Pages

Monday 30 June 2014

Masak lemak cili api kerang pucuk paku

Alhamdulillah...


BAHAN-BAHAN :

1 kg kerang
2 ikat pucuk paku - kalau byk 1 ikat pun dah cukup
4 cawan santan - secukupnya
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

15 biji cili api - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa

kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi 

CARA MEMASAK :

Basuh dan bersihkan kerang dan pucuk paku kemudian pucuk paku hanya di ambil daun saja . Bersihkan lagi kerang ditos serta diketepikan dulu . 

Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai . Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua kerang , garam secukup rasa , asam keping . Kacau kuah supaya tak pecah minyak dan bila dah kerang dah masak boleh la di masukkan semua pucuk paku dan dikacau rata . Bila sayur pucuk paku dah masak boleh la ditutup api dapur .

Sambal tumis ikan tenggiri



BAHAN-BAHAN :-

4 keping isi ikan tenggiri - saiz besar
1 biji bawang besar - dipotong kecil-kecil membulat
10 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT :-

1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci belacan

CARA MEMASAK :-

- Bersihkan ikan serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng sehingga masak . angkat ikan dan ditos .

- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

- Masukkan bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan air asam jawa kemudian terus kacau sambal . Selalunya saya akan masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ikan ni untuk bagi seimbang dgn rasa pedas .

- Bila sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan isi ikan yang sudah digoreng tadi serta garam dan kacau rata .Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Sunday 29 June 2014

Ramadhan Mubarak

Syukur Alhamdulillah , semoga Ramadhan tahun ni lebih baik untuk kita semua umat Islam , insyallah .


Kacang phool & roti bakar

Dah lama saya teringin nak makan kacang phool ni dan masa Floria Putrajaya saya dapat makan kacang phool ni yang di jual kat gerai makanan . Ok la rasanya cuma rasa bake bean yang lebih kuat berbanding rasa rempah . Kalau nak puas makan memang kena masak sendiri la so macam biasa saya akan cari resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan dan alhamdulillah memang sedap kacang phool yang Mat Gebu share resepi kat blog ^_^ . Resepi saya copy dari blog Mat Gebu , TQ ya


BAHAN-BAHAN :

1 kacang foul/phool
1 tin kecil baked bean cap ayam
300 grm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa

* Saya tambah kuantiti daging cincang .

BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :

Roti - lgi best roti paun - dibakar dan sapu butter
telur - digoreng mata kerbau
cili hijau - dipotong kecil
buah tomato - dipotong dadu
bawang besar - dipotong dadu
limau kasturi - belah dua

CARA PENYEDIAAN  :

- Satu kan rempah kari dgn serbuk ketumbar dan sedikit air kemudian digaul rata jadi pes . Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak , jadi wangi dan masak .

-Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak . Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau . Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean . Kacau semua bahan sampai cukup sebati , boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula utk rasa yang seimbang .

-Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat . Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biar kan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh la dimakan dgn roti .


Alhamdulillah memang sedap kacang phool ni ^_^


Saya beli kacang foul ni di Maidin Seremban .

Friday 27 June 2014

Tumis sweet pea campur cendawan inoki

Sayur kacang sweet pea ni memang manis betul la dan sangat ranggup . Lagi satu resepi simple dari saya . Sweet pea yang di masak tumis dengan cendawan inoki dan sotong , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :


2 peket kacang sweet pea
1 peket cendawan inoki
3 ekor sotong fresh
2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur sweet pea dengan buang urat disebelah tepi kacang dan dipotong 2 . Bersihkan cendawan inoki serta bersihkan sotong dan di potong kecil .

2) Kupas kulit semua bawang  dan tumbuk semua semua bwang ni .

2) Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan semua sotong dan sos tiram . Kacau semua bahan sampai sotong masak dan  boleh masukkan semua kacang pea . Kacau semua bahan sampai kacang pea masak , masukkan semua cendawan inoki dan kacau . Jika nampak kering boleh dimasukkan sedikit air  . Rasa sayur , jika kurang masin baru tambah garam secukup rasa . Bila sayur dah masak boleh terus ditutup api dan dihidang . 

Thursday 26 June 2014

Sambal tumis santan udang petai

Alhamdulillah 

BAHAN-BAHAN :

1 kg udang saiz sederhana - dibersihkan
1 biji bawang besar
5 papan petai
Air asam jawa secukup rasa
1 cawan pati santan - secukupnya
Garam secukup rasa 
gula secukup rasa 

BAHAN DIKISAR LUMAT :

20 biji cili kering - kalau nak pedas boleh ditambah lagi
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan bakar
3-4 sudu minyak masak untuk menumis

* Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan , kalau ada sesiapa nak cuba anda boleh ubah suai atau nak tambah bahan-bahan lain ikut pada selera masing-masing .

