Showing posts with label Hari istimewa. Show all posts
Showing posts with label Hari istimewa. Show all posts
Friday, 29 May 2015
Saturday, 3 January 2015
Selamat menyambut Maulidul Rasul 1436 hijrah
ASSALAMUALAIKUM..
Hari ni Sabtu 12 Rabi`ul Auwal 1436 hijrah bersama 3 Januari 2015 , seluruh umat Islam di serata pelusuk dunia menyambut hari yang amat penting dalam hidup kita iaitu menyambut Maulidur Rasul atau hari Keputeraan Nabi Muhammmad (SAW) Rasul yang sangat kita sayangi dan sanjungi . Sama-sama lah kita banyakkan selawat ke atas nabi junjungan kita..
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".(Surah Al-Ahzab: 56)
'' Katakanlah , ' Jika memang kamu cinta kepada ALLAH , maka ikutlah aku (Muhammmad) , pasti ALLAH menyintaimu dan DIA akan mengampunikan dosa-dosa kamu . Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' " ( surah Ali Imran , ayat 31)
Tuesday, 14 January 2014
Salam Maulidul Rasul
Hari ni 12 Rabiulawal 1435 kita umat islam menyambut Maulidul rasul
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw .
Wednesday, 1 January 2014
2014
Hari pertama di bulan Januari di tahun 2014 . Hanya yang terbaik saja saya doakan untuk kami sekeluarga , insyallah .
Saturday, 31 August 2013
Selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
Syukur alhamdulillah hari ni kita semua rakyat MALAYSIA dapat sambut HARI KEMERDEKAAN yang ke 56 tahun . Cepat masa berlalu dah 56 tahun kita MERDEKA . Doa saya semoga kita akan terus dapat menikmati kehidupan yang aman damai makmur dan sejahtera . Semoga MALAYSIA akan terus maju dan kita umat ISLAM di Malaysia ni akan dapat bersatu supaya ikatan umah Islam di Malaysia ni kuat dan teguh .
MALAYSIAKU BERDAULAT
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
Saturday, 17 August 2013
1 Syawal 1434
Acara wajib pagi raya mestinya bergambar ^_^ memang wajib kita mesti la nak abadikan saat-saat happy dalam bentuk foto untuk disimpan buat kenangan , insyallah semoga tahun depan kita dapat lagi menempuhi bulan Ramadhan serta menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang , amin .
Pagi 1 Syawal Adlina posing di rumah Wan , bestnya cuaca sejuk dan mandi air kolam pun sejukkk macam air ais sampai menggigil Adlina ^_^
Kami sekeluarga bergambar sebelum pergi masjid untuk solat Aidifitri , tahun ni kami pakai baju raya color pink ^_^
My bestfriend - my other half a.k.a my laling ^_^
Mama dengan anak-anak gadis Mama yang cute-miut ^_^
Lights of my life ^_^
Jom pegi sembahyang raya Aidifitri..
Dulu masa zaman suami saya kecil sampai remaja kawasan ni sawah padi kemudian menjadi kawasan terbiar yang penuh dengan semak samun . Tapi sekarang ni alhamdulillah tanah sawah ni dah diguna semula dan ditanam dengan sayur-sayuran , cantik pemandangan di sini . Damai pemandangan di kawasan masjid ni ^_^
Masa kami sampai dah ramai orang di Masjid so kereta kena letak jauh di jalan besar dan kami jalan kaki ke masjid , best la dapat tengok pemandangan sekeliling yang damai . Cuaca pun damai dan nyaman saja pagi tu .
Selepas sembahyang raya dan bergambar di rumah mak & abah , kami sekeluarga jalan-jalan ke rumah Pak Andak a.k.a pakcik pada suami saya . Rumah ni adalah rumah arwah Wan & Atok suami saya dan rumah ni dah berusia lebih dari 70 tahun dah tapi masih kukuh . Alhamdulillah seronok beraya di kampung....
Hidangan di pagi Syawal , alhamdulillah . Mak Andak memang pandai masak semuanya sodapp...
lomang yang Pak Andak buat sendiri dengan Mak Andak dihidang pula dalam pinggan ayan lama , cukup-cukup klasik nostalgia..
