilai ni telur itik ada dijual di pasar malam ^_^ . So nampak je telur itik terus ku terbayang masak lomak cili api mmmmmm anak-anak pasti suka sangat ni terutama anak saya yang no 2 tu kak ngah Adlina . En.Husband pun sonyum jee sebab dia pun memang suka makan masak lomak cili api ni - teringat masakan omak di kampung laa tu hihihi....so hari ni baru saya masak telur itik ni...alhamdulilah rezeki kami sekeluarga untuk hari ni...


BAHAN-BAHAN :

5 biji telur itik
1 helai daun kunyit
3-4 cawan santan pekat - jika kurang boleh ditambah
1 helai daun kunyit - diracik halus
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

6 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:


Bersihkan daun kunyit dan diracik nipis-nipis . Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , daun kunyit , asam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian boleh la dimasukkan sebiji demi sebiji telur itik ni .Guna api dapur sederhana dan tutup periuk sekejap dalam 2 minit sekali sekala boleh la diperiksa telur itik ni dan bila telur itik dah mula mengeras masak boleh la dikacau perlahan-lahan kuah . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila dah masak boleh la ditutup api dapur .


* Pada permulaan sesi masak perlu la dikacau kuah supaya santan tak pecah minyak dan guna api dapur sederhana . Saya tak guna banyak cili api sebab anak-anak suka makan masak lemak ni . Tambah atau kurang bahan mengikut citarasa sendiri .

2 bahan utama gulai ni - telur itik dengan daun kunyit 


Saya goreng ikan masin sikit yang memang sedap dimakan dengan gulai lemak cili api telur itik ni..

Wednesday, 8 February 2012

OMELET SALMON

Cukup sedap omelet salmon ni , boleh dimakan begitu saja dgn salad bersama sos thousand island atau boleh dijadikan filling untuk sandwich . Menu berkhasiat yang kaya dengan protein serta fiber dan untuk resepi ni saya hanya guna sebiji telur dan saya tambah 2 biji telur putih sahaja untuk menambahkan sumber protein dalam omelet ni . Boleh juga ditambah keju dalam omelet ni...

Sajian cukup lengkap dan berkhasiat...

Omelet bersama salad segar , sedapnyaa...

BAHAN-BAHAN :

1 keping fillet ikan salmon
1 biji telur
2 biji telur putih sahaja
2 biji buah tomato 
1 ulas bawang putih
minyak buah zaitun atau minyak sayur
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

CARA MASAK :

Bersihkan fillet/kepingan ikan salmon dan grill ikan salmon ni sehingga masak kemudian ketepikan dulu biar ikan sejuk . Satukan 1 biji telur bersama 2 biji telur putih didalam bekas yang sesuai kemudian masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya . Kacau semua telur bagi cukup mesra ketepi kan dulu .

Racik halus bawang putih . Panaskan frying pan dan masukkan 1 atau 2 sudu besar minyak buah zaitun . Bila frying pan dah panas boleh la dimasukkan bawang putih dan biarkan sampai bawang masak serta layu kemudian terus masukkan isi ikan salmon yang sudah dilerai-leraikan . Kacau dan boleh dimasukkan semua buah tomato yang di potong kecil . Kacau semua bahan sampai tomato layu dan masak .

Bila tomato dah masak boleh la dimasukkan semua telur tadi . Berhati-hati masa nak terbalikkan omelet ni supaya omelet ni tidak hancur . Bila dah masak kedua belah bahagian boleh la ditutup api dan dihidangkan . Boleh ditambah keju macam monzarella atau cheeder ke dalam omelet ni...


Dah masak dan boleh dimakan , sedap ni...

Thursday, 9 June 2011

Telur masak kicap

Hari ni saya masak menu simple saja tapi anak-anak suka sebab saya masak telur masak kicap . Menu simple ni memang pilihan anak-anak lagi-lagi si Adlina memang favorite menu dia ni . Memang senang kerja masak mama hari ni hehe....
BAHAN-BAHAN :

6 biji telur
1 biji bawang merah - dipotong membulat
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang-diracik halus

BAHAN-BAHAN SOS :

2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos nampla/sos ikan Thai
Sedikit air

* Bahan-bahan sos ini boleh ditambah atau kurang ikut pada selera masing-masing

CARA MEMASAK :

-Goreng dulu telur sebiji demi sebiji ketepikan . Kupas semua bawang dan diracik halus.