CARA MEMASAK :

Bersihkan udang , buang kepala dan ekor kemudian ketepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan kisar sampai cili masak dan menjadi wangi kemudian boleh la dimasukkan air asam jawa dan biarkan sambal masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum . Masukkan bawang besar yang sudah dipotong kecil . Kacau sambal sampai bawang besar menjadi layu .

Masukkan santan secukupnya dalam sambal tadi dan jika nak lebih kuah boleh ditambah sedikit lagi santan . Biar kuah sambal sampai mendidih kemudian boleh dimasukkan semua petai udang , garam dan gula secukup rasa . Kacau sambal udang ni bagi semua bahan mesra dan bila udang dan masak boleh la ditutup api dapur

Tuesday 24 June 2014

Masak lemak putih sayur campur

Memang sedap sayur yang dimasak lemak putih ni , cara masak yang simple saja tapi sesuai untuk dimakan seisi keluarga . Ada macam-macam sayur yang boleh diguna utk masak lemak putih ni macam sayur bayam , rebung , pucuk ubi , kobis dgn bunga kobis dan carrot , labu , petola dgn suhun/fucuk , pucuk manis dgn keledek , jantung pisang dan pelbagai jenis sayur-sayuran lain .

Bila masak lemak putih ni saya selalunya akan buat sambal belacan dan ada ikan masin atau ikan goreng , kombinasi yang sangat sedap dimakan bersama nasi ^_^ 


BAHAN-BAHAN:

500grm taugeh
1 batang carrot - saiz besar
1 ikat kucai
santan kelapa - secukupnya
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis
garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

Bersihkan sayur taugeh/carrot/kucai dan ketepikan dulu , carrot dipotong kecil , bersihkan ikan bilis dan  bawang merah serta bawang putih dipotong nipis . 

Masukkan santan , semua bawang dan ikan bilis ke dalam periuk . Biarkan sampai kuah mendidih dan boleh la di masukkan semua sayur carrot dan garam secukup rasa , bila carrot dan lembut boleh dimasukkans emua taugeh serta kucai . sekali sekala kacau sampai sayur sebati dengan kuah dan masak . Tutup api dapur bila taugeh dan masak serta boleh dihidangkan .

Wednesday 18 June 2014

Kek pisang gebu

Alhamdulillah sedap la kek pisang ni , saya guna resepi dari blog Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan . Cari punya cari resepi last sekali saya terus masuk je blog Mat dan cuba guna resepi ni tapi saya tambah sikit kuantiti gula dan pisang hehe anak-anak saya suka kek yang manis so Mak nya tambah la gula tapi tak la manis mana pun kira just nice ok je . Dah banyak kali saya cuba resepi dari blog Mat dan memang menjadi kek yang saya masak , insyallah . Kek ni cukup lembut dan gebu semuanya just nice mengikut selera kami sekeluarga ^_^


BAHAN-BAHAN:

200 gm tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
180 gm gula castor
170 grm pisang masak
3 biji telur gred A
1 sudu besar ovallete
120 grm minyak jagung
beberapa titik esen pisang
3 sudu besar chocolate rice 

CARA MEMASAK:


-Panaskan oven kepada suhu 180'C . Ayak tepung gandum dengan soda bicarbonat dan baking powder serta ketepikan dulu . Putar butter dalam 1-2 minit kemudian masukkan gula serta terus diputar lagi sehingga adunan menjadi kembang dan warna adunan menjadi cerah dalam 2-3 minit .

- Pukul semua telur mengguna kan whisk sehingga sebati kemudian masukkan semua pisang yang sudah di lenyek , gula , ovallete , 3 titik esen pisang dan garam  . Gaul semua bahan sampai rata . Masukkan semua minyak jagung dan gaul .  Masukkan tepung sedikit demi sedikit serta masukkan semua chocolate rice dan digaul sampai sebati semua bahan .

- Sendukkan adunan masuk ke dalam loyang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit butter  dan di alas dengan kertas minyak . Kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek sampai masak selama 30 - 40 minit atau sehingga kek masak mengikut kepanasan oven masing-masing .  Saya cucuk bahagian tengah kek dgn lidi dan bila ditarik keluar lidi tu bersih saja itu tandanya kek dah masak la .