Tapai yang Mak andak buat sendiri mem angsedappp...
Lemang yang dimakan dengan rondang ayam kampung dicampur pula dengan kulit rambai kering hmmm alhamdulillah sodapppp.....makanan pula dihidangkan dalam pinggan lama corak twin roses cukup klasik laaa..
Anak-anak saya yang teruja tengok kolam ikan ^_^
Apa la yang Abah cerita dengan Adam ? Suami ku teringat nostalgia lama . 30 tahun dulu kawasan kolam ikan dan tanah sekeliling ni adalah kawasan sawah padi . Suami saya bercerita kawasan sawah ni sangat luas sampai boleh nampak rumah mertua saya tapi sekarang tanah ni terbiar dan pokok-pokok makin besar menutupi jalan/denai yang suami saya guna bila nak ke rumah Atok dari rumah mertua saya . Kenangan lama mengusik jiwa...
Sampai pukul 2 petang kami jalan-jalan beraya ke rumah saudara-mara , balik rumah kejap untuk solat zohor dan istirehat . Lepas zohor kami sambung jalan-jalan beraya sampai la ke petang ^_^
Anak-anak den yang gumbira sambut rayo di Kampung Wan dan Atok ^_^
Thursday, 15 August 2013
Thursday, 24 January 2013
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434
Tuesday, 1 January 2013
Monday, 29 October 2012
Hidangan pada Aidiladha
Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin , hari ni bermula la minggu baru untuk kita semua dan pasti ramai yang sudah mula bekerja atau mungkin ada yang cuti hari ni nak rehatkan diri selepas penat mengharungi perjalanan yang jauh pulang dari kampung selepas cuti selama 3-4 hari . Hujung minggu yang sangat mengembira kan untuk kita semua kerana dapat berkumpul bersama keluarga sambut Hari Raya Aidiladha . Raya haji tahun ni saya masak sup tulang yang sedap dimakan dengan sambal kicap cili api . Sup tulang ni memang lauk kegemaran suami saya dan selalunya saya beli tulang lembu tempatan yang fresh dan ada isi . Selalunya sup tulang ni kami makan dengan nasi tapi raya kali ni saya hidang sup tulang bersama nasi impit dan saya buat pergedil untuk melengkapkan juadah soto sup tulang , sedapnya . Rendang ayam memang lauk kegemaran anak-anak jadi saya masak rendang yang tak pedas supaya anak-anak boleh makan dengan lenag dan nasi . Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga pada hari raya Aidiladha kali ni .
Ketupat nasi/lontong yang dimakan dengan sup tulang..
Lontong yang saya beli di pasar tani , sedap sangat ni..
Lontong yang sudah dipotong untuk dihidang , cantik saja warnanya..
Rendang ayam..
Friday, 26 October 2012
Thursday, 25 October 2012
SALAM EID AL-ADHA
Saya nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha kepada semua pengunjung-pengunjung blog saya ni , terima kasih kerana anda semua sudi singgah ke blog saya .
Semoga semua pengorbanan kita diberkati ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
Jom kita sama-sama doakan semoga semua jemaah haji dipermudahkan segala urusan semasa menunaikan ibadah di kota suci Mekah/Madinah dan semoga mendapat haji mabrur.
Semoga sampai masanya saya dan suami juga dapat menjalankan ibadah HAJI dan ketika ini saya teringin sangat nak pergi ke Tanah Suci Mekah bersama suami , Insyallah saya sentiasa berdoa semoga impian saya ni di makbul kan , amin .
Saturday, 6 October 2012
ADAM GENAP 5 TAHUN - happy birthday sayang
Hari ni adalah hari lahir anak bongsu saya , Muhd Adam yang dah pun genap 5 tahun...
Mama doakan yang terbaik untuk anak kesayangan Mama ni semoga Adam menjadi anak yang soleh sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur serta hidup bahagia di dunia & akhirat , amin . Mama doa yang baik-baik saja la untuk anak Mama ni . Sebagai ibu pastinya saya nak tengok anak-anak saya hidup bahagia di dunia dan akhirat , hidup saya sekarang ni hanya la berkisar keluarga dan anak-anak sebab mereka la kekuatan dan kebahagiaan saya , saya amat bersyukur atas segala nikmat serta kebahagian yang kami kecapi dari dulu dan sampai sekarang ni , semoga ALLAH SWT akan sentiasa melindungi dan merahmati keluarga kami ni , amin....