-Panaskan minyak yang secukupnya dan tumis semua bawang serta dikacau sampai terbit bau wangi . Masukkan semua bahan-bahan sos , bawang besar dan kacau sebentar kemudian masukkan sedikit air serta biarkan kuah sampai hampir mendidih . Masukkan semua telur goreng dan kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah kicap lagi atau garam .


Rabu 09.02.11

Tuesday, 7 June 2011

Kurma telur

Menu kurma ni sedap dimakan dengan sambal belacan atau sambal tumis sebab rasa pedas masam sambal belacan bila disatukan rasa lemak kuah kurma memang kena sangat serta sangat laa sedap .
Kali ni saya masak kurma tanpa guna santan atau susu , saya guna buah keras yang ditumbuk lumat untuk memberi rasa lemak pada kuah kurma ni kalau nak lagi sedap guna la buah gajus yang ditumbuk juga. Kalau nak cukup lemak guna la santan dan memang sedap sangat la kuah kurma yang kita masak nanti.
BAHAN-BAHAN :
8 biji telur ayam-direbus
4 biji ubi kentang yg besar
5 biji buah keras-ditumbuk lumat
1 peket rempah kurma
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kayu manis - 1 batang je
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1) Kupas bawang , halia dan dimayang halus kemudian tumis semua bawang bersama kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi.

2) Campurkan rempah kurma dengan sedikit air. Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kurma dan terus kacau sehingga rempah kurma masak dan terbit minyak .

3) Kemudian masukkan semua buah keras yang ditumbuk lumat kacau sekejap dan terus masukkan air secukupnya . Masukkan semua ubi kentang dan biarkan kuah mendidih sekejap . Masukkan semua telur ayam yang sudah dikelar-kelar dan kacau supaya semua bahan mesra.

4) Masukkan garam secukup rasa dan kacau kuah sekali-sekala dan bila ubi kentang dah empuk boleh la ditutup api dapur .

Ogos 26.08.10

Telur tumis kicap

Telur tumis kicap

Resepi telur ni simple juga tapi saya sekeluarga memang suka , kalau tak masak sambal tumis telur saya akan masak resepi ni sebab anak-anak boleh makan sebab tak pedas . Nak masaknya pun senang kejap je dah siap....

Isnin 28.12.09

Sunday, 5 June 2011

Sambal telur

Sambal telur ni antara menu yang mak saya suka masak masa saya kecil-kecil dulu , sampai sekarang saya suka hmmm sedap. Saya masih ikut cara mak saya sediakan telur rebus ni , cara mak saya ialah telur yang di rebus ni di kelar-kelar kelilingnya lepas tu telur rebus ni di goreng kejap biar sampai kelilingnya bergerutut kekuningan. Sekarang ni anak-anak saya pun suka makan sambal telur ni menu simple yang sangat menyelerakan...


BAHAN-BAHAN :


6 biji telur - direbus
1 biji bawang besar - di potong nipis
1/2 sudu kecil asam jawa segera
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa


BAHAN DIKISAR LUMAT :


10 biji cili kering
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan


CARA-CARA MEMASAK :


1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sampai terbit bau wangi dan cili menjadi masak dan terbit minyak.


2) Kemudian masukkan gula, asam jawa, garam dan bawang besar .Terus mengacau semua bahan tadi sehingga bawang besar menjadi layu.


3) Telur yang sudah di kupas tadi , dikelar kelilingnya dan digoreng sekejap sehingga kelilingnya menjadi kekuningan.


4) Masukkan semua telur dalam sambal tadi dan terus mengacau semua bahan secara perlahan-lahan supaya sambal meliputi seluruh pemukaan telur , jika kurang masin tambah la garam lagi , tak perlu masak telur ni terlalu lama. Bila semua bahan dah cukup mesra boleh la ditutup api dapur.

Selasa 9.6.09