Saturday 14 June 2014

Tumis sos tiram terung

Alhamdulillah sedap .


BAHAN-BAHAN :

500 grm terung panjang - jenis panjang
3 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
minyak masak secukupnya
daun sup utk hiasan - jika perlu

CARA MEMASAK :

Terung dibersih dan dipotong anggaran ketebalan 1 inci . Menggunakan teknik deep frying , panaskan dalam 1 setengah cawan minyak masak , pastikan minyak betul-betul panas supaya terung tidak meresap banyak minyak masa proses mengoreng . Balik-balik kan terung dan bila dah bertukar warna kekuningan boleh di angkat terung ni dan ketepi kan dulu.

Panaskan dalam 1 sudu besar minyak masak dan tumis semua bawang putih tadi sampai kekuningan dan menjadi wangi . Terus masukkan semua sos tiram dan kacau kemudian masukkan semua buah terung tadi dan dikacau rata semua bahan . Jika kurang masin baru la ditambah sedikit garam . Tutup api dapur dan terus hidangkan dalam pinggan dan hias dgn sedikit daun bawang .

*Jika nak juadah ni ada kuah , boleh la dibancuh 1/2 cawan air/stock ayam dengan 1 sudu kecil tepung jagung dan dimasukkan dalam semasa terung tengah dimasak , cara ni akan memekatkan sos . 

Thursday 12 June 2014

My fav - Ikan cencaru belah belakang

Sejak dulu lagi ni adalah antara lauk favorite saya . Ikut selera saya , ikan cencaru hanya sedap bila di masak begini atau di buat asam pedas . Ikan cencaru belah belakang dan di lilit dengan daun kunyit , aroma wangi daun kunyit melekat pada badan ikan cencaru ^_^ dan menjadikan ikan cencaru ni wangi . Isi ikan pun masih moist sebab bahagian tepi ikan tak terbuka sebab ditutup dengan daun kunyit dan sambal di dalam perut ikan tak terlalu garing atau hangit . alhamdulillah sedapnya makan nasi hari ni dengan ikan cencaru belah belakang ni ^_^



BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan cencaru - dibersihkan dan belah bahagian belakang.

BAHAN DIBLEND ATAU TUMBUK:

8 biji cili merah
1 biji bawang besar - kalau besar sgt ambil sebelah saja
1 sudu besar belacan bakar
garam secukup rasa

* boleh tambah sedikit air asam jawa jika anda suka rasa masam pd sambal .

BAHAN LAIN :

2 helai daun kunyit saiz besar
beberapa lidi pencungkil gigi

CARA MEMASAK :
-Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah belakangnya . Sambal ni ditumbuk hancur dan jangan sampai terlalu lumat . Ikan dilumur dengan garam kemudian disumbat dengan cili tumbuk tadi di bahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili di bahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar . 

- bersihkan daun kunyit dan dibelah dua - buah tulang kt tengah daun . Perlahan-lahan lilit daun kunyit keliling ikan macam dlm gambar . Cuba lilit daun bagi kejap jangan longgar kemudian secara perlahan cucu lidi pengcunkil gigi ke badan/isi ikan dan selit lidi tu supaya daun kunyit kemas di badan ikan .

-Panaskan minyak yang banyak untuk mengoreng teknik deep fry dan bila minyak sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan . Gunakan api sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit . Kulit ikan cencaru yang tebal dan daun kunyit akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.
-Bila ikan sudah kelihatan garing boleh la diangkat dan ditos dahulu .


Wednesday 11 June 2014

Sarapan kami - pasta goreng

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta spirral
1 biji bawang besar- diracik kecil
5 ulas bawang putih - di ketuk dan racik kecil
1 peket ayam cincang
1 peket sausage
1 ketul kiub ayam
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih - garlic powder
1 batang carrot - potong
1 peket sweet pea - kacang sepat
7 helai daun herba sweet basil
Garam secukup rasa
Keju parmesan-ditabur atas pasta bila nak makan

CARA MEMASAK :

Kupas semua bawang dan dimayang halus . Rebus pasta sampai empuk dan ditos kemudian ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan ayam cincang dan kacau sehingga masak kemudian masukkan sosej yang dipotong kecil . Masukkan herba sweet basil yg diracik kecil dan dikacau semua bahan .

Boleh la dimasukkan carrot dan kacau seterusnya masukkan kacang sepat dan dikacau semua bahan sampai semua sayur masak . Akhir sekali masukkan semua pasta , kiub ayam , serbuk bawang putih serta garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.