Tahun ni Adam sambut hari lahir di Tadika dengan kawan-kawan , happynya dia..
Aidilfitri 2012..
My Adam berumur 3 minggu..Oktober 2007
My little boy , Adam berumur 3 bulan masa ni kalau dipanggil mesti senyum saja , love you so much..
Adam berumur 8 bulan dan sudah pandai posing..
Adam rambut panjang , rupa Adam dah macam baby girl la pula hehehe
Adam first hair cut , masa ni dah berumur setahun lebih...comel..
Haaa baru la hensem tapi still so cute...
Adam berumur 3 tahun semasa sambut Aidifitri 2010 di kampung Opah - bergambar dengan kak Aisyah dan kak Adlina..
Kami sekeluarga semasa bercuti bulan Mac 2012 .
Abah , Mama , kak Aisyah dan kak Adlina sayang Adam....
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.....
Thursday, 13 September 2012
Hari bahagia Alia
Di pagi Khamis yang sejuk dan nyaman ini saya nak abadikan gambar semasa majlis pertunangan anak saudara saya Alia yang berlangsung pada 1 September yang lepas . Alhamdulillah majlis pertunangan anak saudara saya Alia berjalan dengan lancar sekali . Alia ni adalah anak kepada kakak kedua saya - kak Jun Cupcakekasih dan cucu perempuan ketiga mak saya , alhamdulillah Alia dah pun selamat bertunang dan insyallah sampai masanya Alia dan tunang akan selamat pula disatukan , amin .
Semua kek hantaran dibuat sendiri oleh kak saya dan dihias cantik oleh Alia . Semua kek cantik dan cute pastinya sedap sebab kak saya memang pakar buat kek serta menghias kek .
Kek yang dihias cantik dengan fondant....
Alia yang cantik berseri-seri bergambar dengan Opah dan Nenek . Masa ni kami semua masih menunggu pihak lelaki yang belum sampai .
Selesai majlis bertunang Alia bergambar dengan Opah , Ibu pada tunang , Nenek dan Mama Alia . Pada masa tu kami semua sangat gembira , syukur alhamdulillah dah pun selesai majlis bertunang .
Bila dah berkumpul ramai-ramai mesti ada sesi fotografi dan ini pula gambar Alia bersama mak-mak saudara . Saya yang kiri sekali bertudung biru sementara yang tengah bertudung biru tu kakak kedua saya - kak Jun . Kakak sulung saya kak Ida yang pakai tudung putih dan yang duduk bertudung merah tu kak ketiga saya iaitu kak Nor .
Hidangan enak disajikan untuk para tetamu yang hadir yum yum semua makanan sedap dari nasi minyak dengan lauk-pauknya serta kuih-muih seperti talam keladi , kuih seri muka serta fruit cake....
Anak saya Adlina yang pakai baju kurung biru dengan sepupu sebaya Husnina . Semenjak jumpa masa balik kampung sambut Aidilfitiri mereka berdua ni cukup seronok main bersama ke sana-sini berdua maklum la sama umur so memang serasi la...tengok la tu rupa pun dah hampir sama dah macam kembar je sepupu 2 orang ni ^_^
Sempat juga saya sekeluarga bergambar dengan bonda tersayang , gembiranya kami pada hari itu dapat berkumpul bersama saudara-mara....
Dalam kemeriahan majlis sempat juga saya ambil gambar 2 sepupu ni iaitu anak saya Adam yang seronok sangat main dengan sepupunya Rohimi .
Majlis bertunang Alia dah berlalu pergi tapi memori tetap utuh dalam ingatan kami semua dan makcik Nannie doa semoga Alia sentiasa bahagia dan insyallah sampai masanya akan berlangsung pula majlis pernikahan , amin .
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)








