Lagi 17 hari..ku setia menunggu..

Insyallah lagi 17 hari kita akan bertemu dgn bulan Ramadhan , counting days I`m so happy.....

                                           

Saturday 7 June 2014

Florentine cookies

First time makan biskut ni masa majlis kenduri di rumah kawan tahun lepas , rupa cookies ni memang sangat menarik dan bila makan saja hmmm memang sedap . Semalam saya buat biskut yang sangat sedap ni , alhamdulillah anak-anak saya suka sangat biskut ni ^_^


BAHAN-BAHAN :

200 gm tepung florentin
150 gm kepingan badam
100 grm biji kuaci labu - warna hijau
50 gm biji kuaci bunga matahari


CARA MEMASAK :

Panas kan oven pada suhu 180'C selama 5 minit (suhu panas bergantung pada jenis oven yang anda guna . Semua kepingan badam , kuaci hijau dan kuaci bunga matahari di bakar selama 5 minit . 

- Dalam bekas yang sesuai satukan semua kekacang dengan tepung florentine dan kacau semua bahan sehingga kekacang disaluti tepung florentine .

- Sedia kan dulu berbentuk segi empat dan alas loyang dengan lapik silicone untuk kek . Tuang adunan dalam loyang dan ratakan supaya menjadi lapisan nipis .

-Bakar selama 10 minit pada suhu 170'C atau sehingga cookies ni masak kuning keemasan , pastikan jangan terover masak nanti cookies jadi terlalu garing dan warna kuning gelap . Bawa keluar dari oven dan terus potong dan dibiar sampai sejuk . Simpan dalam bekas kedap udara .

Bahan-bahan untuk cookies florentine


Kekacang yang baru dibakar dalam oven .

Friday 6 June 2014

Kek kukus pisang

Alhamdulillah senangnya buat kek kukus pisang ni, resepi kek ni saya dapat dari website Myresipi.com . Saya tambah sukatan gula untuk kek kukus pisang ni ikut selera kami sekeluarga . Jika ada pembaca yang nak cuba resepi ni anda boleh tambah atau kurang gula ikut selera sendiri , masa mengadun bancuhan tu masukkan gula sedikit demi sedikit dan rasa sendiri takat mana kemanisan yang ada suka .


Bahan-Bahannya :

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil ovallete
1 1/4 cawan gula - boleh tambah atau kurang
1 cawan buah pisang yg dilenyek
1 sudu kecil esen pisang

Cara membuatnya :
  1. Ayak semua tepung , baking powder dan soda bikarbonat , ketepikan dulu . Pukul/putar telur hingga kembang . Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula minyak , gula dan kacau hingga sebati semua bahan . Panaskan periuk kukus . 
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan pisang . Masukkan esen pisang dan gaul semua bahan sehingga sebati . Masukkan adunan dalam loyang/bekas yang sesuai .Masukkan loyang dalam periuk kukus . Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas kek . Kukus selama 40 minit sehingga kek ni masak . Keluarkan dan boleh dihidang . 

Alhamdulillah





Thursday 5 June 2014

Petua kesihatan

Saya jumpa artikel ni di FB dan share/simpan dlm blog sendiri..

                                       

Petua Kesihatan:
Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak
1. Oat :

Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol .

2. Telur: 
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .

3. Epal :
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Green Cili :
cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.

5. Bawang putih:
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti -bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .

6. Madu: 
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .

7. Teh Hijau: 
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS) : 
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.

9. Tomato :
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.

10. Coklat Gelap :
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.

Sunday 1 June 2014

Pajeri terung

Alhamdulillah..


BAHAN-BAHAN :

4 biji terung panjang - besar
4 cawan santan pekat - boleh ditambah
3 cm kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
2 sudu besar kerisik
sedikit air asam jawa - jika perlu
Garam secukup rasa

BAHAN DI TUMBUH :

1 genggam udang kering
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia

CARA MEMASAK :

Bersihkan buah terung dan di belah dua ukuran dalam sejengkal . Panaskan sedikit minyak dan tumiskan kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau semua bahan dan masukkan bahan yang ditumbuk lumat . Kacau sampai bahan tumbuk menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah di bancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

Masukan semua santan dan kacau , biar kuah mendidih sekejap dan masukkan kerisik dan terung . Masukkan garam serta gula secukup rasa dan jika perlu masukkan secikit air asam jawa . Terus kacau pajeri ini . Biarkan sampai terung empuk , itu tanda pajeri sudah masak dan boleh la ditutup api . Dah pun masak....